Tuesday, 16 February 2010

Apakah dan Mengapakah?

Uhh agak lama tidak membuat post baru di sini.

Sekarang lagi sedang cuti. Sedikit bosan but enjoy. Kemas rumah. Lebih daripada sebulan tidak mengemas rumah, akhirnya minggu ni dapat juga menyudahkan kerja-kerja membuang habuk, sawang, adik2 labah2 yang berkeliaran lari di celah-celah meja. Penat tapi puas. Daging kambing yang hampir sebulan dalam peti sejuk..akhirnya menjadi santapan pagi-pagi kerana hari ini baru ada kelapangan kelentang-kelentung di dapur.

Baru sahaja pagi tadi sempat berlari-lari keliling kampung keluarkan peluh. Singgah di warung mengisi perut. Sebenarnya sudah merancang lebih awal sejak malam tadi 'esok pagi lepas joging boleh terus singgah warung'. Kenyang tapi tidak kenyang sangat. Bagus, dapat mengawal tekak kali ini.

Membuat copy full album Jee Sahabat 1995..wah seronok..boleh dengar sambil meronda-ronda buang minyak!

Tup2 tengah hari tadi hujan. Sempat terlena selama sejam. Oh ya, kakak menelefon. Kelmarin sepupu2 berkumpul di rumah. Ah, budak-budak yang ramai..mesti bising. Harap2 cuti bulan 3 nanti dapat naik ke KL. Jumpa kakak. Bolehlah juga merayap dengan azmi. Azmi..oh Azmi..di manakah engkau berada..jumpa nanti aku mahu bunuh kau! kill! kill! die! die! wahahahaaa..ni tapir satu ni mesti mengelak daripada berjumpa dengan aku. Macam Vavi ko ajmy! haha

Ah, lupakan kerja-kerja barang seketika. Weekend nanti baru rushing buat kerja..itu pun kalau ada kudrat..since tinggal di Kulai ni..mudah sangat terkulai layu..pemalas!

Menikmati kehidupan dengan penuh ketenangan. Jangan pedulikan hal remeh-temeh. Semak! Perasaan..? Go to hell!

1 comment:

  1. perasaan?urghhhhh~teringat kata2mu..'serangan berbentuk peribadi'...gosh!!!

    ReplyDelete

Terima Kasih / Thank You
http://bit.ly/1bNnzEh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...