Thursday, 15 July 2010

Hati Yang Kau Sakiti & Cendol Mamak Simpang Renggam

Terkini, ada lagu kegemaran baru iaitu lagu Rossa - Hati Yang Kau Sakiti. Bahagian korus tu yang menjadikan lagu tu sedap menurut pendengaranku..'Ku menangis...membayangkan, betapa kejamnya dirimu atas diriku..' Nah itu dia.. Rasanya lagu ni sudah lama tapi macam mana boleh terlepas dengar..? Ciss..

Kelmarin main badminton. Wowww!! Match of my life!! Menang semua set!! Nah, dari manakah keterroran ku datang pada petang itu..? All the shots were in! Ni lagi satu hal, apa pasal hari ni rasa macam hari Jumaat..?? Apa tidak sabar menunggu hujung minggu..?? Macamlah ada yang best, kan..? Sabtu dan Ahad ni ada latihan silat..mandi sungai (20 tahun sudah tidak berkubang di Sungai Gunung Pulai), apa mau pergi ke Layang-Layang..? Eh, teringat cendol mamak di Simpang Renggam..



Time makan cendol dengan si Pui..ahh Pui, bila lagi ko mau datang Simpang ni..?? Ni cendol memang sedap, silap2 boleh ada extra bulu tangan dan bulu dada keriting..bulu hidung juga.. Dia punya santan & air gula tu..rasa lemak-lemak..auummm..
Banyaknya tempat mahu dijelajahi..macamlah larat dan kuat kudrat. Macam frust sedikit tidak dapat join camping. Aktiviti mendaki pun so far belum ada news @ team yang sound2. Boring. Ramadhan hampir tiba. Kurang daripada sebulan. Nah, pesta makanan dan jangan lupa pesta ibadah juga, katanya..

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih / Thank You
http://bit.ly/1bNnzEh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...