Friday, 24 July 2009

Antara Kini dan Semalam

Sudah lama rasanya tidak membuat catatan baru. Apa yang terkini..? Hmm..

Mengemaskini maklumat yang penting ke tak penting..? Hmmm..

1. Sebaik sahaja mendapat perkhabaran itu uang sudah masyukk, petang semalam selepas kerja, terus pergi membuat service kereta dekat Tampoi..waaa..buat balancing & alignment..dah lari habis..patutlah kalau bawak dalam 100km/j pun stereng dah gegar..then semalam dah ok..hmmm fulus2 melayang..xpe duit boleh cari..jual kuih ke..jual buah ke..jual ayam ke..hmmm..safety first..

2. Kursus dua hari di Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan (PLGDP) Bandar Tenggara (Selasa dan Rabu)..kursus yang tidak memerlukan banyak tenaga..banyak makan je..tapi agak bosan kerana kursus tu berkaitan dengan pembinaan pakej pembelajaran secara on-line..kurang berkenan di jiwaku ini..pesbuk..pesbuk..pesbuk..blog..aku suka itu sahaja..oh ya yang bestnya, dalam kursus ni juga di ajar membuat chatroom dan ruangan berforum..bersembang dengan peserta2 lain..waaa..dalam kebosanan, dapat juga menemui jalur keseronokan..

3. Family Day..? Mengikut perancangan akan dibuat di Mersing.. Waa pantai lagi.. Bolehlah bermain2 pasir..tunggu sunset..dgr lagu..menghirup bayu petang..semilir senja..heee..x sabar rasanya..Eh, ada pertandingan karaoke suka hati.. Hmmm hitung2..chalet RM60..yuran ttunggak RM20 (hik3)..bayar makan utk si Arash RM10..weiyyyhhh kopak aku..ceti KEBIRU dah datang kutip duit..tingtongtingtong..adal lagi RM 9 Milliyar dalam akaun..adehh bulan ni banyak sgt pakai fulus..tpksa buka gerai kat pasar malam..hihihi..

4. Waran (tiket) daripada JPNJ.. Mana orang ni x kol2 lagi..aku nak pulang raya ni..akan berusaha untuk kol JPNJ tanya..hopefully dapatlah dengan cepat..

5. Hujung minggu ni bercadang hendak masak-masak. Hari Rabu petang tu dah pergi membeli udang, sotong, ayam, daging, sayur2an dan bahan-bahan masak yang lain. Kesahnyerr..nak masak sebab ada tetamu nak datang..laaaa ni macam tak confirm je nak datang..janganlah aku masak sorang2 pulak weekend ni..nanti bercucuran air mata masuk dalam kuali periuk..uwaa.. Sudah mengambil resepi "Udang Sambal" dan "Sayur Paprik" - campur2 ayam sotong daging sayur2an semua tu..

6. Ahah! Last sekali baru nak fikir pasal periuk nasi yang sepatutnya menjadi keutamaan. Akan berusaha untuk meningkat mutu serta kualiti kerja..


Digamit Memori
Berkurun ku digamit sepi
Derita tiada bertepi
Cuba ku cari damai di hati
Tiada berkeupayaan..
Tersangkar ku dikedukaan
Dilema seakan berlarutan
Kedengaran kau ucapkan
SELAMAT TINGGAL SAYANG..
Hasrat hati mencari pengganti
Sayangnya aku tidak termampu
Bayanganmu sering mengganggu
Melukai hatiku..
Gerimis rindu di sudut hati
Seakan tiada berhenti
Hidup ini terus begini
Digenggam memori berduri..

Tiba-tiba sahaja teringat lagi ni..teruslah aku menaip bait2 liriknya. Mana dah penulis lagu ni..Hazudin.. Liriknya..? Seri Bayu..yang kurang bernasib baik sekarang ni..kesian juga.. Oh penyanyinya..? Pojia Latip.. Zaman2 suara Mickey Mouse..tatkala menonton klip video lagu ni, seolah-olah berada dalam zaman 80an.. Bila la agaknya dapat jumpa Fauziah Latiff ni..? Menggemari lagu2nya kerana kebanyakan lirik tu seolah-olah puisi..so so meaningful.. Bercerita.. Hmm.

2 comments:

  1. hari minggu ni nak pegi umah ko..serbuuu

    ReplyDelete
  2. hahahahaa dah habis kami makan...semut pun join skali makan lauk2 tu..adehh..

    ReplyDelete

Terima Kasih / Thank You
http://bit.ly/1bNnzEh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...