Friday, 3 September 2010

dan cuti pun bermula..

Yeaaaaaaaaayyyyy..cuti sudah bermula..aman..damai..

Cuti panjang. Hari Raya.

Eee, terlupa sangat mahu membeli serunding timbang masa ke Plaza Angsana. Sabtu lepas ke sana, kelmarin baru teringat semula.

Hari Isnin (06 September 2010) pukul 10.30 pagi, ada kelas tambahan BM. Mahu dipolish dengan Kertas 2, Bahagian A dan Bahagian C.

Kenapa Ashraf Sinclair ni ada berlakon dalam drama Indon, dengan slang Indon juga..kedengaran macam gampang..apa dia mau berlakon jadi hero dalam cerita Janda Muda Kolong Wewe lepas ni..? Jeleknya didengar.

Hari ini bersamaan dengan 24 Ramadhan 1431 H. Baru sahaja siap menggoreng cucur udang segera yang sengaja dicampur dengan hirisan bawang besar. Banyak stok makanan yang agak 'lama' perlu dihabiskan sebelum aktiviti membeli barang basah menjelang Syawal. 
Ada juga orang @ kawan-kawan yang macam hairan sangat kenapalah aku ini tidak pulang kampung. Ada juga yang bagi respon seolah2 aku ni macam baru selesai membunuh orang - salahkah tidak pulang kampung..? Heyy, aku punya suka lah tidak pulang. Aku yang tahu mengurus hidup sendiri.. 'Aku lebih tahu' - bilang si Mila AF yang suara kepit tu.

Nah, cuti panjang ni, of kos la aku akan spend a day ke pantai. Teringat Asam Pedas Ikan Pari di Sungai Rengit, Kota Tinggi. Aku ingat lagi muka makcik yang ramas mesra tu. Aku mesti pergi ke sana!

Malas sudah mahu mencari baju Melayu. Ahh, beli seluar dalam raya lagi bagus..memandangkan boxer2 dan brief yang sedia ada kebanyakannya sudah kelabu. Haha. Iya! Oh, bilakah kali terakhir aku membeli pakaian dalam..? Awal tahun lalu mungkin..? Jadi mesti beli yang baru punya.

Since berada di Kg Sri Gunung Pulai ni, so haruslah join sepayung aktiviti marhaban sekampung pada raya ke-2 dan raya ke-3. Direct dapat beraya ke rumah budak-budak seluruh kampung. Sah2 dapat makan di setiap rumah & paling penting dapat merasa macam-macam makanan.

Ada lebih kurang 40 minit lagi waktu hendak berbuka puasa. Ahhh, seronoknya cuti-cuti ni.. Tenang, aman dan best sangat. Blog pun boleh taip panjang-panjang dan merapu banyak.

Nanti sambung lagi..

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih / Thank You
http://bit.ly/1bNnzEh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...