Wednesday, 26 May 2010

Cuti datang lagi..

Apa perancangan cuti sekolah dua minggu kali ini..?

1. Naik KL tempat kakak (hopefully jadi). Empat tahun tidak jejak kaki ke sana. Rasa suasana bandaraya besar. Cuci-cuci mata.
2. Buat kelas. Banyak 'hutang' dengan budak-budak tu especially m/p Science yang ting-tong.
3. Pergi pantai mandi-manda..? Aktiviti wajib pada waktu lapang.
4. Tingkatkan amal ibadah. Hidup di dunia tidak kekal. Semewah mana pun semua akan dimakan cacing. Banyak dosa. Bunuh semut. Ejek budak. Haha. Buat baik berpada-pada.
5. Siapkan kerja-kerja yang tidak pernah siap sehingga kiamat. Itulah tugas yang sebenarnya. Harap gigih.
6. Sental rumah. Dah macam rumah nenek kebayan bersawang-sawang ni.
7. Meronda cari tempat makan yang best.
8. DIABLO! Misi pakai Necromancer!
9. Melepak-lepak di warung..beramas-mesra dengan orang kampung.
10. Mandi sungai. Lama sudah tidak berkubang.
11. Panjat Gunung Pulai. Cergaskan badan.
12. Activate semula main tenis. Badminton on.
13. Jog around the kampung. Sambil lambai2 cewek lalu-lalang.
14. Kemaskinikan blog ini.
15. Scrub badan sental badan. Rugi beli scrub Body Shop tapi kurang pakai.
16. Kalau rajin p hospital buat medical c/up part lutut kiri yang macam something wrong since 2007 ni.

Lain-lain fikir kemudian. Fikirkan yang terbaik.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih / Thank You
http://bit.ly/1bNnzEh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...