Friday, 20 August 2010

Cakap Cakap Cakap Cakap vs. Buat. Booooooo!!!!

Hari ini ialah 10 Ramadhan. Hari ke-10 berpuasa.

Kelmarin, ada pemantau dari Bahagian Teknologi Pendidikan (BTPN) Johor datang membuat pemantauan Pusat Sumber. Masa tu hujan lebat. Pemantauan ni lanjutan daripada pemantauan oleh Pusat Kegiatan Guru (PKG) Kulai. Konon-konon akan dapat Program Khidmat Bantu a.k.a make over Pusat Sumber Sekolah. Tup2 tidak jadi. Belum tahap nazak lagi.

Banyaklah kena tegur terutamanya dari segi pengurusan. Memandangkan aku ni 'free' sangat di sekolah tu, tiada kerja lain, so aku mestilah menumpukan sepenuh tenaga jiwa raga dan bakul untuk memantapkan pengurusan Pusat Sumber. Bercakap memang mudah tapi yang hendak melaksanakannya..? Aku. Aku. Aku.

Banyak perkara hendak dibuat. Sudut khas. Labelling. Proses bahan. Keceriaan. Fail Kuasa. Fail Meja. i-NILAM. iQ-PSS. Literasi Maklumat. Program NILAM. Siap-siagalah aku bawa tilam bantal makanan baldi gayung baju. Tidak perlu ada masa untuk diri sendiri. Menghadap saja segala kerja di perpustakaan tu. So lepas ni aku masuk kelas cuma 8 waktu seminggu (berangan la sampai bulu hidung panjang paras dada pun memang x akan dapat kalau di sekolah tu).

B.O.S.A.N. Terkejar-kejar setiap kerja. Hilang fokus. Minat & kreativiti dalam mengajar pun jadi tawar.

2 comments:

  1. hampehnya kalo byk kerja...x ske~ siaplah aku next year...bgs2 jd paris hilton..next year bila dah start pegang jwtn..nah...siapla aku jd mcm kak pah!serabut..serabai...

    ReplyDelete
  2. patut la ko dah 3 ari tak 'balik'. ko tido library ek. GB pesan suh balikkan diri hahah

    ReplyDelete

Terima Kasih / Thank You
http://bit.ly/1bNnzEh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...