Thursday, 3 September 2009

Hari Berganti Hari

1. Petang ni kakak akan sampai dari Sabah. Cadangnya tinggal di sini selama dua minggu. Hendak menemankan anaknya UPSR. Susup-sasap aku nak mengambil tengah hari nanti memandangkan aku habis kerja agak lewat. Nanti mahu mengajak kakak pergi ke Rengit / Parit Botak untuk membeli kerepek dan bahulu gulung berintikan jem nanas yang sedap itu. Mungkin boleh juga ajak kakak ke pantai di Teluk Ramunia. Amboi..ye ye je mahu mengajak. Kerja bertimbun..kerja YM dan pesbuk..hehe

2. Hari ni juga ada Majlis Berbuka Puasa dan Solat Hajat bersama Murid-Murid Tahun Enam. Minggu depan ialah Minggu UPSR. Semoga semua murid dapat melakukan yang terbaik.

3. Menghitung hari untuk pulang berhari raya di Sabah. Yes, 19hb ni insya Allah akan menghirup udara Sandakan. Aku dapat membayangkan kehangatan cuaca serta bahang mentari di Bandar Sandakan. Ah, bayu laut..membawa percikan-percikan lembapan dan kehangatan..

4. Sapinaz & Raen..nampaknya dorang berdua ada baju tema purple tahun ni.. Alahai, mana aku nak cari baju purple..wait & see..x syok la pulak kalau ambil foto ber3..aku nampak ganjil..(dah aku nampak unik..hitam manis berbanding makhluk dua orang tu..hmm what can i say..haha)

5. Banyak pula tempat mahu diambush sepanjang raya seminggu nanti.. Si Yon pun cakap mau join sama masa ambush raya nanti..wah..wajib upload foto-foto ke dalam album fS & pesbuk.

6. Jangan dilupa..wajib spend day pigi mandi di pool Kompleks Sukan. Aduh..semangat sudah ni. Sadap yunggg cuci mata..haha

7. La ni petang ni baru teringat mau pi ambil tiket free di JPNJ tu. Alahai..lupa..

8. Pun mahu mengepos kad-kad raya pada petang ini. Bil air yang RM30 tu..alahai tunda dulu lah..ahah..tu pun nak dikhabarkan kat sini..hehe

9. Teringat sama Adik Pilak..apala yang dibuatnya sekarang..juga pada seseorang yang kian jauh..macam kata lagu Mawi tu.."Kian jauh..kian hilang..kasih antara kita.." ceh~

10. Bila nak ke Terengganu ni.. Boleh jalan-jalan ke rumah Kak Tiny..hehe..jalan2 ke rumah adik Rajih..ahah..sabar menanti kunjunganku wahai penyu-penyu di Rantau Abang..

11. Rindu mau makan buras dan ayam masak lengkuas..ah..puasa2 begini pelbagai godaan nafsu..makan-makan dan makan..tapi aku dapat merasakan yang badanku agak susut sedikit..huh..

12. This fortnight..i'm looking forward for the Williams Sisters.. U.S Open 2009..all the excitement!


"Every six months I fly to Dallas to get BOTOX and I also get
COLLAGEN INJECTIONS
"
~ Janice Dickinson : World 1st Supermodel..

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih / Thank You
http://bit.ly/1bNnzEh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...