Sunday, 28 February 2010

Kejohanan Badminton Sekolah-Sekolah Rendah Zon Bandar Daerah Kulai 2010

Girls kiri-kanan : Farhah & Emira
Boys : Latif & Amri

*dilarang menunjukkan wajah tidak ceria!

Kejohanan Badminton Sekolah-Sekolah Rendah Zon Bandar Daerah Kulai 2010 baru sahaja berlangsung lebih kurang dua minggu lepas. Walaupun aku tidak mempunyai kemahiran yang baik dalam permainan badminton, terima sajalah apabila diberi tanggungjawab itu. Dapat juga ikut serta berlatih bersama para peserta. Kali ini, sekolah menghantar empat orang pemain yang terdiri daripada dua perserta perseorangan lelaki dan satu bergu perempuan.
Pada awalnya, pemilihan telah dijalankan di dewan kampung. Seronok. Lucu pun ada. Secara umumnya, kebanyakan murid yang menyertai pemilihan tersebut, agak kurang dalam semua aspek. Sepanjang 'hidup' bersama murid-murid di kampung ni, mereka memang kurang pendedahan dalam sukan badminton. Kalau pasal mandi sungai, nah memang lincah!
Mengenai semasa pertandingan, budak-budak ni memang kena 'lauk' oleh lawan masing-masing. Oh, pertandingan dijalankan secara kalah-mati.

Si Amri : 3-21, 5-21
Si Latif : 5-21, 8-21

Bergu perempuan : Tidak ingat sebab asyik ketawa tengok dorang
main 'lawan pedang' berebut bulu tangkis. Adoii~


Peserta-peserta lain kebanyakan hebat-hebat belaka. Tengok baju pun tahu yang dorang tu ada ikut kelas badminton di pusat-pusat sukan luar. Very the athletic. Kiranya macam helang bertarung dengan ayam daging yang asyik tercungap-cungap tu. Oh ya, guru pengiring ialah aku bersama Cik Huda. Nasib baik tidak dilantik jadi hakim semasa pertandingan. Haha.

Apapun, enjoy. Keep on training guys. All the best ahead! Yang penting..? Makan tengah hari tu pergi Nanzeela. Cilok-cilok syiling jugak la mahu mencukupkan duit peruntukan yang hado.
Bertemu lagi pada tahun hadapan..

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih / Thank You
http://bit.ly/1bNnzEh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...