Saturday, 11 September 2010

Oh No! Venus kalah! Samping Baru! Perut Berangin!

Kecewa! Geram! Arggghhh!

1. Sangat gembira kerana akhirnya dapat juga menonton perlawanan tenis secara online. Line berdesup memudahkan proses menonton pada awal pagi. From 2.45 am till now 7.50 am. Dapat dan berjaya akhirnya menemui free online channel yang betul-betul boleh pakai!

2. Venus Williams kalah! Arrrgggghhh!!! Hampagas sungguh!! Sudah menang set pertama..boleh pula sia-siakan peluang dalam 2nd set and 3rd set.. Harap-harap Zvonareva menang kali ini!

Pagi 2 Syawal 1431H, matahari bersinar cerah tetapi masih ada sisa-sisa kesejukan kesan gerimis dan hujan semalam. Teringat kasut di KL Sentral yang tidak muat di kaki time bulan 6 tu..ahh..harap-harap ada lagi kasut offer dan cantik! Yeayyy, malam raya tu berjalan ke Jalan TAR, dapat beli dua helai kain samping. Medium in quality tapi sangat murah. RM 15 untuk sehelai. Lain-lain, baju Melayu..kurang berkenan membeli. So, tahun ni aku tiada baju Melayu untuk raya. Just pakai baju lama.

Ni gara-gara banyak makan kelmarin, nah perut jadi berangin dan bertambah kembung. Ahhh.. Mana minyak angin..mana.. Hmm rasa mahu berjalan-jalan tapi ke mana.. Bestnya dapat internet lancar dan laju di sini.. Yahooooo..still geram dan frust! Venus Williams!!!

Thursday, 9 September 2010

1 Syawal 1431 H


Alhamdulillah.. Tercapai azam Ramadhan kali ini.. Dapat puasa penuh.. Dapat tarawih penuh.. Mudah-mudahan diterima olehNya.. Walaupun mulut still melaha' siang-siang..hihi..

Pada mulanya, aku cuma bercadang untuk berhari raya di Kulai. Tiba-tiba datang seruan beraya di Kuala Lumpur bersama adik-beradik. Tup2 sampai KL, abang Jul sudah balik Kedah, Ipun sudah balik Sabah. Tinggal aku dengan Kak Combi ni.

Line laju gila babeng la sini ni.. Biruuuuuuuuuuu ja lampu broadband stick ni. 3 G katanya. Ahh..penat. Naik kereta api.. Konon dapat seat first class berkos RM59.00 (harga kelas biasa RM 31.00).. Tengok-tengok, lebih kurang ja just space luas sikit but busuk dan gegar bising still sama. Berangan dapat beradu dalam koc yang ada katil. Pelik juga. Yang ada katil tu train yg mana satu..???!! Ishhhh..

Nah, berbuka puasa tadi dapat merasa cendol. Ni kakak sedang masak-masak di dapur. Macam-macam la mau di masaknya..'sikit-sikit tiap jenis masakan' bilangnya. 

Sekejap lagi mahu keluar ke Jalan Masjid India. Tengok apa yang masih boleh disumbangkan duit ni. Esok..konon gigih mahu ke rumah terbuka Perdana Menteri. Jauh. Kalau buat d PWTC dekat jugalah kan.

Ahh..rehat-rehat.. Selasa balik ke Kulaijaya.Teringat kereta yang dtinggalkan di kawasan Balai Polis. Mudah-mudahan selamatlah hendaknya.

Friday, 3 September 2010

dan cuti pun bermula..

Yeaaaaaaaaayyyyy..cuti sudah bermula..aman..damai..

Cuti panjang. Hari Raya.

Eee, terlupa sangat mahu membeli serunding timbang masa ke Plaza Angsana. Sabtu lepas ke sana, kelmarin baru teringat semula.

Hari Isnin (06 September 2010) pukul 10.30 pagi, ada kelas tambahan BM. Mahu dipolish dengan Kertas 2, Bahagian A dan Bahagian C.

Kenapa Ashraf Sinclair ni ada berlakon dalam drama Indon, dengan slang Indon juga..kedengaran macam gampang..apa dia mau berlakon jadi hero dalam cerita Janda Muda Kolong Wewe lepas ni..? Jeleknya didengar.

Hari ini bersamaan dengan 24 Ramadhan 1431 H. Baru sahaja siap menggoreng cucur udang segera yang sengaja dicampur dengan hirisan bawang besar. Banyak stok makanan yang agak 'lama' perlu dihabiskan sebelum aktiviti membeli barang basah menjelang Syawal. 
Ada juga orang @ kawan-kawan yang macam hairan sangat kenapalah aku ini tidak pulang kampung. Ada juga yang bagi respon seolah2 aku ni macam baru selesai membunuh orang - salahkah tidak pulang kampung..? Heyy, aku punya suka lah tidak pulang. Aku yang tahu mengurus hidup sendiri.. 'Aku lebih tahu' - bilang si Mila AF yang suara kepit tu.

Nah, cuti panjang ni, of kos la aku akan spend a day ke pantai. Teringat Asam Pedas Ikan Pari di Sungai Rengit, Kota Tinggi. Aku ingat lagi muka makcik yang ramas mesra tu. Aku mesti pergi ke sana!

Malas sudah mahu mencari baju Melayu. Ahh, beli seluar dalam raya lagi bagus..memandangkan boxer2 dan brief yang sedia ada kebanyakannya sudah kelabu. Haha. Iya! Oh, bilakah kali terakhir aku membeli pakaian dalam..? Awal tahun lalu mungkin..? Jadi mesti beli yang baru punya.

Since berada di Kg Sri Gunung Pulai ni, so haruslah join sepayung aktiviti marhaban sekampung pada raya ke-2 dan raya ke-3. Direct dapat beraya ke rumah budak-budak seluruh kampung. Sah2 dapat makan di setiap rumah & paling penting dapat merasa macam-macam makanan.

Ada lebih kurang 40 minit lagi waktu hendak berbuka puasa. Ahhh, seronoknya cuti-cuti ni.. Tenang, aman dan best sangat. Blog pun boleh taip panjang-panjang dan merapu banyak.

Nanti sambung lagi..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...