Tuesday, 6 July 2010

Perjalanan

Subhanallah.. Alhamdulillah..

Ada kekuatan dan semangat untuk membuat sedikit catatan pada malam ini. Perut terasa lapar. Baru siap masak. Duduk menghadap skrin, GLEE-GELI main di TV sekarang ni. Malam ini cuma masak nasi dan sardin. Sedap jugak. Setakat ini berjaya mengawal tabiat suka makan banyak pada waktu malam. Harap2 berterusan. Bukan apa, susah kalau sudah sihat sangat, baru teringat mahu kurangkan. Bau kanji nasi membuka selera. Tahan lapar dahulu. Buat catatan apa yang terlintas difikiran, malam ini.

Ramai juga kawan-kawan dan kenalan dalam Facebook yang beri ucapan sempena hari lahir pada 03 Julai 2010 yang lepas. Terima kasih semua. Terasa 'mustajab' doa kawan2..dipermudahkan urusan.. Patutlah siang tadi masa hantar Buku Rekod Mengajar, GB just tanda tanpa banyak soal, padahal sudah dua minggu tidak hantar. So..? Adakah itu salah satu daripada 'dipermudahkan urusan'..? ;)

Sendiri - mengajar diri untuk terus berdikari, namun sebagai manusia kadang-kala perlu dan terpaksa juga berharap kepada orang lain. Terima kasih dan syukur kerana tiada sebarang keperluan yang mendesak untuk diluahkan atau disandarkan kepada kawan-kawan dan orang lain.

Terima kasih kepada Nur Ameema Faredea. Terasa juga ingin 'mengejar' sesuatu. Antara cinta dan cita-cita (sehhh..), lebih baik mengejar cita-cita; buat masa ini. Mudah2an ada peluang. Cari angin baru.  Moga semangat yang ada sekarang akan berterusan. Alahai, sementara tunggu 'The Vampire Diaries', tukar cerita Hotel Mania. Dengar dialog cukup. Jangan toleh ke skrin TV! Haha.

Pagi tadi dapat berita pasal camping dengan Fauziah Latiff. Aduh, jauhnya.. Kuala Kubu Baru.. Area2 sempadan Perak. Berbaloikah..? Cari kewarasan dulu. Timbang-timbang. First of all kena fikirkan bajet mahu ke sana.. Tup2 pulang Johor, poket 'koyak', sapa mahu jawab..? Padan sangat time tu nyanyi lagu Fauziah Latiff. Hmm..think..think..

Petang tadi sempat lari-lari dalam kampung. Keluarkan setitis, dua titis, 20 titis dan bertitis-titis peluh. Badan terasa ringan.

Kerja-kerja-kerja.. Banyaknya perlu diselesaikan. Kertas kerja, minit-minit mesyuarat. Malas mo buat tapi mesti buat juga. Tup2 ada rombongan ke Melaka. Menyelit juga di celah-celah rombongan kampung. Yahooooww..as long as it free..!

Raya..? Macam malas mahu pulang beraya. Tunggu semua settle urusan di kampung, baru rasa mahu pulang. Pening walaupun urusan hampir selesai. Ahhh..

The Vampire Diaries main sekejap lagi. Sambung dengan Desperado Housewolves. Sambil-sambil tanda buku. Kalau rajin. Mesti rajin. Rajin juga. Ni sambil makan nasi lauk sardin.




Bagaimana mahu menjalin semula kemesraan..? Kekoknya..


*Tv*

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih / Thank You
http://bit.ly/1bNnzEh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...