Monday, 24 August 2009

Fashionista & Shopaholic : The aCHmiEYz Story!


azmi

Tarikh : Sekitar Febuari 2003
Masa : 9.00 pagi (lebih kurang)
Tempat : Jabatan Hal Ehwal Pelajar, MPKS (now IPKS)
Cuaca : Matahari cerah (suria khatulistiwa kan)
Situasi : Aku sedang sibuk-sibuk pasal buku kedatangan pelatih..since i was the group leader (ketua kumpulan..promo..promo..)

Terjadi satu perbualan yang tanpa disengajakan. Semasa mula-mula masuk di pintu HEP yang terbuka 12 jam sehari tu, aku ternampak seorang Aunty (nak bagi glemer ni) dan seorang lelaki yang sedang duduk di bangku, yang mana bangku tu memang disediakan untuk duduk. 'Hmm..mungkin budak baru..'..monolog dalam hati.

"Eh, opsyen apa..?"

"Pengajian Sains Pengajian Melayu" ---> penuh pulak tu..

"Eh, samalah!!" ---> aku yang teruja kerana mendapat rakan sekuliah baru..lalu aku pun melemparkan senyuman paling manis kepada pasangan anak beranak itu. Aku pulang ke kelas dan menghebahkan berita ada budak baru kepada warga SNPM yang rasanya excited juga ingin melihat budak baru itu..hmm..sabar sajja aku masa ni menaip..

* * * * * * * * * * * *
Catatan di atas merupakan perbualan tidak rasmi yang pertama bersama Azmi..salah seorang sahabat, yang juga masih kekal berhubung sehingga ke hari ini..selalunya..perhubungan tu akan kekal bersama rakan-rakan, teman-teman dan insan2 yang ada persamaan dengan diri kita kan..so, apakah persamaan kami..? Hmm dia raja melawa, aku pulak main sarung pakai ja apa yang ada..dia jenis bersukan..aku jenis bersukan juga tapi sukaneka..hmm..pe lagi ek..? So, dalam entry kali ini, akan menceritakan sedikit sebanyak mengenai public figure nan seorang ini.. Since aku dah nak ke baZaar ni..aku pun akan menyambung pengkisahan sulalatus salatin ni pada masa akan datang..dah lewat..harap maklum ye..

* * * * * * * * * * * * *
Menggagahkan diri jua untuk menyudahkan entry ini. Hmm berlegar-legar difikiranku..apa yang hendak dimuatkan ni..hmm..masa mula-mula dalam Semester 1, kami makan Mi Segera a.k.a Megi Perisa Ayam..di asrama..makan di bilik si Kudin..masa tu Azmi menginap di blok asrama sebelah.. (Blok A ka..?)..rajin pula dia merayap ke tempat kami since classmates semua tinggal di Blok B..except Fitri Rungus and him (Azmi)..

Lama punya lama..aku ingat lagi berkerak mahu tunggu elaun masuk..last2 elaun masuk juga dalam bulan Mac 2003 tu..apa yang aku ingat..si Azmi ni beli air soya yang brand 'Yeos' tu ntah berapa kotak besar tu..(sekarang aku tengok harga soya tu dalam RM2.40 sekotak). Suka dia tu minum air soya..mungkin mau putihkan kulit..keputihan..v udur sangat kan masa tu..hahaha..

Hmm..antara aktiviti yang best kami buat bersama-sama..menyertai Kejohanan Tenis Tertutup MPKS..kami jadi gandingan bergu yang macam shitt..wakakakakakaaka..ada ka orang main tenis sambil ketawa-ketawa dalam gelanggang..? Sudahnya apa, K.A.L.A.H...! but we had fun.. Tenis..hmm..lamanya tidak bermain tenis..dulu semasa di maktab @ kolej tu..itulah permainan / sukan yang menjadi pengisi waktu petang..Azmi juga tidak ketinggalan turun court sama2..best kan..? Hey..ingat lagi kita join lumba lari petang tu..? Yang berlumba dengan dorang si Adron..? Adoiii...ada hati rupanya aku mau berlumba dengan atlet..macam..Azmi pun masuk juga masa tu..ah..zaman 'kanak-kanak' sangat..

Pertandingan Gimnastrada..ala2 senamrobik..bestnya..syok sangat..bekerjasama sangat masa tu..latihan malam2 di gelanggang tenis..siap ada pulak aksi2 membuat tingkat2 manusia..si Mona..Si Fitri..aduh..sakit perut ketawa masa tu..Kak Zia..Kak No..duduk berlunjur sambil memukul2 tali2 rafia pom2 ke kiri dan ke kanan..macam bod*h pun ada masa tu..but..kita dapat 1st runner-up, kan..? Congratzz..

Azmi..hmm..banyak tu kainnya..kalau weekend mesti kain bertimbun..aku percaya 110% habit ni masih dia amalkan sampai sekarang..semangat gigih membasuh kain.. Antara lain kesukaan Azmi..menyanyi..lagu2 Bung Nuar Zain..pok & trep suara sama..bolehlah..kami pun layan ja..bestfriend kan..mesti la give full support 200%..walaupun ada ketikanya aku harus bersabar tatkala mendengar lontaran vokalnya yang terover itu..

Currently Azmi berada di Bandar Bukit Tinggi, Klang.. Nun jauh daripada asalnya, Kg.Guruh-Guruh, Sipitang Sabah.. Sabar..tidak lama lagi akan dapat pindah pulang Sabah..lainlah kalau dia ni mahu bermastautin lagi satu abad d bumi Semenanjung ni..hmm..

Terbaru mengenai dirinya : Berjinak-jinak dengan gimnasium..katanya hendak menurunkan berat badan dan mendapatkan bentuk badan yang menarik..oh ya, dia juga suka makan di restoran-restoran..masak..? Aku tidak tahu bila kali terakhir dia masak.. Pernah sekali dia sampai ke rumah sewaku di Kulai..mengambil penerbangan dari Sabah ke Kulai sebelum dia balik ke Selangor. Katanya tempat ku ini membosankankan a.k.a boring..apatah lagi keadaan sekolah ini..hmm..damai..

Punya senggang waktu akan menambah catatan lagi mengenai dia..

3 comments:

  1. cepat la tulis blog neh..x sabar nk tau citer psal kwn ko neh...

    ReplyDelete
  2. Ya ampuun ada jugak yg bminat nak tahu pasal makhluk seorang tu...yela..nti aku sambung..aku cuba nak mengingat balik pe lagi hal2 yg aku ingat pasal dia tu..hmm

    ReplyDelete
  3. bila lg mo sambung!!!!hahah

    ReplyDelete

Terima Kasih / Thank You
http://bit.ly/1bNnzEh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...