Thursday, 27 August 2009

Rumah Oh Rumah!

Pagi tadi seawal pukul 7.30 pagi, aku merajinkan diri untuk mengemas rumah yang dah hampir sebulan lebih tidak dibuang segala macam habuk. Aku perasan di tepi dinding sudah kelihatan agak kelabu - mesti habuk dah bergumpal. Duduk dalam kampung penuh pokok-pokok macam ni pun habuk mesti tebal berkepuk-kepuk kalau sesi pembersihan rumah dijalankan.

Sempatlah membongkar gambar-gambar lama - duduk bersila membuka beg besar tempat menyimpan khazanah-khazanah penting. Hmm..novel-novel yang Kak Sophie tinggalkan pun ada. Mungkin boleh diulang baca andai punya senggang waktu. Menyelak album gambar. Wah, boleh scan ni masuk facebook dan blog.

Geram sungguh..banyak pulak labah-labah ni bersarang. Sempat aku 'terbunuh' beberapa ekor. I got you! ahah..! Nah, ini mereka..

Akhirnya dalam pukul 2 petang, aku berjaya juga membersihkan bilik, ruang tamu dan anjung rumah. Wah..rajin sungguh aku masa puasa2 begini. Tapi tidak sempat membasuh kereta kerana hari hujan lebat. Dapur pun belum bersih lagi. Kain pun tak habis bilas dalam mesin. Waa terpaksa merajinkan diri malam ni. Esok pulak ada kelas BM bersama tahun enam pada pukul 10.30 pagi. Hmm..semangat sikit buat kerja.

Kala ini hujan. Nak ke bazaar membeli juadah yang panas-panas dan enak. Sandakan..aku mahu pulang..

2 comments:

  1. ok dapat aku bayang kan rumahmu camana???URGHHHH>>>BORING.........................

    ReplyDelete
  2. ya la..

    ko mimang...keyy ko hancuerr..

    kekekekek..

    nah sana kau pi kemas baju2mu yg satu lori tu..

    ReplyDelete

Terima Kasih / Thank You
http://bit.ly/1bNnzEh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...