Sunday, 28 February 2010

Suatu Petang Selepas Kerja-Gila-Gila

Couple weeks ago, selepas kerja lebih kurang pukul 1.00 petang, si Ai mengajak pergi ke Danga Bay. Katanya, 'nak temankan Min cari perfume die'. Fikir punya fikir (tak waras coz nak juga berjalan penat-penat lepas kerja..haha) akhirnya aku pun join sepayung la.. Naik kereta si Ai, pergi la menjemput Min Malik tu.
On the way, borak punya borak, rupa2nya bukan hendak ke Danga Bay tapi ke Danga City Mall! Hmm..oklah juga coz belum pernah lagi sampai ke sana. Batal hajat mahu berkaraoke petang tu.
Sampai di Danga City Mall tu..alahai sunyi pula shopping complex tu. Konon Min Malik mahu mencari perfume jenama 'Amor-Amor'? Haha lucu. Dapat juga menghidu keharuman minyak wangi 'Carolina Herrera'. Alahai sedapnya bau. Harga RM 200++. Sempat juga menikmati lamb chop yang disponsor oleh Min Malik. Min Malik tukang sponsor makan, si Ai tukang drive, aku burung tukang jah..! Lupa hendak mengambil gambar bertiga. Sempat juga menjenguk ke seksyen beg tangan wanita. Cantik-cantik belaka.

*ni kalau buat tempat pensel bawa ke sekolah, mau2 jeles guru besar!

Kejohanan Badminton Sekolah-Sekolah Rendah Zon Bandar Daerah Kulai 2010

Girls kiri-kanan : Farhah & Emira
Boys : Latif & Amri

*dilarang menunjukkan wajah tidak ceria!

Kejohanan Badminton Sekolah-Sekolah Rendah Zon Bandar Daerah Kulai 2010 baru sahaja berlangsung lebih kurang dua minggu lepas. Walaupun aku tidak mempunyai kemahiran yang baik dalam permainan badminton, terima sajalah apabila diberi tanggungjawab itu. Dapat juga ikut serta berlatih bersama para peserta. Kali ini, sekolah menghantar empat orang pemain yang terdiri daripada dua perserta perseorangan lelaki dan satu bergu perempuan.
Pada awalnya, pemilihan telah dijalankan di dewan kampung. Seronok. Lucu pun ada. Secara umumnya, kebanyakan murid yang menyertai pemilihan tersebut, agak kurang dalam semua aspek. Sepanjang 'hidup' bersama murid-murid di kampung ni, mereka memang kurang pendedahan dalam sukan badminton. Kalau pasal mandi sungai, nah memang lincah!
Mengenai semasa pertandingan, budak-budak ni memang kena 'lauk' oleh lawan masing-masing. Oh, pertandingan dijalankan secara kalah-mati.

Si Amri : 3-21, 5-21
Si Latif : 5-21, 8-21

Bergu perempuan : Tidak ingat sebab asyik ketawa tengok dorang
main 'lawan pedang' berebut bulu tangkis. Adoii~


Peserta-peserta lain kebanyakan hebat-hebat belaka. Tengok baju pun tahu yang dorang tu ada ikut kelas badminton di pusat-pusat sukan luar. Very the athletic. Kiranya macam helang bertarung dengan ayam daging yang asyik tercungap-cungap tu. Oh ya, guru pengiring ialah aku bersama Cik Huda. Nasib baik tidak dilantik jadi hakim semasa pertandingan. Haha.

Apapun, enjoy. Keep on training guys. All the best ahead! Yang penting..? Makan tengah hari tu pergi Nanzeela. Cilok-cilok syiling jugak la mahu mencukupkan duit peruntukan yang hado.
Bertemu lagi pada tahun hadapan..

Saturday, 27 February 2010

RedBox AEON Tebrau

Bosan dan gian sangat hendak berkaraoke. Akhirnya, 'terperangkap' selama 3 jam lebih from 9.30 p.m till 1.00 a.m. Lagu tema..? 'Mengemis Rindu' - Kak Ani + 'Kau Lilin Cintaku' - Fran + 'Tiada Noktah Cinta - Pojia Latip. Sempat daftar jadi ahli. Gila sungguh malam itu.

Hampir enam kali staff tu keluar masuk. Ada ja urusannya. Pasal voucher la, jenis minuman la, hantar bil la, confirmkan kacang la, pulangkan voucher la..aduh, termalu pula time2 menarik suara then staff tu buka pintu suddenly.

RATING : Skala 1-10
1. Sound System (mic dan bunyi2an) : 8.0
2. Food service : 8.0
3. Room : 8.00
*Overall, biasa2 jah!

Rasa biasa ja. Mungkin lebih daripada 20 buah lagu sempat aku jerit masa tu. Penderaan vokal habis-habisanlah kiranya malam tu. 'Lucunya', dalam senarai lagu wanita (sah-sahlah tarik lagu kakak2 bagai!), nombor 12 tu.. Haha, kelakar sangat. Yang penting lagu...? 'If Tomorrow Never Comes'.
Blacklist!

*aku hanya mengemis rindu, dari hati kecilmu..

Tarian Sarawak : SK Bandar Baru Uda 2

Jurulatih & Para Penari

Pada hari Jumaat bersamaan 25hb Mac 2010 (dua hari lepas), menerima 'jemputan' daripada kawan untuk menyaksikan latihan persembahan tarian yang beliau jalankan. Since sebelum ni aku pernah beritahu cakap 'next time kalau buat latihan, ajak aku datang untuk tengok'.

Walaupun aku ni kayu tidak pandai menari, tapi seronok juga apabila melihat gerakan-gerakan baharu yang mungkin belum pernah dibuat orang. Sampai lewat sejam sebab singgah membeli roti di Petronas Batu11, Tampoi - untuk sarapan esok!

Kumpulan penari murid-murid sekolah rendah tersebut akan membuat persembahan di hadapan Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Yaasin. Betulkah ni..? Dengar tempohari..? Lupa pula mahu bertanya apakah nama program tu. Program Kebitaraan..? Mungkin. Sempat merakam beberapa imej semasa latihan dijalankan. Since aku pakai kamera cap ayam, so kualiti gambar pun kureng.
BTW, to all the penari-penari cilik, all the best!

Isi - Isi Perut!

Sambil menjamu selera tu, suka juga mengambil gambar..apa benda yang bakal masuk dalam perut..krupkrapkrupkrap..trrrrrrrrrrrr..(mesin perut memproses!)..kemudian creeeeetttt..

Telur 'Pindang'. Tinggal di Johor ni barulah dapat merasa keenakan telur ini. Lazimnya telur ni akan 'wujud' semasa majlis-majlis perkahwinan, kenduri - kendara dan majlis potong jambul. apa yang aku perhatikan, telur ni juga dijadikan sebagai BUNGA TELUR menggantikan telur rebus biasa. Maklumat daripada kawan sekerja, telur ini dihasilkan melalui proses 'eraman' telur di dalam air berisi rempah dan kicap? Rasanya agak berlemak (sedap!) dan sebati dengan rasa seakan-akan kicap terutamanya pada bahagian telur putih. Ada juga dijual di kedai makan tertentu dengan harga RM 1.00 sebiji (mengikut tempat). Mahu belajar buat telur ni. Boleh buat sendiri dalam kenduri kahwin aku nanti. Kahwin..? Ya, kahwin. Dengan Puteri Gunung Ledang. Puteri Gunung Pulai..? Semua sudah 'lemas' dalam Sungai Gunung Pulai. Hihi..

Ini 'Samosa Ayam' yang dibeli di Tesco. Dalam sepeket tu terdapat kira-kira 10-12 biji. Harga RM 4.00 (aku promosi untuk Tesco? Bukanlah!). Sedap. Bolehlah.. Kalau malas makan nasi, goreng dan makan ini pun o.k..

Ini pula Spageti (ejaan Melayu - betulkah?) yang aku masak sendiri. Haha. Bosan makan nasi, sesekali bolehlah jadi Italian. Anggaplah spageti tu macam mi kuning yang boleh dimasak dalam pelbagai cara. Yang ini? Kuahnya merupakan campuran Sos Prego's + Puri Tomato + Sayur Campur + Bawang Merah & Bawang Putih yang ditumis + Garam-Gula secukup rasa + Daging Ayam yang dikisar + Sebiji Telur + Peluh aku yang terpercik sebab kepanasan di dapur. Haha.. Soalan : Mahu choba..? Spageti Arman, MESTI CHOBE!

Bergedil daging yang dibeli ketika kerajinan pergi ke Pasar Malam Bandar Putra. Harga x ingat. Sebenarnya, bergedil ni merupakan salah satu kegemaran aku. Sedap dimakan bersama nasi dan enak dimakan begitu sahaja. Ada pelbagai campuran dalam penghasilan bergedil. Bahan asasnya ialah kentang rebus yang telah dilenyek dan digaul bersama isi ayam, daging, daun ketumbar dan rempah ratus untuk menyedapkannya. Lazimnya bergedil ni dikaitkan dengan masyarakat Melayu dan Jawa. Cuma, rasa sungguh tidak berpuas hati dengan bergedil yang terdapat dalam gambar ni. Sebab apa, kentangnya masih berketul! Apa punya penjual! Kalau buat makanan untuk perut orang lain, buatlah betul-betul! Dalam pada tidak puas hati tu, habis juga. Sayang pula kalau dibuang, x gitu?

Rojak Campur Keling yang berwarna-warni (banyak bahan kimia?? haha). Ini semasa bosan-bosan hujung minggu, then mengajaklah budak-budak pergi ke Pontian duduk-duduk tepi laut. Sempat pula rasa lapar. Harga berpatutan dan kuah kacangnya sedap. Asyik menyuap, hampir separuh makan barulah teirngat untuk mengambil gambar ini.

Nasi dan lauk Sotong Masak Hitam? + Sambal Bawang? + Bergedil (yang ni bergedilnya sedap!). Ini merupakan isi perut dalam dua minggu lepas. Lokasi - 'ATAP NIPAH CORNER' deretan warung@kedai makan di Pekan Nanas jalan menuju ke Pontian. Lupa, air masa ni Teh Ais. Makanan di sini agak sedap dan harga snagat berpatutan. Lebih-lebih lagi regular customer macam aku. Mak cik tu pun rajin menyapa hai2 bye2. Maklumlah..mengambil hati pelanggan. Sebelah kedai@warung ni merupakan tandas awam. Tu yang menambah kelazatan makan di sini. Tandas tu tidaklah mempengaruhi keselesaan ketika makan sebab tandas tu agak ke belakang sedikit dan berdinding tinggi. Cuma kadang-kala kenderaan yang lalu di hadapan kedai@warung ni mungkin agak mengganggu konsentrasi dan ketekunan ketika sedang melahap. Skala 1-10, aku bagi 7.5 la.. Kepada Mak cik ATAP NIPAH CORNER, teruskan masak sedap2. Jangan pula kuali ja yang tinggal..kualiti entah ke mana. Mak cik, ni kira aku promosi perniagaan mu wahia mak cik, so bolehlah bagi aku kupon makan free 13 kali. Apa macam, setuju? Hihi..

*Rasa lapar pula..jom korek2 apa yang ada di dapur..owhh, ada lipas dan cicak! Buat resepi baharu.

Monday, 22 February 2010

Couple Days Ago


1. Hampir 3 tahun bersama kenderaan, barulah Jumaat - 19.02 - teringat untuk 'cuci enjin'. Now its clean. Kerak-kerak dan habuk-habuk pun tanggal. Di sembur dengan cecair berwarna merah jambu. Cecair apakah itu..? Cecair khas untuk mencuci bahagian enjin..? RM 8.00.

2. Tuan rumah mengecat dinding luar rumah. Catnya berbau tahi! Kemasaman masih ada sehingga ke hari ini. Nanti hilanglah kan.

3. Membeli lima biji telur masin kampung. Sedap. Baru sahaja tadi menghabiskan dua biji yang terakhir. Esok beli lagi kalau ada. Rasanya tidak terlalu masin seperti telur masin di luar.

4. Keenakan Roti Kahwin @ Kawen di Chamek Kopitiam. Next time boleh datang lagi.

Sunday, 21 February 2010

13 Feb - 21 Feb 2010


Cuti sempena Tahun Baru Cina baru sahaja berakhir. Cuti yang pada awalnya biasa dan menghambarkan..pertengahan memeningkan dan hari-hari terakhir yang memuaskan serta melahirkan semacam satu rasa 'kehilangan'.


Biasalah, cuti-cuti seminggu begini..bukannya ada aktiviti sangat pun. Hommie..

Agak memeningkan apabila aku perlu merangka Pelan Strategik untuk TKRS..tengok contoh pun kurang membantu..but alhamdulillah..dapat juga disiapkan. Makan masa 3-4 hari juga untuk mengumpul 'kekuatan' berfikir dan menaip. Lega!

Cuti-cuti Tahun Baru Cina semestinya banyaklah filem2 Cina ditayangkan menerusi televisyen. Pun tidak tengok sangat. Kantuk menunggu sehingga larut malam.

Perancangan awal untuk bertandang ke Majlis Cukur Jambul anak kawan pun terpaksa dibatalkan. Kurang kudrat untuk bergerak ke Kota Tinggi since pada hari yang sama harus menghadiri majlis perkahwinan kawan sekerja. Kenyang! Dapat telur pindang lagi. Dua biji! Sedap!

Hari-hari berikutnya diisi dengan kerja-kerja mengecat dan menyiapkan rak buku di perpustakaan. Sangat la kan! Alhamdulillah..ada juga hasilnya. Mujur budak-budak tu ada hati mahu menolong. Thanks! Haha..

Celcom Broadband! Rasa mahu mengamuk! Selepas dua hari..beberapa jam sebelum membuat entry ni..barulah benda ini boleh berfungsi. Mujur tidak jadi seperti 'tikus membaiki labu'. Bertambahlah bayaran-bayaran bil selepas ini. Hmm..

Isnin - Jumaat : Lima hari berturut-turut melepak di warung dengan tujuan asal untuk bersarapan. Dalam pada duduk-duduk tu, ada juga muka yang bajet macam bagus! Please la..muka kekwat berlagak! Buat semak!

Tanda buku latihan murid - ni pun rasa loya setiap kali menanda buku-buku latihan ni. Mesti pitam walhal baru tanda 4-5 buah buku.

Tika ini broadband agak slow dan perlahan. Pakaian untuk kerja esok x iron lagi. Just kemas-kemas buku dan beg kerja. Sempat mencuci muka dan menyapu 'Tea Tree Mask' yang diberikan oleh staff Body Shop di Plaza Angsana. Mesra alam sungguh staff itu and i found the product is quite effective..jerawat pun segan-segan mahu muncul.

Aku mahu jadi baik! Aku memang baik pun! Hihihii..


Bukan Mudah


Seakan terlepas daripada suatu 'ikatan'..


Semoga aku diberikan kekuatan untuk menjadi lebih baik daripada hari-hari kelmarin dan semalam..


Thursday, 18 February 2010

Tahun Baru Cina Sudah Habis la!

Gong Li - Curse of the Golden Flower 2006

Aku berasa lega setelah menyiapkan kerja yang membuat aku pening. Perancangan Strategik TKRS. Puas bertapa buat peta depan laptop, akhirnya siap juga. Membiarkan perutku yang kruk-krak-kruk-krak demi menyiapkan kerja itu. Hmm..


Hujan. Sempat menelefon Alezzandra. Aduiinaa..'bekarokeyy' pulak perempuan itu. Syapinazz..nun jauh di KK sentap-sentap dengan geng2 outstation. Heyyy!

Sampai-sampai sahaja di sekolah terus mengecat dan mencetak kerja strategik tu. Isk, aku mau ke mana ya hari ni..? Merayap..? Oh, aku mau menukar CD 'Hannibal Rising' yang telah dibeli 3 hari lepas. Begini, masa tu aku pergi Tesco. Beli barang basah. Then ternampak la longgokan CD2 original yang murah2 belaka. Ternampak CD Hannibal Rising tu yang berharga RM 5 sahaja..Pelakonnya..? Of course la Gong Li..pujaanku itu..(best juga kalau kahwin dengan dia ni..tapi sudah berlaki dengan tokey tembakau! Shes cantik!)

Dipendekkan potpet2..sampai sahaja di rumah, buka plastik pembalut CD tu..jeng3..KOSONG! Binatang punya penjual CD!!!! Penipu!!!! Hilang mood aku! Semoga 'bangkrut' la kedai jual CD tu. Patutlah murah..rupanya propa jah! Mengamuk sendirian. Tup2 pusing CD Konsert Mega Bukit Jalil 2001 - Siti Nurhaliza - untuk yang ke 597 kali..haha. Bodoh punya kedai CD! Enough! Huh.

Wednesday, 17 February 2010

Gigi Sotong!


Saya tidak makan ikan air tawar - apatah lagi spesis2 keli, haruan dan ikan sembilang
yang bersepupu dengan keli. Mengembangkan tekak coz aku terbayang ular apabila melihat
ikan-ikan itu. Yayyy..


Baru sahaja pulang dari Pekan Nanas setelah aku 'penat' mengecat rak-rak buku. Ini pun belum siap lagi.

Tadi makan nasi + sotong masak apa tu..masak hitam..? + bergedil + teh ais. Kenyang.. Alhamdulillah..tidak overdose..

Menyebut tentang sotong ni..hairan juga kenapa ada orang yang masak sotong ni dengan kepala sotong yang masih BERGIGI..? Aku teringat cakap kakak 'Kalau menyiang sotong, picit kepalanya supaya gigi sotong tu tercabut!'. Aihh..banyak tempat aku makan sotong, kebanyakannya tidak buang gigi sotong tu..kan bahagian itu tidak di makan..so, buanglah awal-awal.. Mungkin tukang siang sotong tu pemalas @ memang tidak tahu hal ini. Perkara ini adalah asas! Wah..

Hujan. Sedap tidur tapi kerja mesti buat. Oh ya, menambah widget radio di blog ini. Bolehlah dengar radio selalu. Sambung mengecat.

Rabu 17020210

santai minda

1. Cuci kereta yang penuh kesan cakaran burung-burung kecil.

2. Sentap dengan tuan rumah! Mak cik itu telah mencantas pokok-pokok renek di tepi rumah yang menjadi penghadang mata orang ramai daripada terlihat aku kala bersidai tanpa baju di luar rumah. Satu lagi, aku baru perasan, pokok-pokok tu menjadi habitat @ tempat burung2 kecil bertenggek. Now..? Pokok sudah tiada, kereta pula yang menjadi tempat burung-burung itu bercengkerama. Najis burung bertompok-tompok! Aiyoo mak cik..akhirnya kau telah mendapat sumpahan seranah mahsuri daripada aku. Siapa suruh kau cantas pokok-pokok itu tanpa berbincang dengan aku. Walaupun muka mu laki bini tidak menawan, aku tetap bayar sewa on time!

3. Menaip kerja. Start menanda buku. Selera makan berkurangan sejak 2-3 hari ini. Mood cuti yang memalaskan..barangkali.

4. Aku sent messsages tapi kenapa orang itu tidak reply..? Apa mungkin cuba melupakan..? Why not..?

5. Aku mahu beli sneakers. Bajet extra ada lagi tapi rasanya belum perlu..setakat ini. Tapi kasut itu cantik! Harga pun tidaklah mahal sangat. Ah, timbang2kan terlebih dahulu.

6. Duit insuran ku! Etiqa yang lembap! 'In process' konon! Bajingan sungguh! Oi Etiqa, hantar cek saya dengan segera! Saya mahu pergi umrah ni. Propa. Tawaf di Jusco!

7. Cuaca sangat baik. Sunny day..windy.. Haisyyy..ada lagi kain kotor dalam baldi menunggu untuk dibasuh. Malasnyaa..alah, terlupa buang sampah. Mesti lalat hijau main kejar-kejar dalam rumah.

8. Tennis - so far just follow up Venus's match di Dubai. Bolehlah tahan. Shes in 3rd round.

9. Menyampah betul aku tengok manusia-manusia yang datang buat sampah di sungai Gunung Pulai itu. Datang free..buat sampah suka hati. Memang bodoh. Di rumah dorang pun mesti bergelumang dengan sampah. Perangai macam jahanam.

10. Kelmarin sempat berbual-bual secara maya dengan kawan masa di kolej. Kenny. Wah, ah pek tu ada anak seorang. Tengok kawan-kawan lain pun sama. Badan kembang. Ada anak bini. Happylah untuk kamu semua.

11. Bilalah Ugly Betty + Desperate Housewives + Project Runway bakal muncul di 8TV..?? Semangat ni..

12. Mari menyanyi! Daaa...

Tuesday, 16 February 2010

Apakah dan Mengapakah?

Uhh agak lama tidak membuat post baru di sini.

Sekarang lagi sedang cuti. Sedikit bosan but enjoy. Kemas rumah. Lebih daripada sebulan tidak mengemas rumah, akhirnya minggu ni dapat juga menyudahkan kerja-kerja membuang habuk, sawang, adik2 labah2 yang berkeliaran lari di celah-celah meja. Penat tapi puas. Daging kambing yang hampir sebulan dalam peti sejuk..akhirnya menjadi santapan pagi-pagi kerana hari ini baru ada kelapangan kelentang-kelentung di dapur.

Baru sahaja pagi tadi sempat berlari-lari keliling kampung keluarkan peluh. Singgah di warung mengisi perut. Sebenarnya sudah merancang lebih awal sejak malam tadi 'esok pagi lepas joging boleh terus singgah warung'. Kenyang tapi tidak kenyang sangat. Bagus, dapat mengawal tekak kali ini.

Membuat copy full album Jee Sahabat 1995..wah seronok..boleh dengar sambil meronda-ronda buang minyak!

Tup2 tengah hari tadi hujan. Sempat terlena selama sejam. Oh ya, kakak menelefon. Kelmarin sepupu2 berkumpul di rumah. Ah, budak-budak yang ramai..mesti bising. Harap2 cuti bulan 3 nanti dapat naik ke KL. Jumpa kakak. Bolehlah juga merayap dengan azmi. Azmi..oh Azmi..di manakah engkau berada..jumpa nanti aku mahu bunuh kau! kill! kill! die! die! wahahahaaa..ni tapir satu ni mesti mengelak daripada berjumpa dengan aku. Macam Vavi ko ajmy! haha

Ah, lupakan kerja-kerja barang seketika. Weekend nanti baru rushing buat kerja..itu pun kalau ada kudrat..since tinggal di Kulai ni..mudah sangat terkulai layu..pemalas!

Menikmati kehidupan dengan penuh ketenangan. Jangan pedulikan hal remeh-temeh. Semak! Perasaan..? Go to hell!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...