Wednesday, 18 November 2009

Perasaan @ Perasan?

Dua perkara yang berbeza. Sesungguhnya aku ini seorang insan yang adakalanya terlebih perasaan..tidak lepas daripada menjadi perasan! ahakk!

Terdapat beberapa tempat yang mempunyai 'special feeling' apabila aku berada / melalui ruang masa dan tempat tersebut :

1. Lapangan Terbang KLIA. Keasingan berada di sini, mungkin kerana kepelbagaian manusia dan ruangnya yang besar. Kadang-kala berasa cuak dan curiga. Rasa tidak sabar hendak berlari menaiki pesawat berikutnya.

2. Musim hari-hari terakhir persekolahan. Rasa seperti 'ditinggalkan'. Berlaku / mengalaminya sejak zaman sekolah menengah. Teringat semasa Tingkatan Tiga. Kawan-kawan lain sudah pulang bercuti tapi aku terpaksa tinggal di asrama untuk menyertai program bernama KEM IT 1999. AB, andai ko terbaca post ini, teruskanlah dengan operation skinny bitch mu itu. haha.

3. Dalam majlis Yaasin @ tahlil. Mesti teringat dengan pemergian arwah bapa. Ah, kemesraan semusim cuma. Aku rugi. Iklan Petronas (si ayah yang 'menjengkelkan' - pada pendapat menantu lelakinya). Menggeletek rasa sayu di perdu hati. Hmmm..

4. Matahari yang bersinar terik pada sebelah petang selepas hujan pagi / tengah hari. Wah..perasaan seperti ini bak menjadikan aku orang yang terbuang terasing di sebuah pulau. Lebih2 lagi jika situasi ini dialami ketika berada di kampung. Hujan tengah hari - TIDUR. Apabila tersedar, matahari bersinar cerah - sekitar pukul 4.30 petang. Alahai..sunyi dan sayu. Kenangan semasa kecil di Batu 10 Kg.Sungai Batang, Sandakan Sabah. Banyak pengajaran sejati yang diperoleh semasa menetap di situ.

*akan tambah kemudian..

3 comments:

  1. iklan "ayah jgn lupa pakai lampin tauuu"...yg tu ke? aku pun sedih setiap kali tgk iklan tu. how could dia nye son in law treated him like that. tak bg kawin ngan anak dia, gersang plak nnt. maaf, sy emo..tak suka tgk org buat org tua begitu.

    ReplyDelete
  2. Ha'ah! Yg tu la..

    Iklan yang menyentuh hati..

    ReplyDelete
  3. yea..aku teruskan...jgn sedih2...senyum..tgk tu The Biggest Loser Asia tu...semuanya mak oihhhh...

    bagus d kasi join Operation Skinny Bitch aku itew..hihihi

    ReplyDelete

Terima Kasih / Thank You
http://bit.ly/1bNnzEh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...