Wednesday, 18 November 2009

Perasaan @ Perasan?

Dua perkara yang berbeza. Sesungguhnya aku ini seorang insan yang adakalanya terlebih perasaan..tidak lepas daripada menjadi perasan! ahakk!

Terdapat beberapa tempat yang mempunyai 'special feeling' apabila aku berada / melalui ruang masa dan tempat tersebut :

1. Lapangan Terbang KLIA. Keasingan berada di sini, mungkin kerana kepelbagaian manusia dan ruangnya yang besar. Kadang-kala berasa cuak dan curiga. Rasa tidak sabar hendak berlari menaiki pesawat berikutnya.

2. Musim hari-hari terakhir persekolahan. Rasa seperti 'ditinggalkan'. Berlaku / mengalaminya sejak zaman sekolah menengah. Teringat semasa Tingkatan Tiga. Kawan-kawan lain sudah pulang bercuti tapi aku terpaksa tinggal di asrama untuk menyertai program bernama KEM IT 1999. AB, andai ko terbaca post ini, teruskanlah dengan operation skinny bitch mu itu. haha.

3. Dalam majlis Yaasin @ tahlil. Mesti teringat dengan pemergian arwah bapa. Ah, kemesraan semusim cuma. Aku rugi. Iklan Petronas (si ayah yang 'menjengkelkan' - pada pendapat menantu lelakinya). Menggeletek rasa sayu di perdu hati. Hmmm..

4. Matahari yang bersinar terik pada sebelah petang selepas hujan pagi / tengah hari. Wah..perasaan seperti ini bak menjadikan aku orang yang terbuang terasing di sebuah pulau. Lebih2 lagi jika situasi ini dialami ketika berada di kampung. Hujan tengah hari - TIDUR. Apabila tersedar, matahari bersinar cerah - sekitar pukul 4.30 petang. Alahai..sunyi dan sayu. Kenangan semasa kecil di Batu 10 Kg.Sungai Batang, Sandakan Sabah. Banyak pengajaran sejati yang diperoleh semasa menetap di situ.

*akan tambah kemudian..

Sunday, 15 November 2009

Ini


Mmm..apa ya mau diungkapkan ni..

1. Kerja banyak..malas mahu buat tapi mesti buat jugak!

2. Kelmarin membeli sebuah buku motivasi "Magnet Diri"..macam best..lapang-lapang baru baca.

3. Geram menunggu result PGSR itu. Mesti hari esok baru dipaparkan dalam web KPM itu. Jumaat la konon..

4. Perasaan tidak menentu. Kerja banyak. Kemudian musim cuti semakin hampir. Terbayang keseronokan bercuti dan kebosanan yang pasti menyelit di celah2 ruang waktu yang lopong.

Wednesday, 11 November 2009

Hari Ini

Yayyyy...

Baru sahaja selesai bermesyuarat staff petang ni. Nampaknya, ada peluang la aku drop jawatan "Setiasusah Pepekriksaan"..hehehe..

Banyaknya benda kena siapkan :

Program Panitia / Pusat Sumber / TKRS sepanjang tahun 2010..

In-House Automasi PSS (SiAPS)..

Laporan Buku Hazab Belajar Budak Tahun 5 since i am the homeroom? teacher..

Fail Peribadi Murid Tahun 5 itu..arghkhhhsss..

Menenangkan diri daripada melakukan silap dalam teks pengacaraan Hari Anugerah..huh..

Nampak gaya, lambatlah aku pulang kampung kali ni..mengeram telur lagi di sekolah..

p/s sudah lama tidak menepek gambar di sini..





Tuesday, 10 November 2009

2009 : Something in my life


Sekian lama tidak mencatuk abjad bermonolog pada kanvas maya ini.


Ah..satu keluhan nafas perlu aku lontarkan saat ini.

Apa yang ada dalam fikiran ini sekarang..?

2009 - Tahun yang banyak memberikan aku pengalaman; melukis pelbagai cerita - mencalit warna-warna kehidupan.

Bagaimana aku dahulunya seorang yang malu mendekati manusia lain; kini aku menjadi manusia yang lebih berani (la sangat!)

Pelbagai situasi dalam minda. Khayalan.. (bukan ambil dadah ok! - teringat pengakuan Kris Dayanti bahawa beliau pernah mengambil 'NARKOBA' dan kini menyesalinya).

Manusia-manusia yang ku kenali. Pelbagai watak & perwatakan. Mencari persamaan lantas mengenepikan ? / mengketepikan ? perbezaan sesama.

Manusia.

Aku ingin menikmati kehidupan ini. Yang Singkat - seketika cuma.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...