Wednesday, 17 February 2010

Rabu 17020210

santai minda

1. Cuci kereta yang penuh kesan cakaran burung-burung kecil.

2. Sentap dengan tuan rumah! Mak cik itu telah mencantas pokok-pokok renek di tepi rumah yang menjadi penghadang mata orang ramai daripada terlihat aku kala bersidai tanpa baju di luar rumah. Satu lagi, aku baru perasan, pokok-pokok tu menjadi habitat @ tempat burung2 kecil bertenggek. Now..? Pokok sudah tiada, kereta pula yang menjadi tempat burung-burung itu bercengkerama. Najis burung bertompok-tompok! Aiyoo mak cik..akhirnya kau telah mendapat sumpahan seranah mahsuri daripada aku. Siapa suruh kau cantas pokok-pokok itu tanpa berbincang dengan aku. Walaupun muka mu laki bini tidak menawan, aku tetap bayar sewa on time!

3. Menaip kerja. Start menanda buku. Selera makan berkurangan sejak 2-3 hari ini. Mood cuti yang memalaskan..barangkali.

4. Aku sent messsages tapi kenapa orang itu tidak reply..? Apa mungkin cuba melupakan..? Why not..?

5. Aku mahu beli sneakers. Bajet extra ada lagi tapi rasanya belum perlu..setakat ini. Tapi kasut itu cantik! Harga pun tidaklah mahal sangat. Ah, timbang2kan terlebih dahulu.

6. Duit insuran ku! Etiqa yang lembap! 'In process' konon! Bajingan sungguh! Oi Etiqa, hantar cek saya dengan segera! Saya mahu pergi umrah ni. Propa. Tawaf di Jusco!

7. Cuaca sangat baik. Sunny day..windy.. Haisyyy..ada lagi kain kotor dalam baldi menunggu untuk dibasuh. Malasnyaa..alah, terlupa buang sampah. Mesti lalat hijau main kejar-kejar dalam rumah.

8. Tennis - so far just follow up Venus's match di Dubai. Bolehlah tahan. Shes in 3rd round.

9. Menyampah betul aku tengok manusia-manusia yang datang buat sampah di sungai Gunung Pulai itu. Datang free..buat sampah suka hati. Memang bodoh. Di rumah dorang pun mesti bergelumang dengan sampah. Perangai macam jahanam.

10. Kelmarin sempat berbual-bual secara maya dengan kawan masa di kolej. Kenny. Wah, ah pek tu ada anak seorang. Tengok kawan-kawan lain pun sama. Badan kembang. Ada anak bini. Happylah untuk kamu semua.

11. Bilalah Ugly Betty + Desperate Housewives + Project Runway bakal muncul di 8TV..?? Semangat ni..

12. Mari menyanyi! Daaa...

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih / Thank You
http://bit.ly/1bNnzEh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...