Tuesday, 10 November 2009

2009 : Something in my life


Sekian lama tidak mencatuk abjad bermonolog pada kanvas maya ini.


Ah..satu keluhan nafas perlu aku lontarkan saat ini.

Apa yang ada dalam fikiran ini sekarang..?

2009 - Tahun yang banyak memberikan aku pengalaman; melukis pelbagai cerita - mencalit warna-warna kehidupan.

Bagaimana aku dahulunya seorang yang malu mendekati manusia lain; kini aku menjadi manusia yang lebih berani (la sangat!)

Pelbagai situasi dalam minda. Khayalan.. (bukan ambil dadah ok! - teringat pengakuan Kris Dayanti bahawa beliau pernah mengambil 'NARKOBA' dan kini menyesalinya).

Manusia-manusia yang ku kenali. Pelbagai watak & perwatakan. Mencari persamaan lantas mengenepikan ? / mengketepikan ? perbezaan sesama.

Manusia.

Aku ingin menikmati kehidupan ini. Yang Singkat - seketika cuma.


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih / Thank You
http://bit.ly/1bNnzEh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...