Sunday, 21 February 2010

13 Feb - 21 Feb 2010


Cuti sempena Tahun Baru Cina baru sahaja berakhir. Cuti yang pada awalnya biasa dan menghambarkan..pertengahan memeningkan dan hari-hari terakhir yang memuaskan serta melahirkan semacam satu rasa 'kehilangan'.


Biasalah, cuti-cuti seminggu begini..bukannya ada aktiviti sangat pun. Hommie..

Agak memeningkan apabila aku perlu merangka Pelan Strategik untuk TKRS..tengok contoh pun kurang membantu..but alhamdulillah..dapat juga disiapkan. Makan masa 3-4 hari juga untuk mengumpul 'kekuatan' berfikir dan menaip. Lega!

Cuti-cuti Tahun Baru Cina semestinya banyaklah filem2 Cina ditayangkan menerusi televisyen. Pun tidak tengok sangat. Kantuk menunggu sehingga larut malam.

Perancangan awal untuk bertandang ke Majlis Cukur Jambul anak kawan pun terpaksa dibatalkan. Kurang kudrat untuk bergerak ke Kota Tinggi since pada hari yang sama harus menghadiri majlis perkahwinan kawan sekerja. Kenyang! Dapat telur pindang lagi. Dua biji! Sedap!

Hari-hari berikutnya diisi dengan kerja-kerja mengecat dan menyiapkan rak buku di perpustakaan. Sangat la kan! Alhamdulillah..ada juga hasilnya. Mujur budak-budak tu ada hati mahu menolong. Thanks! Haha..

Celcom Broadband! Rasa mahu mengamuk! Selepas dua hari..beberapa jam sebelum membuat entry ni..barulah benda ini boleh berfungsi. Mujur tidak jadi seperti 'tikus membaiki labu'. Bertambahlah bayaran-bayaran bil selepas ini. Hmm..

Isnin - Jumaat : Lima hari berturut-turut melepak di warung dengan tujuan asal untuk bersarapan. Dalam pada duduk-duduk tu, ada juga muka yang bajet macam bagus! Please la..muka kekwat berlagak! Buat semak!

Tanda buku latihan murid - ni pun rasa loya setiap kali menanda buku-buku latihan ni. Mesti pitam walhal baru tanda 4-5 buah buku.

Tika ini broadband agak slow dan perlahan. Pakaian untuk kerja esok x iron lagi. Just kemas-kemas buku dan beg kerja. Sempat mencuci muka dan menyapu 'Tea Tree Mask' yang diberikan oleh staff Body Shop di Plaza Angsana. Mesra alam sungguh staff itu and i found the product is quite effective..jerawat pun segan-segan mahu muncul.

Aku mahu jadi baik! Aku memang baik pun! Hihihii..


2 comments:

  1. bes ke tea tree mask tu. nak try gakla.

    ReplyDelete
  2. macam ok..sejuk2 d muka..so far ok la..ok kot..haha jwpn..

    ReplyDelete

Terima Kasih / Thank You
http://bit.ly/1bNnzEh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...