Monday, 31 May 2010

Hawkeye

Andainya dianugerahkan kelebihan, aku ingin sekali memiliki keistimewaan untuk membaca gerak hati dan perasaan setiap manusia. Kadang-kala, perasaan seakan menjadi tumpul. Susahnya untuk memahami manusia di sekeliling. Untuk apa memahami? Perlu, kerana banyak keperluan dan kehendak manusia itu ada pada manusia yang lain.
Adakalanya aku ni tertanya-tanya 'Apa maksud di sebalik pandangan tu..?' Geram juga ni kalau terfikir 'eh tengok-tengok aku macam ndak puas hati?'

*sambung.rehap jap

Terpisah Akhirnya [Epilog Memori Gelita, 1993] - Fauziah Latiff


Malam yang dingin begini
Sepi menguasai dir
Dapatkah aku hapuskan
Segala kesedihan..

Ku dendangkan lagu sayu
Mengubat hati yang pilu
Diriku digigit rindu
Kerna terpisah denganmu..

Kasih engkaulah pelita
Menerangi hidup hamba
Kasih engkau segalanya
Cinta seharum kemboja, tetap untukmu jua
Doaku moga dikau bahagia

Namun badai nan melanda
Kau pergi jua akhirnya
Pergimu tanpa pesanan
Untukku jadi pegangan..

Thursday, 27 May 2010

Aku Ingin Pulang






Niss!! Aku pun mahu pulang Sabah!! Waaaaaaaa...!!

ALASAN @ SEBAB MAHU BERPINDAH :

1. Saya mahu menjaga keluarga saya (I am the only MAN left in my family)..
2. I need refreshment..new environment..
3. Saya tidak pandai menjaga diri sendiri dan saya mahukan orang yang mampu 'menjaga' saya iaitu KELUARGA saya..plus, i need someone yang boleh jaga aku..di sini..? T.I.A.D.A. TITIK. NAN HADOOO..
4. Kot2 mati..tidak sanggup aku bayangkan..sudah mati pun masih dapat merasa naik kapal terbang..(sedangkan masih hidup ni pun aku tidak suka naik kapal! pening + sakit telinga + loya)..bertambah terseksalah aku..haha..

                                                     AKU MAHU PULANG SABAH!!!

Wednesday, 26 May 2010

Cuti datang lagi..

Apa perancangan cuti sekolah dua minggu kali ini..?

1. Naik KL tempat kakak (hopefully jadi). Empat tahun tidak jejak kaki ke sana. Rasa suasana bandaraya besar. Cuci-cuci mata.
2. Buat kelas. Banyak 'hutang' dengan budak-budak tu especially m/p Science yang ting-tong.
3. Pergi pantai mandi-manda..? Aktiviti wajib pada waktu lapang.
4. Tingkatkan amal ibadah. Hidup di dunia tidak kekal. Semewah mana pun semua akan dimakan cacing. Banyak dosa. Bunuh semut. Ejek budak. Haha. Buat baik berpada-pada.
5. Siapkan kerja-kerja yang tidak pernah siap sehingga kiamat. Itulah tugas yang sebenarnya. Harap gigih.
6. Sental rumah. Dah macam rumah nenek kebayan bersawang-sawang ni.
7. Meronda cari tempat makan yang best.
8. DIABLO! Misi pakai Necromancer!
9. Melepak-lepak di warung..beramas-mesra dengan orang kampung.
10. Mandi sungai. Lama sudah tidak berkubang.
11. Panjat Gunung Pulai. Cergaskan badan.
12. Activate semula main tenis. Badminton on.
13. Jog around the kampung. Sambil lambai2 cewek lalu-lalang.
14. Kemaskinikan blog ini.
15. Scrub badan sental badan. Rugi beli scrub Body Shop tapi kurang pakai.
16. Kalau rajin p hospital buat medical c/up part lutut kiri yang macam something wrong since 2007 ni.

Lain-lain fikir kemudian. Fikirkan yang terbaik.

Stalker / Pengintip / Bajingan

Ni pekerjaan best nih..

Sekian Lama..

Lama tidak mengemaskini blog untuk tatapan diri sendiri. Akan mengemaskini apabila cuti 2 minggu ni..pasti banyakm perkara2 menarik yg akan berlaku. Hehe..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...