Sunday, 23 August 2009

1st Day of Fasting Month


BURAS @ BURASAK : hidangan wajib semasa raya

AYAM MASAK LENGKUAS : dimakan bersama buras
(kabur pulak lepas resize image)


Semangat yang berkobar-kobar dibawa bersama ke Bazaar Ramadhan Pekan Nanas, dengan hajat hendak membeli burung puyuh goreng. Alaa, abang2 gerai puyuh tu belum beroperasi.. Ka burung-burung puyuhnya habis lari ke dalam semak @ burung2 puyuh semua matai kena virus selesema burung..

Semangat juga membeli sabun cuci kerana dalam keasyikan membasuh kain pada hujung-hujung minggu begini hingga terlupa sabun cuci dah nak hampir habis..

Apa ni, nampaknya hampir semua pengunjung bazaar tidak memakai topeng hidung+mulut tu.. Aku cuma nampak sepasang couple yang memakai topeng tu semasa sedang meronda ushar2 makanan. Oh, ada lagi kanak-kanak bersama parents. Still ada juga parents yang membawa anak bayi yang mungkin baru 5-6 bulan - pergi ke bazaar..ayoo kan risiko tu..

Hmm agak sesak sedikit suasana pada petang tu. Matahari agak cerah walaupun kelihatan gumpalan awan hitam di langit. Sudahnya, cuma membeli tiga biji bergedil daging + sebungkus air katira (manis!) + kuay teow goreng. Tu baru kira tiga kali pusing bazaar tu..baru decide mahu beli apa..rambang mata..hmm mybe hari ni boleh mencuba laksa johor. Sebelum ni pun pernah beli juga cuma rasa kurang berpuas hati dengan kuah laksa tu yang agak kurang kepekatannya. Hampehh jah akak penjual tu. Nak berniaga, buatlah betul2 kak oi.. Jangan nak koner2 kan pembeli..mampus jah kena maki nanti..yang aku ni sah2 la merungut kalau makanan yang dibeli tu tidak menepati citarasa.. Lainlah kalau orang bagi @ makanan dapat free..hmm

Waa nampaknya tahun ni aku tidak bercadang untuk membuat baju raya. Pakai ja baju2 lama yang masih tersangatlah eloknya..pun baju2 tu dipakai kerja juga.. So, raya nanti akan pulang ke Sandakan..rasanya nak bawa sama baju Melayu yang kaler pink berbenang coklat tu + baju Melayu dua tahun lepas yang warna biru laut..

Tidak sabar rasanya hendak pulang ke Sandakan since last year cuma dapat beraya di sini. Uwaaa seakan terhidu bau wangian Buras dan ayam Masak Lengkuas..rindu..ah..rindu bertamu lagi..

Aku rindu padamu..hanya aku yang tahu..

4 comments:

  1. cece..dah terbayang bayang makanan kat sabah ni..sabar en arman, puasa ada lagi 27 ari

    ReplyDelete

Terima Kasih / Thank You
http://bit.ly/1bNnzEh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...