Friday, 3 July 2009

:: Cerita Rojak Versi Kompak :: Happy Birthday To Me!


Hi! Entry ini berkisar hampir keseluruhan cerita yang tergantung sepanjang bulan Jun. Tu sebab diberi tajuk 'Cerita Rojak'. Malang sungguh catatan-catatan ini kerana tidak dapat dipos mengikut perancangan asal; atas sebab kekangan dan hambatan waktu. Mood pun sudah berubah but tetap ingin menulis / menaip mengenainya. Lets start with..

'SITTI NURBAYA'

Rasanya, pasti ramai yang pernah melihat siri cerita ni kan. Since sinetron ni sedang diulang tayang, aku pun menontonnya sebagai aktiviti mengisi petang hari kalau tidak pergi berjoging. Apa yang menarik perhatian ku ialah mengenai kesungguhan sikap Datuk Maringgih yang terlalu inginkan agar Sitti Nurbaya menjadi suri hidupnya. Mengapakah Datuk Maringgih kertu itu terlalu inginkan Sitti Nurbaya..? Hmmm nafsu..? Mungkin tidak. Pada pandangan ku, aku dapat merasakan yang D.M (initials utk orang tua tersebut) benar-benar menyayangi S.N (faham..). Ini dapat diperhatikan menerusi tindakan D.M yang melayan S.N dengan lemah-lembut. Tambah lagi, D.M telah meluahkan kata cinta kepada S.N. Memanglah, cinta tidak boleh main paksa. "Kamu bisa memiliki tubuh saya tetapi hati saya adalah milik Samsul.." - antara ungkapan S.N kepada D.M yang dah naik geram sebab S.N asyik je nak lari dengan Samsul.

Kesimpulan : Mencintai Bukan Bermaksud Memiliki. Jangan TAMAK! ahah!


IKLAN 'YANG TUA DIHORMATI, YANG MUDA DISAYANGI'

Haa..siapa perasan iklan ni dalam TV..? Selalunya ditayangkan apabila menunggu jarum jam untuk tepat ke jam yang berikutnya. Kisah anak muda (lelaki) yang sedang memandu kereta Gen-2 berwarna yellowish silver x silap. Sedang dia memandu di laluan jalan kampung dan pada masa sama cuba mengadjust volume pemain lagu. Tiba-tiba dia hampir menyondol seorang pakcik yang sedang menunggang basikal. Dah tu mamat ni poyo dengan dialog "Aku dah lambat ni, nak jumpa kekasih aku.." ahah! malu jah! Bukan nak tolong pun pak cik itu yang sedang mengurut2 tangannya. Mamat poyo tersebut pun blah macam tu ja..Hmm x pyhla kan nak habiskan jalan cerita iklan ini. Penat.

Kesimpulan : Jangan gatal dan berlagak poyo macam mamat dalam iklan tersebut. Lagi satu, sebagai anak dara, x baik ajak balak a.k.a boyfriend masuk rumah sedangkan tiada ibu bapa di rumah. (ibunya memang tiada kot sebab tak nampak pun mak cik tu menyambut kepulangan pak cik yang luka kat lengan itu).


FORUM PERDANA - EKSPO RAKYAT KULAIJAYA

Aku juga tidak mahu ketinggalan untuk melibatkan diri dalam Ekspo tersebut. Since aku benar2 bZ, so cuma dapat meluangkan masa pada 19.06.2009 antara pukul 8.30 malam - 11.30 malam - dengan pergi menyaksikan Forum Perdana Hal Ehwal Islam. Pada mulanya menyangka yang program ini adalah masuk TV..rupa2nya tidak. Perasan untuk mencelah-celah supaya dapatlah kiranya muka ni masuk TV.ahah! Overall, best sangat forum malam tu. Para ahli panel pun menyampaikan isi-isi hujah mereka dengan bernas sekali. Rasa kantuk pun hilang. Sempat juga merakam butir hujah salah seorang ahli panel yang mana menyentuh mengenai "MAAF". Perbuatan memaafkan kesalahan tu memang berat dan sukar tetapi telah dijanjikan oleh Allah S.W.T, antara golongan yang akan ditempatkan di dalam syurga kelak adalah golongan yang suka memaafkan kesalahan orang lain. Pada masa yang sama, janganlah pula tidak melaksanakan suruhanNya.. Baru cantekkk!

ini ja yang dapat diambil selain daripada ilmu..

akan disambung lagi kerana kepenatan minda serta jiwa..ahah!

2 comments:

  1. kalau penat....berehat lah dulu ya...

    ReplyDelete
  2. wey layout baru lagi..hebat!

    ReplyDelete

Terima Kasih / Thank You
http://bit.ly/1bNnzEh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...