Friday, 20 August 2010

Jangan Salah Tempat

Sampai satu tahap, terasa macam tiada guna lagi untuk mengadu atau meluahkan perasaan dengan orang atau kawan-kawan. Kenapa ahhh..? Ada pun cuma berkongsi cerita-cerita biasa. Kalau hendak mengadu / meminta pendapat untuk menyelesaikan masalah peribadi, rasa macam tiada guna lagi. Apa kena dengan aku ni..? Pentingkan diri..? Apabila difikirkan semula, kebanyakan masalah yang aku berkongsi dengan orang lain pun rasanya aku juga yang fikir dan selesaikan sendiri. Hanya penatkan otak dan buang masa sahaja bercakap pasal masalah dengan orang lain sedangkan orang lain pun memang tidak dapat membantu. Lagi satu, perlukah sesakkan fikiran orang lain dengan hal sendiri sedangkan orang lain pun banyak perkara untuk difikirkan..? Pengalaman mengajar bilakah masanya untuk berkongsi sesuatu perkara dan paling penting, pengalaman juga menjadikan diri lebih berhati-hati dan sebu untuk bercerita hal sendiri kepada orang lain. Kalau just gurauan @  isu-isu semasa still o.k tapi kalau hal-hal peribadi yang memerlukan penyelesaian, rasanya orang lain pun tidak suka dengan apa yang akan aku cakapkan.

Diam-diam sendiri cukuplah.

1 comment:

  1. klu luahkan perasan, 8 least dapat sedikit ringankan beban abg..:)

    ReplyDelete

Terima Kasih / Thank You
http://bit.ly/1bNnzEh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...