Monday, 30 August 2010

20 Ramadhan 1431H

Tahniah kepada diriku kerana berjaya sampai ke-20 Ramadhan. So far oklah, 3-4 hari berpuasa, x lari terasa penat sangat. Kesan daripada pengambilan Nutrilite..? Banyak membantu memberikan tenaga.
Sekejap tadi ada orang-orang melawat sekolah. Ada sesi bergambar bersama.

Kelmarin ada Majlis Khatam al-Qur'an peringkat kampung bergabung dengan sekolah (padahal sumbangan sekolah kecil ja..haha). Hari ini pun ada lagi untuk peringkat daerah. Lagi, pada hari Jumaat bersama PM katanya di masjid baru, Lapangan Terbang Senai. Mungkin sekali dengan perasmian masjid tu. Mana tau boleh nampak muka Rosmah Mansor secara live. Snap! Snap!

Yahooooo..esok cuti. Selamat Hari Kemerdekaan. Aktiviti - Menanda kertas ujian budak sebanyak 4 set tu. Bahasa Melayu Pemahaman Tahun 2, Bahasa Melayu Penulisan Tahun 2, English Year 2 dan Science Year 4.

Orang-orang yang menganggu perasaan akan diblock daripada Facebook.

Apa baju raya ni belum beli lagi..? Sudah mencari tetapi tiada yang berkenan di dompet dan di hati. Ahhh..kantuk sangat mata ni!

Sambung siapkan i-NILAM. Eh, esok tidak boleh tidur puas-puas sebab kena datang sekolah hias kelas dan buat latihan koir kemerdekaan. Hummmmmmmmm..

Friday, 20 August 2010

Cakap Cakap Cakap Cakap vs. Buat. Booooooo!!!!

Hari ini ialah 10 Ramadhan. Hari ke-10 berpuasa.

Kelmarin, ada pemantau dari Bahagian Teknologi Pendidikan (BTPN) Johor datang membuat pemantauan Pusat Sumber. Masa tu hujan lebat. Pemantauan ni lanjutan daripada pemantauan oleh Pusat Kegiatan Guru (PKG) Kulai. Konon-konon akan dapat Program Khidmat Bantu a.k.a make over Pusat Sumber Sekolah. Tup2 tidak jadi. Belum tahap nazak lagi.

Banyaklah kena tegur terutamanya dari segi pengurusan. Memandangkan aku ni 'free' sangat di sekolah tu, tiada kerja lain, so aku mestilah menumpukan sepenuh tenaga jiwa raga dan bakul untuk memantapkan pengurusan Pusat Sumber. Bercakap memang mudah tapi yang hendak melaksanakannya..? Aku. Aku. Aku.

Banyak perkara hendak dibuat. Sudut khas. Labelling. Proses bahan. Keceriaan. Fail Kuasa. Fail Meja. i-NILAM. iQ-PSS. Literasi Maklumat. Program NILAM. Siap-siagalah aku bawa tilam bantal makanan baldi gayung baju. Tidak perlu ada masa untuk diri sendiri. Menghadap saja segala kerja di perpustakaan tu. So lepas ni aku masuk kelas cuma 8 waktu seminggu (berangan la sampai bulu hidung panjang paras dada pun memang x akan dapat kalau di sekolah tu).

B.O.S.A.N. Terkejar-kejar setiap kerja. Hilang fokus. Minat & kreativiti dalam mengajar pun jadi tawar.

Jangan Salah Tempat

Sampai satu tahap, terasa macam tiada guna lagi untuk mengadu atau meluahkan perasaan dengan orang atau kawan-kawan. Kenapa ahhh..? Ada pun cuma berkongsi cerita-cerita biasa. Kalau hendak mengadu / meminta pendapat untuk menyelesaikan masalah peribadi, rasa macam tiada guna lagi. Apa kena dengan aku ni..? Pentingkan diri..? Apabila difikirkan semula, kebanyakan masalah yang aku berkongsi dengan orang lain pun rasanya aku juga yang fikir dan selesaikan sendiri. Hanya penatkan otak dan buang masa sahaja bercakap pasal masalah dengan orang lain sedangkan orang lain pun memang tidak dapat membantu. Lagi satu, perlukah sesakkan fikiran orang lain dengan hal sendiri sedangkan orang lain pun banyak perkara untuk difikirkan..? Pengalaman mengajar bilakah masanya untuk berkongsi sesuatu perkara dan paling penting, pengalaman juga menjadikan diri lebih berhati-hati dan sebu untuk bercerita hal sendiri kepada orang lain. Kalau just gurauan @  isu-isu semasa still o.k tapi kalau hal-hal peribadi yang memerlukan penyelesaian, rasanya orang lain pun tidak suka dengan apa yang akan aku cakapkan.

Diam-diam sendiri cukuplah.

Thursday, 12 August 2010

Updates!


Marhaban Ya Ramadhan..! Alhamdulillah!

Buuurrrrrpppp...!

Hari ke-2 selesai berpuasa. Sementara menunggu waktu Isyak + Tarawih, sempat lagi ni potpet2 di sini. Tiada apa yang special berlaku. Belum sempat lagi berkunjung ke mana-mana bazaar Ramadhan. Terasa lemas pada sebelah petang. Dua hari berpuasa ni, dua petang berturut-turut juga dapat tidur selama dua jam. Bangun-bangun ja badan lemas + malas!

Tayar belakang sebelah kiri sangat kekurangan angin. Esok petang merupakan misi untuk membeli-belah barang dapur masak-masak dan menguruskan apa-apa yang patut. Cuci kereta..isi gas tayar..ambil Ijam dari asrama..pergi bazaar..beli mop..

Antara kelebihan berpuasa ni juga ialah, mengajar aku untuk jadi lebih pemilih dalam melakukan aktiviti. Banyak jimat masa. Bersukan kena buat juga tetapi yang ringan-ringan dan dalam jangka masa yang singkat. Just berlari-lari sementara menunggu sejam waktu sebelum berbuka.

Ahh..cepatlah hujung minggu..

Anak

Andai suatu hari nanti aku ada anak (mungkin beberapa orang anak..lima orang paling ideal), aku akan pastikan mereka mendapat kasih dan sayang yang secukupnya.

Ramadhan 1431H / 2010


Ramadhan datang lagi. Syukur. Hari pertama berpuasa, pening-pening lalat sedikit. Mengapa perasaan berpuasa pada bulan Ramadhan ternyata berbeza dengan berpuasa pada hari-hari bulan biasa? Berpuasa pada bulan Ramadhan terasa lebih 'mencabar' dan auranya iya beda gitu!

Semoga dapat 'HIDUP' sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini

Monday, 2 August 2010

MELAKA on 25th August 2010

Sekitar jalan-jalan di Melaka bersama rombongan UMNO Cawangan Kampung Sri Gunung Pulai.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...