Saturday, 27 February 2010

Isi - Isi Perut!

Sambil menjamu selera tu, suka juga mengambil gambar..apa benda yang bakal masuk dalam perut..krupkrapkrupkrap..trrrrrrrrrrrr..(mesin perut memproses!)..kemudian creeeeetttt..

Telur 'Pindang'. Tinggal di Johor ni barulah dapat merasa keenakan telur ini. Lazimnya telur ni akan 'wujud' semasa majlis-majlis perkahwinan, kenduri - kendara dan majlis potong jambul. apa yang aku perhatikan, telur ni juga dijadikan sebagai BUNGA TELUR menggantikan telur rebus biasa. Maklumat daripada kawan sekerja, telur ini dihasilkan melalui proses 'eraman' telur di dalam air berisi rempah dan kicap? Rasanya agak berlemak (sedap!) dan sebati dengan rasa seakan-akan kicap terutamanya pada bahagian telur putih. Ada juga dijual di kedai makan tertentu dengan harga RM 1.00 sebiji (mengikut tempat). Mahu belajar buat telur ni. Boleh buat sendiri dalam kenduri kahwin aku nanti. Kahwin..? Ya, kahwin. Dengan Puteri Gunung Ledang. Puteri Gunung Pulai..? Semua sudah 'lemas' dalam Sungai Gunung Pulai. Hihi..

Ini 'Samosa Ayam' yang dibeli di Tesco. Dalam sepeket tu terdapat kira-kira 10-12 biji. Harga RM 4.00 (aku promosi untuk Tesco? Bukanlah!). Sedap. Bolehlah.. Kalau malas makan nasi, goreng dan makan ini pun o.k..

Ini pula Spageti (ejaan Melayu - betulkah?) yang aku masak sendiri. Haha. Bosan makan nasi, sesekali bolehlah jadi Italian. Anggaplah spageti tu macam mi kuning yang boleh dimasak dalam pelbagai cara. Yang ini? Kuahnya merupakan campuran Sos Prego's + Puri Tomato + Sayur Campur + Bawang Merah & Bawang Putih yang ditumis + Garam-Gula secukup rasa + Daging Ayam yang dikisar + Sebiji Telur + Peluh aku yang terpercik sebab kepanasan di dapur. Haha.. Soalan : Mahu choba..? Spageti Arman, MESTI CHOBE!

Bergedil daging yang dibeli ketika kerajinan pergi ke Pasar Malam Bandar Putra. Harga x ingat. Sebenarnya, bergedil ni merupakan salah satu kegemaran aku. Sedap dimakan bersama nasi dan enak dimakan begitu sahaja. Ada pelbagai campuran dalam penghasilan bergedil. Bahan asasnya ialah kentang rebus yang telah dilenyek dan digaul bersama isi ayam, daging, daun ketumbar dan rempah ratus untuk menyedapkannya. Lazimnya bergedil ni dikaitkan dengan masyarakat Melayu dan Jawa. Cuma, rasa sungguh tidak berpuas hati dengan bergedil yang terdapat dalam gambar ni. Sebab apa, kentangnya masih berketul! Apa punya penjual! Kalau buat makanan untuk perut orang lain, buatlah betul-betul! Dalam pada tidak puas hati tu, habis juga. Sayang pula kalau dibuang, x gitu?

Rojak Campur Keling yang berwarna-warni (banyak bahan kimia?? haha). Ini semasa bosan-bosan hujung minggu, then mengajaklah budak-budak pergi ke Pontian duduk-duduk tepi laut. Sempat pula rasa lapar. Harga berpatutan dan kuah kacangnya sedap. Asyik menyuap, hampir separuh makan barulah teirngat untuk mengambil gambar ini.

Nasi dan lauk Sotong Masak Hitam? + Sambal Bawang? + Bergedil (yang ni bergedilnya sedap!). Ini merupakan isi perut dalam dua minggu lepas. Lokasi - 'ATAP NIPAH CORNER' deretan warung@kedai makan di Pekan Nanas jalan menuju ke Pontian. Lupa, air masa ni Teh Ais. Makanan di sini agak sedap dan harga snagat berpatutan. Lebih-lebih lagi regular customer macam aku. Mak cik tu pun rajin menyapa hai2 bye2. Maklumlah..mengambil hati pelanggan. Sebelah kedai@warung ni merupakan tandas awam. Tu yang menambah kelazatan makan di sini. Tandas tu tidaklah mempengaruhi keselesaan ketika makan sebab tandas tu agak ke belakang sedikit dan berdinding tinggi. Cuma kadang-kala kenderaan yang lalu di hadapan kedai@warung ni mungkin agak mengganggu konsentrasi dan ketekunan ketika sedang melahap. Skala 1-10, aku bagi 7.5 la.. Kepada Mak cik ATAP NIPAH CORNER, teruskan masak sedap2. Jangan pula kuali ja yang tinggal..kualiti entah ke mana. Mak cik, ni kira aku promosi perniagaan mu wahia mak cik, so bolehlah bagi aku kupon makan free 13 kali. Apa macam, setuju? Hihi..

*Rasa lapar pula..jom korek2 apa yang ada di dapur..owhh, ada lipas dan cicak! Buat resepi baharu.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih / Thank You
http://bit.ly/1bNnzEh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...