Sunday, 27 September 2009

Here Again



NOR MAJDI BIN MOHD.ALWI


Kawanku yang hilang dari zaman batu

Wednesday, 16 September 2009

Bilang Sajja..

"Aku rasa tubuh badanku ini paling gemuk semasa bulan Jun. Mencecah 78.0 kg.. Muka tembam dan menjadi pasif. Kelmarin..15.09..menyukat jisim lagi..kali ni menggunakan alat penimbang berpenunjuk digital tu..What..? 72.8 kg! Ngee.. Patutlah seluar kerja zaman 2005 tu muat pulak pakai masa minggu lepas. Suka hati.. Wajeb reduce weight lagi..till 68.o kg..at least..haha..tpaksa alter la pulak sluar.."

1. Ramadhan bakal berakhir. Ramadhan kali ni diriku agak kureng.. Perlu masuk dalam mesin basuh untuk cuci otak. Argkh.. Bengap!

2. Dua hari lagi bakal menghirup udara di Sabah. Hmm..

3. Oh, petang ni ada Majlis Khatam Al-Quran. Waa makan saja aku terbayang..

4. Ah, Serena lost! BTW, she won the Doubles with Venus.

5. Mesej dgn Alessandra.. Wah gigih yah mengupdate casa sempena menyambut ketibaan Syawal.

6. Kata Sapinaz, "ada port baru.."..yuyy.. Di Batu 2 tu kot.. Mesti Cobe..!

7. Malam ni perlu masak-masak menghabiskan stok makanan basah dalam ice box sebelum meninggalkan rumah selama seminggu. Uh, rajinkan diri.

8. Buat entry ni pun x bersemangat.

9. Ah, ternampak kasut cantik semasa pergi membayar bil kelmarin. X perlu beli rasanya.

10. Teringin juga mencari jam tangan. Pergelangan tanganku yang telanjang ini. Perlukan sesuatu.

Friday, 11 September 2009

Ambush Raya?

Rumah Kakak Bandar Leila.. (jgn lupa bagi duit raya..)

Families + Relatives Tinosa 1 & Rajawali.. :)

Rumah Noie Best Friend Forever, Indah Jaya.. :)

Casa Si Alessandra Ambrossio (lolai2..awas kalau x kasi aku karokey!)

Casa Si Sapinaz (wajeb p coz last year x sempat!)

Rumahku diambush oleh mereka..ngee

Rumah Yun? (wajeb habiskan Tart Nanas which made by Mamak Si Yun..ndak tau adaka tu si Yun membuat..hehe..awas ko Yun!)

Swimming Pool - Sport Complex (lolai di pool yah! cuci mata..ngeee..!)

Pasar Ayam + Pasar Basah mencari juadah! - at Harbour Square
(bunyi macam gah tapi biasa2 ajja)

Comel kahwin 23hb..not sure kalau dapat pergi..ikut keadaan..
"Nanti si Ros ambil kita!" - bilang Noie..


Ah, malam ini.. Blockbuster Semi Final of U.S Open 2009..

(WC) Kim Clijsters vS (2) Serena Williams
All the way Serena!!! Lift the Trophy..its yours!

Tuesday, 8 September 2009

Hari Ini & Semalam

Urghh..letih bersambung ke hari ini..

Pulang je dari Kulai, aku rasa sakit belakang. Eh, eh..sakit tu datang lagi.. Dah lama x rasa sakit yang sebegitu.. Malam pun aku terpaksa tidur awal. Seawal 9.30 malam. Sah2 aku ponteng tarawih.. Masa berbuka pun rasa tak sedap badan. Mujur bangun pagi ni rasa dah ok but still mcm ada something kat belakang. Xde pulak aku jatuh @ terhentak.. Hmm..

Petang kelmarin ke Kulai tu sebab nak pos kan kad raya. Untuk Majdi, Abby, Azmi Sesuatu, Mas Sakurada dan tak lupa untuk eh..sapa lagi ya..? Lupa sangat.. Jap recall..hmm.. Ha, Si Hasnol poyo.

Pastu petang masa berbuka..makanan berlambak. Alhamdulillah sangat2.. Mihun Udang.. Cekodok diberi oleh jiran.. Air Katira.. Kuih-muih pelbagai jenis.. Heyy, ko ingat aku ni tong sampah..?? Perutku mengomel. Haha..

Hmm ada beberapa hari lagi nak pulang Sabah.. Semalam, Ai ajak pergi Rengit / Parit Botak a.k.a Azhar Food nak borong bahulu gulung. Hmm..sedap..terbayang ditekak ku ini akan kelazatan jem nanas yang mengisi gulungan bahulu itu. Gigih ya wanita mengandung itu nak merayap kala sarat..

Kepada seseorang yang kian aku lupakan.. Tahniah kerana berjaya membuat aku lupa kepadamu. Kasihmu bak embun di atas daun, sirna tatkala mentari hadir. Aku mahu kasih sayang yang sentiasa bersinar bak suria. BTW, go to hell yah!

Thursday, 3 September 2009

Hari Berganti Hari

1. Petang ni kakak akan sampai dari Sabah. Cadangnya tinggal di sini selama dua minggu. Hendak menemankan anaknya UPSR. Susup-sasap aku nak mengambil tengah hari nanti memandangkan aku habis kerja agak lewat. Nanti mahu mengajak kakak pergi ke Rengit / Parit Botak untuk membeli kerepek dan bahulu gulung berintikan jem nanas yang sedap itu. Mungkin boleh juga ajak kakak ke pantai di Teluk Ramunia. Amboi..ye ye je mahu mengajak. Kerja bertimbun..kerja YM dan pesbuk..hehe

2. Hari ni juga ada Majlis Berbuka Puasa dan Solat Hajat bersama Murid-Murid Tahun Enam. Minggu depan ialah Minggu UPSR. Semoga semua murid dapat melakukan yang terbaik.

3. Menghitung hari untuk pulang berhari raya di Sabah. Yes, 19hb ni insya Allah akan menghirup udara Sandakan. Aku dapat membayangkan kehangatan cuaca serta bahang mentari di Bandar Sandakan. Ah, bayu laut..membawa percikan-percikan lembapan dan kehangatan..

4. Sapinaz & Raen..nampaknya dorang berdua ada baju tema purple tahun ni.. Alahai, mana aku nak cari baju purple..wait & see..x syok la pulak kalau ambil foto ber3..aku nampak ganjil..(dah aku nampak unik..hitam manis berbanding makhluk dua orang tu..hmm what can i say..haha)

5. Banyak pula tempat mahu diambush sepanjang raya seminggu nanti.. Si Yon pun cakap mau join sama masa ambush raya nanti..wah..wajib upload foto-foto ke dalam album fS & pesbuk.

6. Jangan dilupa..wajib spend day pigi mandi di pool Kompleks Sukan. Aduh..semangat sudah ni. Sadap yunggg cuci mata..haha

7. La ni petang ni baru teringat mau pi ambil tiket free di JPNJ tu. Alahai..lupa..

8. Pun mahu mengepos kad-kad raya pada petang ini. Bil air yang RM30 tu..alahai tunda dulu lah..ahah..tu pun nak dikhabarkan kat sini..hehe

9. Teringat sama Adik Pilak..apala yang dibuatnya sekarang..juga pada seseorang yang kian jauh..macam kata lagu Mawi tu.."Kian jauh..kian hilang..kasih antara kita.." ceh~

10. Bila nak ke Terengganu ni.. Boleh jalan-jalan ke rumah Kak Tiny..hehe..jalan2 ke rumah adik Rajih..ahah..sabar menanti kunjunganku wahai penyu-penyu di Rantau Abang..

11. Rindu mau makan buras dan ayam masak lengkuas..ah..puasa2 begini pelbagai godaan nafsu..makan-makan dan makan..tapi aku dapat merasakan yang badanku agak susut sedikit..huh..

12. This fortnight..i'm looking forward for the Williams Sisters.. U.S Open 2009..all the excitement!


"Every six months I fly to Dallas to get BOTOX and I also get
COLLAGEN INJECTIONS
"
~ Janice Dickinson : World 1st Supermodel..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...