Sunday, 24 October 2010

Gunung Ledang via Jementah Trail


Tarikh : 15-17 Oktober 2010. 

Hobi aktiviti outdoor terlaksana dengan lebih nyata apabila aku menemui satu event dalam Facebook mengenai trip ke Gunung Ledang yang dianjurkan oleh satu adventure team iaitu OUTERRANGE ADVENTURE TEAM @ ORA dari Kuala Lumpur. Walaupun tiada kawan-kawan yang aku kenali tapi demi minat, itu semua bukan halangan. Berurusan membuat deposit dan dapat berhubung dengan pihak yang menguruskan trip tersebut iaitu Encik Mohd. Azlan & Encik Amir. Sehingga detik-detik terakhir barulah dapat mengetahui pergerakan dan tempat berkumpul.

15hb Oktober 2010 / Jumaat.


Pukul 10 malam, bertolak secara berkereta dari rumah. Bersemangat. Persiapan ala kadar. Sebagai persiapan, aku cuma membeli sepasang sarung tangan, (sangat berguna kerana waktu tidur malam adalah sangat sejuk!) botol air berwarna biru, insect repellent stick dan sarung kaki bola sepak yang panjang melebihi paras lutut. Barang-barang keperluan asas mesti dibawa bersama pakaian yang secukupnya. Vitamin dan sedikit ubat-ubatan turut ada. Perjalanan sebenar bermula apabila aku mengambil laluan PLUS dari Tol Kulai ke Susur Masuk Tangkak. Kos tol pada ketika itu sebanyak RM 17.60. Singgah di dua buah hentian untuk menyegarkan mata yang agak kantuk. Paling seronok dapat singgah di Kawasan R&R Pagoh Arah Utara sebab kawasan R&R ni memang cantik dan kemudahan pun kira ok. Sempat makan pau daging dan minum teh tarik di sini. Gambar-gambar yang sempat dirakamkan di R&R ini akan dimasukkan dalam satu entry berikutnya.
Semasa membayar tol, aku sempat bertanya dengan kakak jurutol tentang arah hendak ke  Jementah. "Simpang tiga di hadapan, belok kanan dan jalan terus sahaja". Lega apabila sepanjang perjalanan nampak papan tanda yang menunjukkan arah Jementah. Jementah merupakan sebuah pekan kecil yang mempunyai kemudahan seperti kedai serbaneka 7 Eleven, cawangan Bank Simpanan Nasional dan deretan rumah kedai. Sebelum sampai ke Jementah, aku telah melalui Bandar Tangkak dan Pekan Sagil. Perjalanan dari Bandar Tangkak ke Sagil agak berliku-liku dan gelap. Kiri kanan terdapat ladang kelapa sawit dan kebun-kebun orang. Jalan agak gelap. Cuak juga. Selama lebih kurang sejam akhirnya tiba di Pekan Jementah. Oh ya, sebelum sampai di Pekan Jementah, aku juga telah melepasi Hutan Lipur Gunung Ledang Pintu A dan Hutan Lipur Gunung Ledang Pintu B. Pukul 1.30 pagi 16hb Oktober 2010, sampai di Pekan Jementah. Aku memaklumkan kepada Amir ORA dan menunggu ketibaan mereka di Stesen Petronas Pekan Jementah bertentangan dengan Bank Simpanan Nasional. Sempat tidur, basuh muka, buang air dan dengar lagu dalam kereta sebelum ketibaan bas yang membawa hikers lain dari Kuala Lumpur pada pukul 3.45 pagi.

 ambil gambar semasa menunggu ketibaan bas yg membawa rakan2 lain

16hb Oktober 2010 / Sabtu.

Oh ya, antara pukul 2.00 pagi - 3.45 pagi tu, aku sempat ke tandas sebanyak dua kali (ni pun ingat ka..hah). Nampak sebuah kereta Proton Saga dan ada perempuan yg tidur di dalamnya berhampiran laluan ke tandas Petronas tu. 'Mungkin juga orang yg join trip ni..' fikirku. OK, pada pukul 3.45 pagi, bas sekolah berwarna oren tu pun sampai. Nervous ada, excited pun ya. Then ternampak beberapa orang turun dan duduk di tepi bas tersebut. Ada lelaki ada perempuan. Aku yang berada dalam kereta, meneguk air dari dalam botol mineral untuk menyegarkan diri setelah sempat terlelap (dalam kereta pun ada nyamuk!). Aku keluar daripada kereta dan bersalaman dengan seorang lelaki yang sedang merokok sambil duduk hadapan bas. Lupa pulak namanya. Ada janggut panjang dan ada seorang yang berbadan besar di panggil Bob. Aku tercari2 mana satu si Amir dan mana satu si Azlan ni. Then, lebih kurang pukul 4.05 pagi, bas pun hendak bergerak semula. Kami yang memandu kenderaan masing-masing mengekori bas dari belakang. Then masuk ke Kampung Jementah. Bas menurunkan mereka yang lain. Bas tidak dapat masuk ke dalam lagi kerana laluan yang sempit. Rakan-rakan yang memandu membawa bersama rakan-rakan yang menaiki bas tadi untuk masuk ke kawasan rehat berhampiran starting point trail Jementah (kawasan ni bnyk pokok getah yang kurus-kurus..susu getah sudah beku tidak dikutip..memang kawasan untuk meletakkan  kenderaan  kerana ada dataran kecil yang sedikit lapang. Di belakangnya mengalir sungai yang cetek dan berbatu). Semasa membawa rakan-rakan yang lain, kami sempat berbual dan berkenal-kenalan. Ahh, nama pun lupa. Yang aku ingat cuma Zamri, Shy - ini pun sebab kami ada beberapa kali berbual (masing-masing baru dan tiada kawan dalam team ORA). Disingkatkan cerita..apabila sampai di dataran tu, ada yang sudah siap membuka ground sheet masing-masing; yang sedang tidur dan ada juga yang sedang berbual-bual. Aku tidur dalam kereta. Jam menunjukkan pukul 5 pagi. Sempat terlelap. Lebih kurang pukul 5.35 pagi, kedengaran seseorang sedang melaungkan azan subuh. Ramai yang pergi ke sungai untuk urusan peribadi masing-masing. Aku membasuh muka dan memberus gigi. Ada sekumpulan yang sudah mula solat subuh berjemaah. Aku masbuk. Selesai solat, masing-masing kembali berehat. Ada yang menyambung tidur. Aku mengambil kesempatan untuk berbual-bual dengan si Shy. Pihak penganjur sedang menyediakan sarapan. Hari mulai terang. Kami mula berkemas. Bersiap-siap dengan kelengkapan untuk mendaki. Paling penting air! Bersarapan nasi goreng dan kuey teow ala camping. Sedap juga sebab lapar ketika itu. Lebih kurang pukul 8.30 pagi, Azlan memanggil semua untuk berkumpul dan mendengar taklimat. Bla..bla..bla..bla..bacaan doa....orang2 ORA memperkenalkan diri. Selepas itu, kami pun mula bergerak memulakan pendakian.

SEPANJANG PENDAKIAN.
Rasa dada macma mahu pecah! Haha. Penat yang amat sangat. Lenguh. Bukit lebih kurang 75 - 80 darjah tahap kesengetannya. Haha. Nasib baik ada tali. Perjalanan memakan masa lebih kurang sejam sebelum kami sampai ke camp site untuk bermalam. Di situ ada air terjun. Pasang khemah, tinggalkan barang yang kurang perlu, top up air dalam botol then kami meneruskan perjalanan untuk lebih kurang 2 setengah jam. Perjalanan kali ini lebih mencabar. Peha sebelah kanan terasa ngilu-ngilu. Lutut kanan yang kadang-kala bermasalah tu nasib baik tidak buat hal. Ada satu kawasan berhampiran anak sungai, yang lain-lain tu panggil 'AIR TERJUN SEDAP'. Digelar begitu sebab rasanya agak sejuk (menurut tekakku, air tu sama sahaja dengan air yang mengalir dari Gunung Pulai). Dipendekkan ceritera lagi, kami sampai di satu kawasan 'Simpang Tiga Jumaat'? (abang guide cakap lebih kurang begitulah). Berehat dan tidur di situ (kawasan agak sejuk, ada lebih kurang 4 jam lagi untuk sampai ke puncak, masa menunjukkan pukul 1 petang! Agak lewat untuk terus mendaki!). Sempat tertidur selama setengah jam. Potpet2 gadis2 di sebelahku tapi mata mengantuk sudah tidak peduli. Zzzzz..

Pukul 1.35 petang (lebih kurang), penganjur memutuskan supaya kami turun semula. Misi GAGAL. Kesuntukan masa? Tanpa menoleh lagi, aku dan yang lain-lain pun mula turun ke camp site. Sampai di bawah lebih kurang pukul 4.30 petang. Mandi si air terjun dan buat jamak. Kemas-kemas beg. Penganjur mula memasak untuk makan malam..makan malam..baring-baring di bawah fly sheets..tertidur sampai pukul 6 pagi! Puas! Malam yang dingin. Bunyi air sungai langsung tidak kedengaran mengganggu sebab letih yang amat. Mujur ada jaket dan sarung tangan. Stokin pun sangat perlu untuk mengelakkan kaki daripada dimakan nyamuk dan serangga-serangga daripada merayap masuk ke dalam seluar (lain kali mahu cuba tidur pakai kain pelikat). Mujur juga tidak jadi membeli sleeping bag sebab kurang perlu. Lainlah kalau aku selalu camping, maybe boleh beli pada masa akan datang.

17hb Oktober 2010 / Ahad.

4 comments:

  1. Cerita tak habis lagi ni. I look forward to more!

    ReplyDelete
  2. wakakakaa malu pulak aku ada org bca ni. Ok, insya Allah akn dsambung secepat yg boleh. Idea bnyk sgt. Harap2 x lupa.

    ReplyDelete
  3. salam

    salam ledang. kalau ingat lagi la. sy pun dalam trip ni jugak masa tu.

    takpe next trip ke ledang kita pastikan sampai ke puncak.

    masa tengah 50-50 tu kami 10 org sanggup teruskan tapi akhirnya penganjur nasihatkan turun jugak

    ReplyDelete
  4. Wslm Hamydy. Ya, ingat. Kamu yg pakai tshirt Gunung Bromo, kan..? Msa kat trail tu pun sy jalan bhampiran kamu. Ya, mudah2an suatu hari nanti dapat sampai ke puncak. Slm outdoor.

    ReplyDelete

Terima Kasih / Thank You
http://bit.ly/1bNnzEh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...