Sunday, 24 October 2010

Gunung Ledang via Jementah Trail


Tarikh : 15-17 Oktober 2010. 

Hobi aktiviti outdoor terlaksana dengan lebih nyata apabila aku menemui satu event dalam Facebook mengenai trip ke Gunung Ledang yang dianjurkan oleh satu adventure team iaitu OUTERRANGE ADVENTURE TEAM @ ORA dari Kuala Lumpur. Walaupun tiada kawan-kawan yang aku kenali tapi demi minat, itu semua bukan halangan. Berurusan membuat deposit dan dapat berhubung dengan pihak yang menguruskan trip tersebut iaitu Encik Mohd. Azlan & Encik Amir. Sehingga detik-detik terakhir barulah dapat mengetahui pergerakan dan tempat berkumpul.

15hb Oktober 2010 / Jumaat.


Pukul 10 malam, bertolak secara berkereta dari rumah. Bersemangat. Persiapan ala kadar. Sebagai persiapan, aku cuma membeli sepasang sarung tangan, (sangat berguna kerana waktu tidur malam adalah sangat sejuk!) botol air berwarna biru, insect repellent stick dan sarung kaki bola sepak yang panjang melebihi paras lutut. Barang-barang keperluan asas mesti dibawa bersama pakaian yang secukupnya. Vitamin dan sedikit ubat-ubatan turut ada. Perjalanan sebenar bermula apabila aku mengambil laluan PLUS dari Tol Kulai ke Susur Masuk Tangkak. Kos tol pada ketika itu sebanyak RM 17.60. Singgah di dua buah hentian untuk menyegarkan mata yang agak kantuk. Paling seronok dapat singgah di Kawasan R&R Pagoh Arah Utara sebab kawasan R&R ni memang cantik dan kemudahan pun kira ok. Sempat makan pau daging dan minum teh tarik di sini. Gambar-gambar yang sempat dirakamkan di R&R ini akan dimasukkan dalam satu entry berikutnya.
Semasa membayar tol, aku sempat bertanya dengan kakak jurutol tentang arah hendak ke  Jementah. "Simpang tiga di hadapan, belok kanan dan jalan terus sahaja". Lega apabila sepanjang perjalanan nampak papan tanda yang menunjukkan arah Jementah. Jementah merupakan sebuah pekan kecil yang mempunyai kemudahan seperti kedai serbaneka 7 Eleven, cawangan Bank Simpanan Nasional dan deretan rumah kedai. Sebelum sampai ke Jementah, aku telah melalui Bandar Tangkak dan Pekan Sagil. Perjalanan dari Bandar Tangkak ke Sagil agak berliku-liku dan gelap. Kiri kanan terdapat ladang kelapa sawit dan kebun-kebun orang. Jalan agak gelap. Cuak juga. Selama lebih kurang sejam akhirnya tiba di Pekan Jementah. Oh ya, sebelum sampai di Pekan Jementah, aku juga telah melepasi Hutan Lipur Gunung Ledang Pintu A dan Hutan Lipur Gunung Ledang Pintu B. Pukul 1.30 pagi 16hb Oktober 2010, sampai di Pekan Jementah. Aku memaklumkan kepada Amir ORA dan menunggu ketibaan mereka di Stesen Petronas Pekan Jementah bertentangan dengan Bank Simpanan Nasional. Sempat tidur, basuh muka, buang air dan dengar lagu dalam kereta sebelum ketibaan bas yang membawa hikers lain dari Kuala Lumpur pada pukul 3.45 pagi.

 ambil gambar semasa menunggu ketibaan bas yg membawa rakan2 lain

16hb Oktober 2010 / Sabtu.

Oh ya, antara pukul 2.00 pagi - 3.45 pagi tu, aku sempat ke tandas sebanyak dua kali (ni pun ingat ka..hah). Nampak sebuah kereta Proton Saga dan ada perempuan yg tidur di dalamnya berhampiran laluan ke tandas Petronas tu. 'Mungkin juga orang yg join trip ni..' fikirku. OK, pada pukul 3.45 pagi, bas sekolah berwarna oren tu pun sampai. Nervous ada, excited pun ya. Then ternampak beberapa orang turun dan duduk di tepi bas tersebut. Ada lelaki ada perempuan. Aku yang berada dalam kereta, meneguk air dari dalam botol mineral untuk menyegarkan diri setelah sempat terlelap (dalam kereta pun ada nyamuk!). Aku keluar daripada kereta dan bersalaman dengan seorang lelaki yang sedang merokok sambil duduk hadapan bas. Lupa pulak namanya. Ada janggut panjang dan ada seorang yang berbadan besar di panggil Bob. Aku tercari2 mana satu si Amir dan mana satu si Azlan ni. Then, lebih kurang pukul 4.05 pagi, bas pun hendak bergerak semula. Kami yang memandu kenderaan masing-masing mengekori bas dari belakang. Then masuk ke Kampung Jementah. Bas menurunkan mereka yang lain. Bas tidak dapat masuk ke dalam lagi kerana laluan yang sempit. Rakan-rakan yang memandu membawa bersama rakan-rakan yang menaiki bas tadi untuk masuk ke kawasan rehat berhampiran starting point trail Jementah (kawasan ni bnyk pokok getah yang kurus-kurus..susu getah sudah beku tidak dikutip..memang kawasan untuk meletakkan  kenderaan  kerana ada dataran kecil yang sedikit lapang. Di belakangnya mengalir sungai yang cetek dan berbatu). Semasa membawa rakan-rakan yang lain, kami sempat berbual dan berkenal-kenalan. Ahh, nama pun lupa. Yang aku ingat cuma Zamri, Shy - ini pun sebab kami ada beberapa kali berbual (masing-masing baru dan tiada kawan dalam team ORA). Disingkatkan cerita..apabila sampai di dataran tu, ada yang sudah siap membuka ground sheet masing-masing; yang sedang tidur dan ada juga yang sedang berbual-bual. Aku tidur dalam kereta. Jam menunjukkan pukul 5 pagi. Sempat terlelap. Lebih kurang pukul 5.35 pagi, kedengaran seseorang sedang melaungkan azan subuh. Ramai yang pergi ke sungai untuk urusan peribadi masing-masing. Aku membasuh muka dan memberus gigi. Ada sekumpulan yang sudah mula solat subuh berjemaah. Aku masbuk. Selesai solat, masing-masing kembali berehat. Ada yang menyambung tidur. Aku mengambil kesempatan untuk berbual-bual dengan si Shy. Pihak penganjur sedang menyediakan sarapan. Hari mulai terang. Kami mula berkemas. Bersiap-siap dengan kelengkapan untuk mendaki. Paling penting air! Bersarapan nasi goreng dan kuey teow ala camping. Sedap juga sebab lapar ketika itu. Lebih kurang pukul 8.30 pagi, Azlan memanggil semua untuk berkumpul dan mendengar taklimat. Bla..bla..bla..bla..bacaan doa....orang2 ORA memperkenalkan diri. Selepas itu, kami pun mula bergerak memulakan pendakian.

SEPANJANG PENDAKIAN.
Rasa dada macma mahu pecah! Haha. Penat yang amat sangat. Lenguh. Bukit lebih kurang 75 - 80 darjah tahap kesengetannya. Haha. Nasib baik ada tali. Perjalanan memakan masa lebih kurang sejam sebelum kami sampai ke camp site untuk bermalam. Di situ ada air terjun. Pasang khemah, tinggalkan barang yang kurang perlu, top up air dalam botol then kami meneruskan perjalanan untuk lebih kurang 2 setengah jam. Perjalanan kali ini lebih mencabar. Peha sebelah kanan terasa ngilu-ngilu. Lutut kanan yang kadang-kala bermasalah tu nasib baik tidak buat hal. Ada satu kawasan berhampiran anak sungai, yang lain-lain tu panggil 'AIR TERJUN SEDAP'. Digelar begitu sebab rasanya agak sejuk (menurut tekakku, air tu sama sahaja dengan air yang mengalir dari Gunung Pulai). Dipendekkan ceritera lagi, kami sampai di satu kawasan 'Simpang Tiga Jumaat'? (abang guide cakap lebih kurang begitulah). Berehat dan tidur di situ (kawasan agak sejuk, ada lebih kurang 4 jam lagi untuk sampai ke puncak, masa menunjukkan pukul 1 petang! Agak lewat untuk terus mendaki!). Sempat tertidur selama setengah jam. Potpet2 gadis2 di sebelahku tapi mata mengantuk sudah tidak peduli. Zzzzz..

Pukul 1.35 petang (lebih kurang), penganjur memutuskan supaya kami turun semula. Misi GAGAL. Kesuntukan masa? Tanpa menoleh lagi, aku dan yang lain-lain pun mula turun ke camp site. Sampai di bawah lebih kurang pukul 4.30 petang. Mandi si air terjun dan buat jamak. Kemas-kemas beg. Penganjur mula memasak untuk makan malam..makan malam..baring-baring di bawah fly sheets..tertidur sampai pukul 6 pagi! Puas! Malam yang dingin. Bunyi air sungai langsung tidak kedengaran mengganggu sebab letih yang amat. Mujur ada jaket dan sarung tangan. Stokin pun sangat perlu untuk mengelakkan kaki daripada dimakan nyamuk dan serangga-serangga daripada merayap masuk ke dalam seluar (lain kali mahu cuba tidur pakai kain pelikat). Mujur juga tidak jadi membeli sleeping bag sebab kurang perlu. Lainlah kalau aku selalu camping, maybe boleh beli pada masa akan datang.

17hb Oktober 2010 / Ahad.

Saturday, 23 October 2010

Main Perang-Perang!


i love you Janice!

Mengingatkan kembali peristiwa ini, adakalanya melucukan dan menggeramkan. Apa..? Aku kurang ajar..? Biadap..? Tidak beradab..? Melampau..? Rupa-rupanya aku diperhatikan selama ini..! Aku cuma mahu bercakap mengenai huruf A tetapi orang boleh bawa heret topik sehingga ke huruf Q.. Maaf, anda tersasar!

Tarikh  - 19 September 2010 (Selasa).
Cuaca  - Cerah dan sedikit berjerebu.
Masa    - Hampir pukul 10.00 pagi - 10.35 pagi.
Lokasi  - Tempat kerja (standardlahkan orang main perang-perang di tempat kerja).

Sesungguhnya dalam kejadian main perang-perang tersebut, aku tiada LANGSUNG menyentuh peribadi @ mempersoalkan hal kerja orang tetapi orang tersebut? Wah, mempersoalkan peribadi dan urusan kerjaku. Mahu tahu?

Bercakap pasal aku mengenai :
1. Aku gigih berFacebook dalam ruangan kerja.
    * Tahniah kerana mengambil berat akan hal ini. Insya Allah saya akan mengurangkan kegigihan saya berfacebook selepas ini. Terima kasih kerana memerhatikan saya. Anda memang cukup baik sebab anda tidak BERSEMBANG HUHAHUHA DI TEMPAT KERJA dan tidak MENJADI PENUNGGU KANTIN @ BERTAPA DI KANTIN SEHINGGA LAMBAT MASUK BERTUGAS. KERJA ANDA PERFECT @  SEMPURNA, kerana itulah anda menegur saya dengan cara yang sangat tidak berhemah. Anda tidak pernah MEMBUAT TUGASAN LAIN KETIKA BEKERJA SEPERTI MEMBUAT ASSIGNMENT KULIAH ANDA KETIKA BERSAMA MAKHLUK2 DI BAWAH TANGGUNGJAWAB ANDA. Anda juga menyatakan bahawa RAMAI yang tidak puas hati dengan saya dan apabila saya bertanyakan siapakah mereka-mereka itu, jawapan anda "Kalau saya cakap, nanti awak bergaduh dengan orang tu pulak". Anda cuba melibatkan orang lain untuk menutup kelemahan awak sendiri. Terus terang sahaja siapa orang-orang tersebut. Nampaknya orang-orang tersebut sudah salah tempat mengadu apabila mereka mengadukan hal saya kepada anda :p .Maafkan saya kerana anda menegur tidak kena waktu dan cara yang sangatlah salah. Anda juga menegur tentang saya dan kawan-kawan yang kononnya bercerita hal tempat kerja di dalam facebook. Adakah kami berbual mengenai anda? Hebat sangatkah anda untuk dijadikan topik perbualan kami? Anda memaklumkan bahawa anda tidak mempunyai facebook, justeru JIKA benar kami ada berkata mengenai anda di ruangan Facebook, bagaimana anda mengetahuinya? Adakah terdapat hantu @ polong @ pelesit @ orang minyak yang telah memaklumkan anda? Lagilagi "adalah orang cakap..." SIAPA ORANG ITU? SAYA MAHU TAHU.

2. Aku berbual di telefon dengan suara @ ketawa yang kuat.
    * Terima kasih kerana memerhati dan ingat akan tingkahlaku normal saya semasa bertelefon. Memang cara saya agak sungguh gembira ketika bertelefon. Adakah saya tergelak di cuping telinga anda..? Adakah saya tergelak bak halilintar di kawasan tempat anda berada..? Adalah SANGAT NORMAL dan boleh diterima apabila seseorang bertelefon dan adakalanya terselit dengan hilai tawa. Hal yang melucukan. Saya bertelefon di bilik @ ruangan tempat saya bekerja dan anda yang datang ke tempat saya lalu terdengar hilai tawa saya. Adakah saya patut dipersalahkan? Itu adalah NORMAL ok apabila orang bertelefon dan ketawa dengan kuat! Adakah ketika itu saya ketawa dengan kuat sepanjang saya bercakap di telefon..? Sudah tentu tidak. Anda amat mengingati ketawa saya semasa bertelefon kerana? Anda MELIHAT DAN MENGUMPUL PERKARA YANG ANDA FIKIRKAN SALAH SEDANGKAN ITU SEMUA ADALAH KELAZIMAN. Maaf, anda tersasar.

3. Aku kurang ajar, biadap dengan orang tua & melampau.
    * Terima kasih kerana melabel saya sedemikian rupa. Apabila saya bertanya, "Masa bila saya kurang ajar @ biadap?" - Jawapan anda "Banyak kali!". SILA JELASKAN DENGAN LEBIH TERPERINCI. Peristiwa saya membaling bakul dan anda terasa..? Mengapa perlu terasa? Ya , tindakan saya agak melampau tetapi itu menunjukkan serta membuktikan yang anda tidak berjaya mengawal makhluk2 di bawah tanggungjawab anda kerana anda yang berada di situ cuma membiarkan suasana bising dan makhluk2 bermain-main. Di mana fungsi dan peranan anda? Jangan cuba kaitkan suasana bising di situ dengan suasana bising di tempat lain kerana itu tidak boleh diterima logik. Ini bukan soal anda lebih tua atau saya lebih muda tetapi sikap dan timing anda yang sangat tidak betul. Meluahkan rasa tidak puas hati ketika saya sedang naik minyak? Adakah patut anda mencurahkan petrol ke dalam api yang sedang menyala? Di manakah rasional anda? Kepada tukang angguk, saya tahu anda faham apa yang saya cakapkan ketika perang itu sedang berlangsung. Anda cuma melihat saya sebagai biadap seperti yang dilabelkan tetapi perkara-perkara lain yang saya cakapkan? Di mana kewarasan anda semasa membuat penilaian!

4. Tidak puas hati daripada peristiwa lalu.
    * Ya Allah, sesungguhnya aku telah beranggapan bahawa peristiwa lalu itu sudah selesai. Peristiwa bulan April. Kerana apa? Selepas kejadian itu, saya dan anda telah boleh bercakap dan bertegur ketika melibatkan urusan kerja dan hal-hal penting. Saya juga melemparkan senyuman ketika berselisih dengan anda dan anda pun begitu juga, bukan? Daripada situ saya membuat kesimpulan bahawa hal yang lepas sudah selesai dan barang yang lalu telah pun dibungkus dan masuk ke dalam peti harta karun. Tup2? Anda mengungkit kisah tersebut??!! Bermakna, senyuman dan sapaan2 selama ini hanyalah PLASTIK SAMPAH BELAKA??!! Sesungguhnya aku tertipuuu.. Sekarang anda fikirkan di mana nilai anda. Di mana kedudukan anda sebagai orang yang lebih tua. Mahu lagi? Apabila saya cuba bercakap memberi penjelasan, apa tindakan anda - Membuat aksi menekup telinga sambil berkata "TAK DENGAR! TAK DENGAR!" OMG! Sikap seperti apa itu??!! Fikir sendiri.

5. Aku masuk campur urusan orang lain.
   * Saya akui saya masuk campur urusan 'kes' anda bersama orang lain yang juga kawan baik saya. Saya telah meminta maaf atas perkara tersebut. Anda tidak berpuas hati dengan update status saya di Facebook yang menyentuh perkara tersebut. Adakah anda membaca keseluruhan ayat tersebut? Apa yang saya tulis itu salah? Ada anda fikirkan. Anda tidak mempunya facebook dan tulisan di facebook itu di sampaikan oleh orang lain? Siapa orang itu? Kenapa tidak beritahu saya? Saya tahu siapa orang itu? ORANG TENGAH PALING TERUK YANG PERNAH AKU JUMPA. Berangan menjadi orang tengah tapi diri sendiri emosi apabila dijadikan contoh supaya dia faham situasi yang melanda. Orang Tengah haprak yang kerjanya menyiasat status orang dan sibuk membaca blog tulisan kawan kemudian sibuk 'menyampai-nyampai' cerita. Oh Tuhan, adakah orang seperti ini layak dijadikan orang tengah? Orang tengah sepatutnya EMOSI STABIL, YAKIN DAN MAMPU MENGINTREPRETASIKAN MAKSUD ORANG LAIN. Akhirnya? Orang tengah menambah bilangan orang yang tidak menyukainya dan siap block orang daripada Facebooknya. Oh, sesungguhnya aku tidak kebulur untuk berada dalam list fbnya itu. Berusaha menjadi orang tengah untuk menjernihkan keadaan tetapi hakikatnya ANDA TIDAK LAYAK UNTUK MENJADI BEGITU. Kalau emosi mudah terganggu, jangan berangan menjadi orang tengah kerana emosi anda tidak kuat untuk menerima kata-kata laha' daripada saya.

*Tidak puas hati dengan tulisan saya? Tepuk dada tanya selera. Lain kali jangan keluar topik apabila berbicara dengan saya. Saya cakap mengenai satu perkara sahaja tetapi anda meluahkan semuanya yang LANGSUNG tiada kaitan dengan situasi ketika peristiwa tersebut di atas. Sekian.

Friday, 22 October 2010

Outdoors : I Found A New Me



Banyak sungguh perkara yang berlaku sepanjang bulan ini. Urusan kerja, urusan sampingan, urusan hobi baru, urusan itu, urusan ini, ke sana, ke mari. Lesen memandu tamat tempoh since dua minggu lepas pun aku tidak sedari! Yakin lagi merayap jauh-jauh hingga ke Tangkak.

Dalam entry sebelum ini, aku ada menyebut tentang hobi baru iaitu something yang ala-ala outdoor..i guess maybe sebab teruja tengok Fauziah Latiff buat satu trip ke Kuala Selangor bersama peminat-peminat beliau pada bulan Julai yang lepas. Sayangnya aku tidak berpeluang untuk bersama mereka. Sesungguhnya sebelum ini, aku bukanlah seorang yang suka dengan aktiviti luar dan lasak. Masih teringat pengalaman berkhemah di Sepilok, Sandakan Sabah sekitar tahun 2004 / 2005 yang lalu. Demi Tuhan, sesungguhnya pengalaman sepanjang lima hari berada di sana adalah sungguh menyeksakan. Tapak perkhemahan yang sempit, keadaan yang gelap (pihak pengurusan tempat tu tiada pasang lampu!), kemudahan asas yang ada disediakan tetapi sangat teruk..! (bilangan tandas sedikit dan tekanan air yang sangat rendah), ditambah lagi dengan keadaan hujan yang menyebabkan kawasan sekitar tapak khemah menjadi becak! Teruk!

Masa bergerak, pengalaman bertambah dan fikiran menjadi semakin dewasa. Setiap hari merupakan hari yang baru untuk lebih mengenali diri sendiri. Lima tahun kebelakangan ini, semenjak tinggal dan bertugas berhampiran dengan kawasan dikelilingi unsur-unsur alam semulajadi..perlahan-lahan menjadikan aku seorang yang gemarkan aktiviti luar dan mencabar. Seorang dua kawan yang juga mempunyai minat sama, menguatkan lagi kecintaan terhadap dunia outdoor. Hobi bermain tenis agak sukar untuk diteruskan memandangkan kemudahan yang terhad.  Gelanggang yang ada pun agak jauh..i found no hitting partners. 

Semoga aku dapat bertemu dengan lebih ramai rakan-rakan yang mempunyai minat sama dan paling paling penting hobi serta minat ini dapat diteruskan.

I love my life so far!

Tuesday, 5 October 2010

Saki-baki Syawal

1. Sepanjang Syawal, sempat beraya dibeberapa buah rumah.. Perut terdera..kenyang sangattt! Lagi-lagi kalau tuan rumah tu menyediakan '3-4' main course. Semua mau dirasa.

2. Badminton! Semenjak selesai ramadhan, baru sekali saja turun gelanggang..jogging pun baru 2 kali..hmm..akan cuba ditingkatkan.

3. Gunung Ledang..! Tidak sabar rasanya menunggu 15hb ini. Mudah-mudahan dapat sampai hingga ke puncak! Yakin boleh!

4. KWSP : Yahooooo..pemotongan akan dihentikan pada bulan ini. So..? Bolehlah menambah sedikit jumlah pendapatan :p

5. Perancangan untuk pulang bercuti hujung tahun ini ialah akan terbang dari Johor Bahru ke Kota Kinabalu dan beronggeng bersama Inra dan juga cewek-cewek KK. Ahh, lamanya kami tidak bersua muka..??!!

6. Ada apa ya dengan Jelebu, Negeri Sembilan..? Kawasan yang paling kering di Malaysia.

7. Kerja-kerja memang tidak pandai habis, so kena pandai-pandailah cari ruang untuk hiburkan diri (pasal ini aku memang pandai..haha)

8. Blog ini sudah agak lama tidak dikemaskini. Bahana raya!

9. Sekian, terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...