Thursday, 15 July 2010

Hati Yang Kau Sakiti & Cendol Mamak Simpang Renggam

Terkini, ada lagu kegemaran baru iaitu lagu Rossa - Hati Yang Kau Sakiti. Bahagian korus tu yang menjadikan lagu tu sedap menurut pendengaranku..'Ku menangis...membayangkan, betapa kejamnya dirimu atas diriku..' Nah itu dia.. Rasanya lagu ni sudah lama tapi macam mana boleh terlepas dengar..? Ciss..

Kelmarin main badminton. Wowww!! Match of my life!! Menang semua set!! Nah, dari manakah keterroran ku datang pada petang itu..? All the shots were in! Ni lagi satu hal, apa pasal hari ni rasa macam hari Jumaat..?? Apa tidak sabar menunggu hujung minggu..?? Macamlah ada yang best, kan..? Sabtu dan Ahad ni ada latihan silat..mandi sungai (20 tahun sudah tidak berkubang di Sungai Gunung Pulai), apa mau pergi ke Layang-Layang..? Eh, teringat cendol mamak di Simpang Renggam..



Time makan cendol dengan si Pui..ahh Pui, bila lagi ko mau datang Simpang ni..?? Ni cendol memang sedap, silap2 boleh ada extra bulu tangan dan bulu dada keriting..bulu hidung juga.. Dia punya santan & air gula tu..rasa lemak-lemak..auummm..
Banyaknya tempat mahu dijelajahi..macamlah larat dan kuat kudrat. Macam frust sedikit tidak dapat join camping. Aktiviti mendaki pun so far belum ada news @ team yang sound2. Boring. Ramadhan hampir tiba. Kurang daripada sebulan. Nah, pesta makanan dan jangan lupa pesta ibadah juga, katanya..

Wednesday, 14 July 2010

Rutin

Rutin! Rutin! Rutin! Ada yang suka, ada juga yang benci akan rutin. Rutin harian, rutin mingguan, rutin bulanan, rutin tahunan. RUTIN @ ROUTINE!

Rutin harian ada yang wajib..ada yang perlu.. Rutin satu amalan atau kemestian dalam kehidupan. Rutin harian - mandi, solat, makan, berus gigi, bangun awal, main game, cek facebook, korek hidung, buat lesson plan (ni rutin yang x best langsung..!), SMS @  call buah hati - (sorry to say, ni yg paling last coz buah hati xda, so..?). Kadang-kadang tu rasa malas dan bosan yang amat..tiap pagi harus, mesti bersiap awal pergi kerja..kerja pula jenis yang x pandai habis..Tambah lagi aku ni jenis malas dan rajin yang bermusim. Musim malas - i like.

Sekarang, aku ada rutin baru. No more malam minggu yang panjang bagi diriku ini. Haha.. Bersemangat punya pasal, sekarang ni baru tergerak hati masuk kelas seni mempertahankan diri - SILAT! Masuk silat beb! 'Silat Sayong'. Gelanggang silat telah dibuka dengan bayaran sebanyak RM 27.00 sahaja. So, apa salahnya masuk. Alhamdulillah, sesi yang pertama telah dimulakan pada minggu lepas. Belajar tiga jenis 'langkah sedia'. Dengar cerita, salah seorang jurulatih tu bekas peserta SUKMA MELAKA baru-baru ni. Seronok juga masuk kelas silat ni..budak-budak pun ada.. Selain mengisi masa lapang, paling penting dapat kemahiran + pengalaman baru..cabar diri sendiri! Selama 3 bulan setiap malam minggu. Ahh..bestnya!

Lebih best daripada memancing dan main layang-layang. Gambar..? Akan datang..!

Tuesday, 13 July 2010

The impact!

Just watched an episode of Desperate Housewive..I can't believe I was crying..

Cinta Embunan Pagi - Azian Mazwan

Berseri indahnya bagai pelangi
Berkembang mekarlah bunga-bunga di hati
Namunku tiada duga begini
Hujan turun melanda
Dan bunga gugur ke bumi..

Cintamu sesegar embunan pagi
Semakin resah menanti terbit mentari
Hangatnya yang membakar mengeringkan
Segala keindahan yang penuh
Kepalsuan..


Engkau yang aku sayangi
Siakan hidupku ini
Lautan madu kuberi engkau racuni

Ku sedari hina diri ini
Kosong tiada bererti
Biarlah diriku pergi
Ku ubati lukaku sendiri


Ku cuba gagahi bangun sendiri
Biarpun sayapku telah tiada lagi
Namunku tak berdaya menghadapi
Di dalam kegelapan bimbang tersungkur lagi..


Oh Tuhan,
Kuteguhkanlah keimanan
Untukku tempuhi suratan kehidupan
Walaupun di hati rasa terkilan
Tapi apakan daya
Semua takdir Tuhan..

Lagu : Adnan Abu Hasan
Lirik : Hani MJ


*Lagu ini sudah basi tapi terdengar kembali..teringat sesuatu yang tidakkan pernah menjadi pasti - aku mahu masuk tadika PASTI! haha..

Monday, 12 July 2010

Apparel @Chinese Boutique

Beberapa minggu lepas, sempatlah merayau-rayau di Plaza Angsana. Sewaktu di Sandakan, si Inra pernah cakap "baju-baju di butik cina ni cantik-cantik sebab eksklusif..." - lebih kurang gitu la ayatnya. So, aku ni pun cubalah usha2 butik-butik cina yang ada. Memang, kebanyakan t-shirt, seluar dan fesyen2nya mcm pelik-pelik dan menarik. No wonder la budak-budak cina zaman sekarang ni very the stylo..ala2 korean look.

Nah, aku pun gigihlah meronda satu kompleks tu. Harga pun bukanlah mahal sangat. Banding dengan kedai2 biasa, lebih kurang ja harga. Yang bestnya, fesyennya custom-made.. So kebarangkalian adalah agak sukar untuk jumpa orang pakai baju yang sama (ada juga yang sama dalam 4-5 helai..tapi tidaklah macam di Giant atau Tesco yang boleh borong satu jenis buat group boria).


Melekat ala-ala ikut body konon.. Jenis kain yang boleh meregang. Tapi kurang suka dengan poket di dada tu. Rasanya lagi ok kalau tiada poket tu..nampak macam semak.. Tapi kalau tiada poket, nampak mcm ladies pulak.












Tempoh hari ternampak seluar, juga di butik cina2 Sutera Mall. Harga RM 161.90. Cantik sangat. Kain pun ala-ala sedap. On target!

Sunday, 11 July 2010

My Birthday Cake

Tiada sebarang special celebration untuk birthday kali ni. Sama juga macam tahun-tahun sebelumnya. Parti, kenduri, joli2...tidak pernah. Tergerak hati membelikan kek untuk diri sendiri. So, aku pun belilah kek kecil yg ready made. Simple. Just letak tulisan dan satu batang lilin. Haha..isk3.. Tiga hari selepas dibeli barulah dapat membaham kek ni. Buuuurrrrpppp..

Kursus Kawad Kaki Unit Beruniform SK Sri Gunung Pulai

Tarikh      : 10 Julai 2010.
Masa        : 8.00 pagi - 11.30 pagi.
Tempat    : Tapak perhimpunan, SK Sri Gunung Pulai.

             Kursus Kawad Kaki Unit Beruniform SK Sri Gunung Pulai telah dijalankan dengan jayanya seperti butiran di atas. Bajet RM 300.00 merangkumi makan & minum murid2, cenderamata dan saguhati untuk jurulatih.
             Semua guru turut terlibat dalam aktiviti tersebut. Seronok, lucu dan bersemangat. Masing-masing pun kurang kemahiran dalam kawad kaki. Thats why jurulatih luar telah dijemput. Guru-guru juga diberi peluang untuk memberikan arahan @ command.

walaupun berisi, tapi bersemangat juga..
budak-budak ni ada yang malas pakai uniform!

Friday, 9 July 2010

Jumaat 02072010 [Hari Terbuka]

Hari Terbuka pada Jumaat yang lepas, melayan ibu bapa yang datang mengambil Buku Laporan Adab Belajar anak masing-masing. Duduk dan potpet2.. Nasib baik budak cuma ada 22 kepala, so cepatlah habis sesi berdating dengan mak bapak budak2 tu..

Selepas itu, sempat la posing2..banyak kerja dan menambah kerja baru.. Isi masa lapang yang x berapa nak lapang.. Yang penting aku yakin bergambar time ni..


..moto pinjam..


..Chit Chat at Prasekolah..


..Chit Chat at Prasekolah 2..

Mengatur Hidup!

Petang yang agak menyeronokkan. Why..? Urusan berjalan lancar.

1. Lepas kerja terus cabut. Lega sikit.
2. Sampai rumah, sempat makan butter cake RM 4.00 sebekas tu. Alas perut.
3. Keluar ke Kulai :
 
- Isi minyak
- Pejabat pos bayar bil elektrik yang x pasal2 bulan lepas terover penggunaan. Lebih daripada RM 20.00, so terpaksa la dibayar.
- Ke Galeri SBC beli sijil untuk kawad kaki & dapat beli shuttle cock satu tube dengan harga yg murah + minta cash bill kosong. Bijak, kan!
- Singgah kedai tayar. Isi gas. So far tayar ok. Hampir genap setahun ditukar. Borak2 dengan si Panjang. Pengantin baru, baru sebulan kahwin. X jemput, x apa, as long as dia x cas aku punya gas tayar. Haha
- Terus ke port cuci kereta dekat Hypermarket Giant.  Semua pekerja ala2 orang asing. Indon + Nepal..? Service ok, puas hati. Harga still RM 9.00, sama macam tempat biasa cuci. Bila ada kesempatan untuk cuci tembak bawah perut kereta.. Soon.
- Terus singgah ke Giant. Terjumpa sticker @ pelekat yang cantik, RM 10 = 4 keping. Boleh gunakan untuk hias perpustakaan.
- Masuk Giant, beli barang makan sikit. Sekarang pun bukan kuat makan.
- Blah dari Giant, singgah kedai kek. Beli kek for myself. Sambut sendiri2. Beli yang kecil cukup.

4. Sampai rumah, sempat main badminton. Errrggggkhhh, badan terasa ringan dan seronok.

*Looking forward for my new interests and passions..

Wednesday, 7 July 2010

Bil Air SAJ & Gelora di Hati Sara 2


2-3 hari ni berniat ke SAJ mahu bayar bil air plus warning notis pemotongan bekalan air. Bil bukan banyak mana pun, RM 21.08 sahaja for lima bulan yang tertunggak. Mentang-mentang bil sedikit, terus malas mo bayar awal. Ini kali ke-2 dapat notis yang sama. Yang penting, kad notis tu warna pink. Haram jadah tidak boleh bayar di pejabat pos @ via online sebab kad notis tu kena bayarkan sebanyak RM 5.00. So, bil air aku sekarang ialah RM 26.08. Suku ratus tu woiii..

Kenyang. Ni baru lepas rehat. Lauk di kantin : 'Asam Pedas Ayam' dan 'Pucuk paku masak lemak + carrot slices'. Gandingan lobak dan pucuk paku. Time to work. Malam buat catatan lagi. Oh ya, malam ni ada Gelora di Hati Sara 2. Should treat myself for movie & cake maybe..this weekend..my own birthday celebration yang tertunda.

Tuesday, 6 July 2010

Perjalanan

Subhanallah.. Alhamdulillah..

Ada kekuatan dan semangat untuk membuat sedikit catatan pada malam ini. Perut terasa lapar. Baru siap masak. Duduk menghadap skrin, GLEE-GELI main di TV sekarang ni. Malam ini cuma masak nasi dan sardin. Sedap jugak. Setakat ini berjaya mengawal tabiat suka makan banyak pada waktu malam. Harap2 berterusan. Bukan apa, susah kalau sudah sihat sangat, baru teringat mahu kurangkan. Bau kanji nasi membuka selera. Tahan lapar dahulu. Buat catatan apa yang terlintas difikiran, malam ini.

Ramai juga kawan-kawan dan kenalan dalam Facebook yang beri ucapan sempena hari lahir pada 03 Julai 2010 yang lepas. Terima kasih semua. Terasa 'mustajab' doa kawan2..dipermudahkan urusan.. Patutlah siang tadi masa hantar Buku Rekod Mengajar, GB just tanda tanpa banyak soal, padahal sudah dua minggu tidak hantar. So..? Adakah itu salah satu daripada 'dipermudahkan urusan'..? ;)

Sendiri - mengajar diri untuk terus berdikari, namun sebagai manusia kadang-kala perlu dan terpaksa juga berharap kepada orang lain. Terima kasih dan syukur kerana tiada sebarang keperluan yang mendesak untuk diluahkan atau disandarkan kepada kawan-kawan dan orang lain.

Terima kasih kepada Nur Ameema Faredea. Terasa juga ingin 'mengejar' sesuatu. Antara cinta dan cita-cita (sehhh..), lebih baik mengejar cita-cita; buat masa ini. Mudah2an ada peluang. Cari angin baru.  Moga semangat yang ada sekarang akan berterusan. Alahai, sementara tunggu 'The Vampire Diaries', tukar cerita Hotel Mania. Dengar dialog cukup. Jangan toleh ke skrin TV! Haha.

Pagi tadi dapat berita pasal camping dengan Fauziah Latiff. Aduh, jauhnya.. Kuala Kubu Baru.. Area2 sempadan Perak. Berbaloikah..? Cari kewarasan dulu. Timbang-timbang. First of all kena fikirkan bajet mahu ke sana.. Tup2 pulang Johor, poket 'koyak', sapa mahu jawab..? Padan sangat time tu nyanyi lagu Fauziah Latiff. Hmm..think..think..

Petang tadi sempat lari-lari dalam kampung. Keluarkan setitis, dua titis, 20 titis dan bertitis-titis peluh. Badan terasa ringan.

Kerja-kerja-kerja.. Banyaknya perlu diselesaikan. Kertas kerja, minit-minit mesyuarat. Malas mo buat tapi mesti buat juga. Tup2 ada rombongan ke Melaka. Menyelit juga di celah-celah rombongan kampung. Yahooooww..as long as it free..!

Raya..? Macam malas mahu pulang beraya. Tunggu semua settle urusan di kampung, baru rasa mahu pulang. Pening walaupun urusan hampir selesai. Ahhh..

The Vampire Diaries main sekejap lagi. Sambung dengan Desperado Housewolves. Sambil-sambil tanda buku. Kalau rajin. Mesti rajin. Rajin juga. Ni sambil makan nasi lauk sardin.




Bagaimana mahu menjalin semula kemesraan..? Kekoknya..


*Tv*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...