Saturday, 29 August 2009

Oh My Hair!

"Mungkin raya nanti aku boleh pilih salah satu daripada
fesyen rambut ni untuk digayakan.."

'Situasinya ialah..rambutku jenis bergulung..! Uwaaaaa.. Kena pakai wig kot..! Tak pun pakai songkok..kopiah haji..tudung..kerudung..hahahaha..'


Suka kedua-dua style di atas..kemas dan menarik!
UNTUNGNYA, rambutku tidak diciptakan begitu..!

Atas ni.. a bit messy..still i like..

Kalau aku ikut style yang kanan & letak skarf bunga2 kat leher, mesti aku dah kena baling gayung oleh kakakku..


PERHATIAN!


INI BUKAN SAYA!
Masih teringat semasa zaman persekolahan, kawan-kawan selalu kutuk rambut ku..
Hey buddies, the hair is still 'menten' till nowadays la! Hehehe..

Friday, 28 August 2009

Meniti Ramadhan~

Berbuka pada hari ke-6 berpuasa. Banyak makan but Alhamdulillah..dapat dikawal daripada menjadi anakonda hijau. Kebetulan masa berbuka sambil menonton TV1 - 'Cerita Binatang2' : Memaparkan kisah pemangsa-pemangsa tegar di Hutan Hujan Amazon. Antaranya termasuklah Ular Anakonda Hijau tu. Ah..

Menu (beli + jiran2 yg mulia bermurah hati menghantar juadah ke rumah :

-Nasi Goreng

-Cekodok Keledek + Cekodok Mixed Vegies
-Nasi Lemak (sadap pulak ada talul sama ayam masam 'mirah')

-Ikan Bakar Berkicap
- sadap juga..
-Kuih Bingka? Aku panggil 'Kuih Bakar'..entah tapi memang sedap kuih ni. Warna
hijau bentuk kelopak bunga.
-Air.. Wheatgrass Juice. Rasa macam minum air rumput. Sedap..sebab..? MANIS!

Kuih yang masih berbaki hingga pukul 11 malam..lepas ambil gambar ni..siap aku ngap!!!

Macam-macam..!


TELEFON OH TELEFON!


Macam-macam ada dalam inbox. Ahah, perlukah aku paste gambar2 di bawah ni..? Rasa malu juga. Hmm.. Kenyang ke orang sayang ni..? Kembang-kembang sebab ada juga orang sayang aku yang manis sedikit ni walaupun sayang main-main. Aku rasa patut ke tak entry ni ah..? hadoiii~~ Eh..eh..eh..

Zirafah

Rusa

Merak

"Kepada insan-insan berkenaan, andai kalian terbaca / terlihat post ini..jangan marah dan patutnya kamu 'berbangga' kerana mendapat highlight / spotlight daripada aku yang rajin menulis ini.."


Thursday, 27 August 2009

P.T.K Ogos 2009

As Happy As Serena Williams!

Eh, aku tak perasan pulak dalam Slip Kebenaran Menduduki P.T.K pada 25hb Ogos 2009 baru-baru ni. Rupa-rupanya, aku cuma perlu ambil Kertas UMUM sahaja. Oh, adakah Cik Niss^Immer mendaftarkan aku untuk satu kertas sahaja..bagus..'sepatutnya' begitu..hik3..

Yahoooooo..senang hati aku! Sehari nak exam baru aku perasan la pulak. So, hasil daripada menduduki exam tersebut..kali ni rasa 50-50 ja untuk score IV.. Soalan agak susah dan ada 2-3 soalan yang menyoal tentang kurikulum prasekolah. Adehh..manalah aku pernah ambil tahu pasal prasekolah. Terlepas pandang gitu.

Lulus dapat IV la hendaknya aku ni.. Mudah urusan..Aamiiinn..

Rumah Oh Rumah!

Pagi tadi seawal pukul 7.30 pagi, aku merajinkan diri untuk mengemas rumah yang dah hampir sebulan lebih tidak dibuang segala macam habuk. Aku perasan di tepi dinding sudah kelihatan agak kelabu - mesti habuk dah bergumpal. Duduk dalam kampung penuh pokok-pokok macam ni pun habuk mesti tebal berkepuk-kepuk kalau sesi pembersihan rumah dijalankan.

Sempatlah membongkar gambar-gambar lama - duduk bersila membuka beg besar tempat menyimpan khazanah-khazanah penting. Hmm..novel-novel yang Kak Sophie tinggalkan pun ada. Mungkin boleh diulang baca andai punya senggang waktu. Menyelak album gambar. Wah, boleh scan ni masuk facebook dan blog.

Geram sungguh..banyak pulak labah-labah ni bersarang. Sempat aku 'terbunuh' beberapa ekor. I got you! ahah..! Nah, ini mereka..

Akhirnya dalam pukul 2 petang, aku berjaya juga membersihkan bilik, ruang tamu dan anjung rumah. Wah..rajin sungguh aku masa puasa2 begini. Tapi tidak sempat membasuh kereta kerana hari hujan lebat. Dapur pun belum bersih lagi. Kain pun tak habis bilas dalam mesin. Waa terpaksa merajinkan diri malam ni. Esok pulak ada kelas BM bersama tahun enam pada pukul 10.30 pagi. Hmm..semangat sikit buat kerja.

Kala ini hujan. Nak ke bazaar membeli juadah yang panas-panas dan enak. Sandakan..aku mahu pulang..

Kad Ucapan : Salam Aidilfitri

Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, aku bercadang untuk mengirim beberapa keping kad ucapan Aidilfitri khas untuk rakan-rakan @ insan-insan tertentu. Seronok juga bila dapat kad raya. Zaman serba canggih ni, masih ramai juga yang tetap menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia dalam urusan kirim-mengirim kad raya. Manada lagi yang pakai burung merpati. Ceh..

Seingat aku, tahun lepas ada la dalam 20 keping kad yang aku kirim. Antara yang menerimanya : Kak Mas di Papar, Sheeda di Keningau, Majdi di Lahad Datu, Kak No di Klang (kini dah pulang Bongawan), Meema di Kudat..hmm yang lain2 t u dah x ingat.. Dua hari lepas baru beli lima keping kad (5 in 1) tu. Tu pun kebetulan ternampak masa sedang mencari-cari novel. Setakat ni dah dua orang yang nak kan kad raya. Si Majdi dan Si Hasnol. Hmm..minggu depan @ minggu ke-3 puasa baru pos kot.. Rasanya tak cukup. Nak beli lagi..kemudian.. Nak bagi yang ada bunyi kat si Noie.. Si Inra Fabz.. Nak belanja dia makan burasak free ja la di rumah nanti.. Sama juga dengan Ibnas Syapinaz.. Oh, abby.. Andai kau terbaca post ini..ingin ku bertanya..'adakah dikau mahukan kad raya juga..? Nah, bagi alamatmu yang terletak di 'KF' kesahnyerr itu..

Suka sangat ka
d raya tu..hmm..simple and attractive..in my eyes..kelima-limanya cantik dalam bentuk yang panjang..macam kad kahwin lazimnya..

Tahun ni, entah siapa pulak yang nak bagi aku kad raya. Kak Mas tu tiap tahun tidak pernah miss kirim kad. Si Azmi tu..? H.a.r.a.m jejakkan kaki ke pejabat pos. Antara perkataan pejabat pos dan Azmi, langsung tiada 'connectio
n'..haha.. Tapi dia bagi juga..SMS ringkas.. Dahla SMS tu memang namanya "Sistem Pesanan Ringkas", dia bagi ucapan pun memang ringkas - 'Slmt ari rya' ---> Mungkin gitu ja kot yang akan dia bagi..


Waaaaaa..semakin tidak sabar untuk pulang berhari raya.. Terbayang-bayang makanan semasa raya. Semoga semuanya akan baik-baik sahaja. Aamiiiinn..

Wednesday, 26 August 2009

Novel : Jalur Sinar di Celah Daun


Aku sedang menikmati jalan cerita sebuah novel yang baru sahaja aku beli kelmarin (25 Ogos). Hmm..tertarik dengan penulisnya dan layout buku ni. Zaharah Nawawi. Pada muka depan buku ni, ada gambar seperti daun getah yang disinari cahaya matahari pagi. Memang nostalgik sangat. Sempat menggoogle info mengenai novel ini. Oh ya, kata-kata di bawah ni juga turut termuat pada kulit belakang novel tersebut. Jalan ceritanya menarik. Mudah difahami dan tidak berbunga-bunga yang mana biasanya bahasa berbunga-bunga ni membuatkan aku mengantuk! Leka membaca sehingga pukul 1.15 pagi. Nama-nama watak dalm cerita ini juga sesuai dengan latar masa pada ketika itu.. Dali.. Tijah.. Novel-novel zaman sekarang kebanyakannya membuat aku mual. Penulis muda suka menggunakan nama-nama yang 'terlalu' indah dan ala2 sedap didengar..walhal..itu cukup menjelikkan bagi aku. Ah, tidak seperti karya-karya lama Dr.Fatimah Busu, karya-karya oleh Sasterawan2 negara. Oh ya, karya Zurinah Hassan juga aku suka. Tidak dilupakan, Khadijah Hashim..

Tu bulan, tu bintang,
Atas pucuk kayu ara;
Mari puan mari sayang,
Kita senyum dan ketawa..

Pantun di atas telah dinyanyikan oleh watak Tijah semasa menghiburkan anaknya, Dahlia ketika itu merengek kala malam hari. Rujukan : Bab 7 - 'Melihat Bulan' m/s 57.


Mengimbau nostalgia novel yang pernah mendapat perhatian daripada pembaca suatu ketika dahulu telah menggamit penerbit Alaf 21 untuk menerbitkan semula novel ini. Tersentuh hati ketika membacanya bagaimana pengorbanan yang dilakukan oleh sepasang suami isteri muda, Dali dan Tijah yang menjadi peneroka di sebuah daerah untuk meneruskan hidup semata-mata ingin memiliki geran sebidang tanah yang baru diteroka. Namun, satu kebakaran secara mendadak mengheret mereka ke dalam pancaroba hidup menyebabkan si suami terpenjara dan si isteri tersisih di desa bersama anak yang masih kecil. Dengan bahasa yang mudah, Zaharah Nawawi berusaha menjalin sebuah novel kehidupan rumah tangga yang mencabar. Beliau ternyata ingin meyakinkan kepada pembaca bahawa seseorang wanita tetap dapat menjadi ilham utama yang berkesan kepada lelaki. Dan, setiap cabaran hidup sebenarnya dapat cepat memperkaya dan mendewasakan lahir dan batin seseorang..

Monday, 24 August 2009

Fashionista & Shopaholic : The aCHmiEYz Story!


azmi

Tarikh : Sekitar Febuari 2003
Masa : 9.00 pagi (lebih kurang)
Tempat : Jabatan Hal Ehwal Pelajar, MPKS (now IPKS)
Cuaca : Matahari cerah (suria khatulistiwa kan)
Situasi : Aku sedang sibuk-sibuk pasal buku kedatangan pelatih..since i was the group leader (ketua kumpulan..promo..promo..)

Terjadi satu perbualan yang tanpa disengajakan. Semasa mula-mula masuk di pintu HEP yang terbuka 12 jam sehari tu, aku ternampak seorang Aunty (nak bagi glemer ni) dan seorang lelaki yang sedang duduk di bangku, yang mana bangku tu memang disediakan untuk duduk. 'Hmm..mungkin budak baru..'..monolog dalam hati.

"Eh, opsyen apa..?"

"Pengajian Sains Pengajian Melayu" ---> penuh pulak tu..

"Eh, samalah!!" ---> aku yang teruja kerana mendapat rakan sekuliah baru..lalu aku pun melemparkan senyuman paling manis kepada pasangan anak beranak itu. Aku pulang ke kelas dan menghebahkan berita ada budak baru kepada warga SNPM yang rasanya excited juga ingin melihat budak baru itu..hmm..sabar sajja aku masa ni menaip..

* * * * * * * * * * * *
Catatan di atas merupakan perbualan tidak rasmi yang pertama bersama Azmi..salah seorang sahabat, yang juga masih kekal berhubung sehingga ke hari ini..selalunya..perhubungan tu akan kekal bersama rakan-rakan, teman-teman dan insan2 yang ada persamaan dengan diri kita kan..so, apakah persamaan kami..? Hmm dia raja melawa, aku pulak main sarung pakai ja apa yang ada..dia jenis bersukan..aku jenis bersukan juga tapi sukaneka..hmm..pe lagi ek..? So, dalam entry kali ini, akan menceritakan sedikit sebanyak mengenai public figure nan seorang ini.. Since aku dah nak ke baZaar ni..aku pun akan menyambung pengkisahan sulalatus salatin ni pada masa akan datang..dah lewat..harap maklum ye..

* * * * * * * * * * * * *
Menggagahkan diri jua untuk menyudahkan entry ini. Hmm berlegar-legar difikiranku..apa yang hendak dimuatkan ni..hmm..masa mula-mula dalam Semester 1, kami makan Mi Segera a.k.a Megi Perisa Ayam..di asrama..makan di bilik si Kudin..masa tu Azmi menginap di blok asrama sebelah.. (Blok A ka..?)..rajin pula dia merayap ke tempat kami since classmates semua tinggal di Blok B..except Fitri Rungus and him (Azmi)..

Lama punya lama..aku ingat lagi berkerak mahu tunggu elaun masuk..last2 elaun masuk juga dalam bulan Mac 2003 tu..apa yang aku ingat..si Azmi ni beli air soya yang brand 'Yeos' tu ntah berapa kotak besar tu..(sekarang aku tengok harga soya tu dalam RM2.40 sekotak). Suka dia tu minum air soya..mungkin mau putihkan kulit..keputihan..v udur sangat kan masa tu..hahaha..

Hmm..antara aktiviti yang best kami buat bersama-sama..menyertai Kejohanan Tenis Tertutup MPKS..kami jadi gandingan bergu yang macam shitt..wakakakakakaaka..ada ka orang main tenis sambil ketawa-ketawa dalam gelanggang..? Sudahnya apa, K.A.L.A.H...! but we had fun.. Tenis..hmm..lamanya tidak bermain tenis..dulu semasa di maktab @ kolej tu..itulah permainan / sukan yang menjadi pengisi waktu petang..Azmi juga tidak ketinggalan turun court sama2..best kan..? Hey..ingat lagi kita join lumba lari petang tu..? Yang berlumba dengan dorang si Adron..? Adoiii...ada hati rupanya aku mau berlumba dengan atlet..macam..Azmi pun masuk juga masa tu..ah..zaman 'kanak-kanak' sangat..

Pertandingan Gimnastrada..ala2 senamrobik..bestnya..syok sangat..bekerjasama sangat masa tu..latihan malam2 di gelanggang tenis..siap ada pulak aksi2 membuat tingkat2 manusia..si Mona..Si Fitri..aduh..sakit perut ketawa masa tu..Kak Zia..Kak No..duduk berlunjur sambil memukul2 tali2 rafia pom2 ke kiri dan ke kanan..macam bod*h pun ada masa tu..but..kita dapat 1st runner-up, kan..? Congratzz..

Azmi..hmm..banyak tu kainnya..kalau weekend mesti kain bertimbun..aku percaya 110% habit ni masih dia amalkan sampai sekarang..semangat gigih membasuh kain.. Antara lain kesukaan Azmi..menyanyi..lagu2 Bung Nuar Zain..pok & trep suara sama..bolehlah..kami pun layan ja..bestfriend kan..mesti la give full support 200%..walaupun ada ketikanya aku harus bersabar tatkala mendengar lontaran vokalnya yang terover itu..

Currently Azmi berada di Bandar Bukit Tinggi, Klang.. Nun jauh daripada asalnya, Kg.Guruh-Guruh, Sipitang Sabah.. Sabar..tidak lama lagi akan dapat pindah pulang Sabah..lainlah kalau dia ni mahu bermastautin lagi satu abad d bumi Semenanjung ni..hmm..

Terbaru mengenai dirinya : Berjinak-jinak dengan gimnasium..katanya hendak menurunkan berat badan dan mendapatkan bentuk badan yang menarik..oh ya, dia juga suka makan di restoran-restoran..masak..? Aku tidak tahu bila kali terakhir dia masak.. Pernah sekali dia sampai ke rumah sewaku di Kulai..mengambil penerbangan dari Sabah ke Kulai sebelum dia balik ke Selangor. Katanya tempat ku ini membosankankan a.k.a boring..apatah lagi keadaan sekolah ini..hmm..damai..

Punya senggang waktu akan menambah catatan lagi mengenai dia..

Sunday, 23 August 2009

1st Day of Fasting Month


BURAS @ BURASAK : hidangan wajib semasa raya

AYAM MASAK LENGKUAS : dimakan bersama buras
(kabur pulak lepas resize image)


Semangat yang berkobar-kobar dibawa bersama ke Bazaar Ramadhan Pekan Nanas, dengan hajat hendak membeli burung puyuh goreng. Alaa, abang2 gerai puyuh tu belum beroperasi.. Ka burung-burung puyuhnya habis lari ke dalam semak @ burung2 puyuh semua matai kena virus selesema burung..

Semangat juga membeli sabun cuci kerana dalam keasyikan membasuh kain pada hujung-hujung minggu begini hingga terlupa sabun cuci dah nak hampir habis..

Apa ni, nampaknya hampir semua pengunjung bazaar tidak memakai topeng hidung+mulut tu.. Aku cuma nampak sepasang couple yang memakai topeng tu semasa sedang meronda ushar2 makanan. Oh, ada lagi kanak-kanak bersama parents. Still ada juga parents yang membawa anak bayi yang mungkin baru 5-6 bulan - pergi ke bazaar..ayoo kan risiko tu..

Hmm agak sesak sedikit suasana pada petang tu. Matahari agak cerah walaupun kelihatan gumpalan awan hitam di langit. Sudahnya, cuma membeli tiga biji bergedil daging + sebungkus air katira (manis!) + kuay teow goreng. Tu baru kira tiga kali pusing bazaar tu..baru decide mahu beli apa..rambang mata..hmm mybe hari ni boleh mencuba laksa johor. Sebelum ni pun pernah beli juga cuma rasa kurang berpuas hati dengan kuah laksa tu yang agak kurang kepekatannya. Hampehh jah akak penjual tu. Nak berniaga, buatlah betul2 kak oi.. Jangan nak koner2 kan pembeli..mampus jah kena maki nanti..yang aku ni sah2 la merungut kalau makanan yang dibeli tu tidak menepati citarasa.. Lainlah kalau orang bagi @ makanan dapat free..hmm

Waa nampaknya tahun ni aku tidak bercadang untuk membuat baju raya. Pakai ja baju2 lama yang masih tersangatlah eloknya..pun baju2 tu dipakai kerja juga.. So, raya nanti akan pulang ke Sandakan..rasanya nak bawa sama baju Melayu yang kaler pink berbenang coklat tu + baju Melayu dua tahun lepas yang warna biru laut..

Tidak sabar rasanya hendak pulang ke Sandakan since last year cuma dapat beraya di sini. Uwaaa seakan terhidu bau wangian Buras dan ayam Masak Lengkuas..rindu..ah..rindu bertamu lagi..

Aku rindu padamu..hanya aku yang tahu..

Thursday, 20 August 2009

Ramadhan : Menu Best!

Saya suka makan yang ini.. Burung Puyuh Goreng..


Ini..Air Katira..Manis Yuuuunnggg..Bisa2 kencing manis kalau minum selalu..tapi sadap..Wajib minum..yayyy!!! Puasa..Buka..Puasa..Buka..Puasa..Buka...kekekekeke

Wednesday, 19 August 2009

Masa Berlari, Pantas Sekali!


Untuk kesekian kalinya, aku menulis lagi. Apakah main point yang hendak diperkatakan pada kali ini..? Rasanya tiada. Sekadar 'membasahkan' ruangan ini dengan tinta-tinta tidak bermata. Sementara menunggu habis waktu bekerja..tambahan pula kerja-kerja menanda kertas penulisan Bahasa Melayu..arkghh..mengakibatkan aku diserang kantuk..tulisan..penulisan yang tidak menarik..i'm off for a while.

Kehidupan seharian seperti biasa. Oh ya, lebih baik mencatat apa2 perkara yang berlaku dan akan terjadi.


1. Diserang demam + selesema + batuk = pakej yang membuatkan hidupku macam cacing dikeluarkan daripada lubangnya dan diletakkan atas jalanraya. Alhamdulillah..mujur bukan penyakit maut tu..palis2..sesudah menggigihkan diri pergi ke hospital pada petang sabtu (15 Ogos 2009)..semuanya semakin baik. I'm recovering..80%..batuk ni ja yang still mendera..

2. Kem Jatidiri & Motivasi Belia 2009..yang tidak dapat aku sertai sepenuhnya kerana penyakit yang menyerangku (bunyi mcm kronik konon..but ya..memang awful!)..rugi tidak dapat ikut aktiviti abseiling + paling teruk, aku tidak dapat menyiapkan buku program semasa majlis penutupan..terrible..!

3. Terkocoh-kocoh mengatur / menyelaras kertas soalan ujian pada hari Isnin. Alhamdulillah..semua dah ok..ujian pun dah nak berakhir..

4. Yayy..tiket free sudah diluluskan..hmm next week la baru pergi JPN ambil..happy..confirm dapat pulang raya tahun ni..misi dan visi..swimming pool, ambush raya..makan puas2..

5. Kakak telefon, malam ni family d Sabah buat kenduri arwah..hmm..

6. Nampaknya x dapat la ajak si Ai p Parit Botak / Rengit untuk borong kerepek raya since dia pun dah nak melahirkan manusia baru dalam jangkaan bulan 10 nanti..hmm..p ngan sapa ya..? Akan difikirkan..


7. Rumah perlu dikemas dan dibersihkan weekend ni..tu saja masa yang lapang..kain pun banyak nak kena lipat..

 
8. Itu sahaja. Cukup dulu. Oh ya, jangan lupa..tukar tayar..hmm..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...