Monday, 12 July 2010

Apparel @Chinese Boutique

Beberapa minggu lepas, sempatlah merayau-rayau di Plaza Angsana. Sewaktu di Sandakan, si Inra pernah cakap "baju-baju di butik cina ni cantik-cantik sebab eksklusif..." - lebih kurang gitu la ayatnya. So, aku ni pun cubalah usha2 butik-butik cina yang ada. Memang, kebanyakan t-shirt, seluar dan fesyen2nya mcm pelik-pelik dan menarik. No wonder la budak-budak cina zaman sekarang ni very the stylo..ala2 korean look.

Nah, aku pun gigihlah meronda satu kompleks tu. Harga pun bukanlah mahal sangat. Banding dengan kedai2 biasa, lebih kurang ja harga. Yang bestnya, fesyennya custom-made.. So kebarangkalian adalah agak sukar untuk jumpa orang pakai baju yang sama (ada juga yang sama dalam 4-5 helai..tapi tidaklah macam di Giant atau Tesco yang boleh borong satu jenis buat group boria).


Melekat ala-ala ikut body konon.. Jenis kain yang boleh meregang. Tapi kurang suka dengan poket di dada tu. Rasanya lagi ok kalau tiada poket tu..nampak macam semak.. Tapi kalau tiada poket, nampak mcm ladies pulak.












Tempoh hari ternampak seluar, juga di butik cina2 Sutera Mall. Harga RM 161.90. Cantik sangat. Kain pun ala-ala sedap. On target!

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih / Thank You
http://bit.ly/1bNnzEh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...