Thursday, 2 December 2010

Air


Air ialah kehidupan!

*bersambung. mahu p jogging! yayyy!

Malasnya aku mahu menyiapkan entry ini. Konon2 mahu berkongsi info mengenai air since air di rumah ni menggunakan RX Water System. Rasa air RX ni macam lain-lain. Macam-macamlah sekarang ni produk sistem rawatan air. Tapi yang penting aku tahu RX water ini BAGUS UNTUK KESIHATAN! Yang penting, aku malas sekarang ni! Huarrgggggkkkhhh!!! Sekian.

Sunday, 28 November 2010

Macam-macam cuti 2


mencabut ubi kayu di Tinosa 1 untuk buat kuih..berbelas tahun tidak pernah mencabut ubi..

sedapnya makan ubi kayu yang digoreng rangup

di kaunter penyimpanan barang Gentingmas Mall..aku tidak puas hati dengan statement no.3 tu..!

Eskinol - produk ala2 toner from Phillippines yang wujud sekian lama..packaging yang berubah..dulu pun sempat guna untuk buang daki2 haha.. Lokasi : GENTINGMAS MALL! Haha

Macam-macam cuti


Hampir seminggu bercuti di Sandakan. Setakat ini?

anak ular sawa yg dipelihara di rumah - Georgie

mcm mana aku boleh hilang geli!!! yayy..

tinggal dalam kotak kasut

pada asalnya, tikus ini dibeli untuk dijadikan makanan anak ular sawa tu tetapi ular tu x pndai makan tikus! mungkin sebab selama ni makan asyik kena suap isi ayam!

terpaksa dipelihara

ke kedai kasut Bata mencari sandal dan kasut joging

Pasar Umum Sandakan..anak-anak bermain 'banting' duit syiling..ala2 main judi..teringat dulu-dulu ada main 'ketam-ketam'




bot-bot ke Tanjung Aru, Sandakan
laut menjelang lewat petang

budak konduktor bas yang merokok!

konduktor yang tidak faham amaran dalam bas sendiri!

lori sampah datang petang

Thursday, 25 November 2010

Pemerhatian sepanjang perjalanan pulang ke Sabah


Catatan pertama setelah aku berada di Sandakan, Sabah. Isnin, 22hb Nov pukul 9.05 malam, aku selamat tiba di Lapangan Terbang Sandakan. Pening, letih, loya. Hampir 24 jam berada dalam perjalanan dari Kulai ke Sandakan. Sepatutnya perjalanan hanya mengambil masa 2 1/2 jam! Huh.

Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat aku rakamkan sepanjang perjalanan..

beg-beg yang memberatkan tangan

awal pagi di dalam Terminal Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai

sinki dalam tandas



antara premis perniagaan yang terdapat di dalam terminal baru Sultan Ismail Airport, Senai

ada auto show juga di tengah-tengah

nasi lemak dan teh yang berharga RM 8! Sungguh tidak sedap! Peniaga bodoh yang menipu pelanggan!

dari dalam balai berlepas

penumpang yang sedang menunggu


selamat tinggal, Johor

tempat duduk untuk special guest..hehe (warna sarung kerusi ja lain tp sempitnya ya jugak!)

ladang kelapa sawit dari pemandangan atas

makanan untuk pengguna waran (gov.servant)

tandas di LCCT. Yakkkksss!

nasi lemak mahal di LCCT

dari dalam kapal

lagi

nyamuk sesat dalam kapal!

menuju ke Sandakan :)


Monday, 22 November 2010

Celcom!


Hari Isnin bersamaan 15hb November 2010 yang lepas, pada suatu petang yang sangat sibuk bagi diriku, haha.

Selesai bekerja pada pukul 1 petang, aku bergegas ke JB untuk mengambil tiket penerbangan. Sudah boleh ambil katanya. Kemudian terus buru-buru ke Pusat Bandaraya - lokasi Menara KWSP. Menaranya aku nampak tetapi jalan menuju ke menara tu tidak jumpa-jumpa! Finally, selepas 3 kali berpusing-pusing + sesat + langgar jalan sehala + hujan lebat..pukul 4 petang baru sampai di sana. Selesai!

Bergegas pula ke Celcom Centre di Tampoi. Aku berniat mahu batalkan khidmat postpaid. Sia-sia bayar mahal tapi kurang digunakan untuk bertelefon. Aku juga menukar pelan broadband daripada RM68 kepada RM48. Biarlah slow asalkan aku tidak rugi. Lebih kurang sahaja. Staff pejabat celcom yang mesra dan baik pekerti. 

Jeng-jeng-jeng..tengok gelagat budak-budak Celcom yang mempromosi ni :




Ramai juga budak-budak muda staff Celcom ni yang berlegar-legar di depan bangunan. Mempromosi dengan orang yang lalu-lalang. Kiosk pun ada di buka di hadapan bangunan yang sama. Nampaknya Celcom memang mahu tarik pelanggan dengan lebih ramai.

Perhimpunan Gerak Wajadiri Johor (GEWAJO), Pontian.


 
Tarikh : 20hb November 2010.
Masa : 8.00 pagi - 11.00 pagi.
Tempat : Stadium Mini, Pontian.

Tahniah! Telah berlangsung dengan jayanya seperti butiran di atas. Seramai 14 orang peserta dari Kg Sri Gunung Pulai di bawah Perguruan Seni Silat Sayong, telah mengambil bahagian. 

Cuaca agak mendung pada mulanya. Raptai dimulakan. Masih ramai kumpulan peserta daripada perguruan lain yang belum tiba. Kami yang terawal. Aku sakit perut. Aduhai perut. Semasa raptai, nasib baik sempat berlari ke tandas. Lega.
cerahnya aku..
Dimaklumkan, seramai lebih kurang 450 orang yang telah mengambil bahagian kali ini. Selanjutnya akan diadakan di peringkat negeri bertempat di Stadium Larkin, Johor Bahru. Jangkaan pada awal Januari 2011. Ramai adik-adik Taekwando yang belum dapat menguasai langkah GEWAJO. Tidak mengapa, boleh belajar lagi. Seronok! Oh, juga ada persembahan daripada Kumpulan Silat Sunda Rajawali dan Kumpulan Silat Akar Sepuluh. Best. Persembahan adik-adik Cina Taekwando pun ada.


Majlis ini disempurnakan oleh Tuan Haji Joharuddin bin Samiun, Penolong Pegawai Daerah Pontian. Mengikut aturcara, selesai pada pukul 3.00 petang tetapi pada pukul 10.30 semua sudah berjalan. Habis. So dapatlah pulang awal. Muka ku bertambah gelap walaupun tidaklah berpanas sangat.

peserta dari Benut.

Wednesday, 17 November 2010

Ducati!


Rasanya, ramai orang yang akan kagum / seronok apabila melihat motosikal berkuasa tinggi. Lebih seronok kalau dapat memiliki sebuah motosikal tersebut. Paling murah pun setakat ini ialah model DUCATI MONSTER pada harga RM 75'000.00. Boleh dapat dua biji keretaku dengan jumlah duit sebanyak itu!


Siapa sangka, lembut-lembut dan seayu-ayu Fauziah Latiff tu, beliau ada sebuah DUCATI HYPERMOTARD 769! Waaaaa..bestnya..patutlah selalu pergi konvoi and latest beliau menyertai konvo Kempen Kami Prihatin bersama Johor Bikers. Harley Davidson? Kurang minat dengan reka bentuknya.

Bilakah boleh dapat sebuah seperti ini..?

Fauziah Latiff punya yg begini
pun sama juga..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...