Thursday, 30 July 2009

Gagah! Oh Gagak!

Photobucket

Beberapa minggu yang lepas..tak silap masa menonton TV cerita binatang2 (National Geographic TV 1) narrator tu ada menyebut pasal gagak. GAGAK..?

Lagi ---> GAGAK..? Hitam..bising..hidup dalam kumpulan..menyelongkar sampah..dull..unpleasant looks..kalau di Barat, gagak juga dikaitkan dengan kematian..kesuraman..kuasa jahat..hmm..

Berbalik kepada kisah gagak dalam dokumentari tersebut..apa yang membuatkan aku tertarik ialah dikatakan bahawa burung gagak ini bersifat setia pada pasangannya. Monogami konon. Hmm..adakah pernyataan ini sahih..? Akan dicari maklumat mengenai gagak..

Friday, 24 July 2009

Antara Kini dan Semalam

Sudah lama rasanya tidak membuat catatan baru. Apa yang terkini..? Hmm..

Mengemaskini maklumat yang penting ke tak penting..? Hmmm..

1. Sebaik sahaja mendapat perkhabaran itu uang sudah masyukk, petang semalam selepas kerja, terus pergi membuat service kereta dekat Tampoi..waaa..buat balancing & alignment..dah lari habis..patutlah kalau bawak dalam 100km/j pun stereng dah gegar..then semalam dah ok..hmmm fulus2 melayang..xpe duit boleh cari..jual kuih ke..jual buah ke..jual ayam ke..hmmm..safety first..

2. Kursus dua hari di Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan (PLGDP) Bandar Tenggara (Selasa dan Rabu)..kursus yang tidak memerlukan banyak tenaga..banyak makan je..tapi agak bosan kerana kursus tu berkaitan dengan pembinaan pakej pembelajaran secara on-line..kurang berkenan di jiwaku ini..pesbuk..pesbuk..pesbuk..blog..aku suka itu sahaja..oh ya yang bestnya, dalam kursus ni juga di ajar membuat chatroom dan ruangan berforum..bersembang dengan peserta2 lain..waaa..dalam kebosanan, dapat juga menemui jalur keseronokan..

3. Family Day..? Mengikut perancangan akan dibuat di Mersing.. Waa pantai lagi.. Bolehlah bermain2 pasir..tunggu sunset..dgr lagu..menghirup bayu petang..semilir senja..heee..x sabar rasanya..Eh, ada pertandingan karaoke suka hati.. Hmmm hitung2..chalet RM60..yuran ttunggak RM20 (hik3)..bayar makan utk si Arash RM10..weiyyyhhh kopak aku..ceti KEBIRU dah datang kutip duit..tingtongtingtong..adal lagi RM 9 Milliyar dalam akaun..adehh bulan ni banyak sgt pakai fulus..tpksa buka gerai kat pasar malam..hihihi..

4. Waran (tiket) daripada JPNJ.. Mana orang ni x kol2 lagi..aku nak pulang raya ni..akan berusaha untuk kol JPNJ tanya..hopefully dapatlah dengan cepat..

5. Hujung minggu ni bercadang hendak masak-masak. Hari Rabu petang tu dah pergi membeli udang, sotong, ayam, daging, sayur2an dan bahan-bahan masak yang lain. Kesahnyerr..nak masak sebab ada tetamu nak datang..laaaa ni macam tak confirm je nak datang..janganlah aku masak sorang2 pulak weekend ni..nanti bercucuran air mata masuk dalam kuali periuk..uwaa.. Sudah mengambil resepi "Udang Sambal" dan "Sayur Paprik" - campur2 ayam sotong daging sayur2an semua tu..

6. Ahah! Last sekali baru nak fikir pasal periuk nasi yang sepatutnya menjadi keutamaan. Akan berusaha untuk meningkat mutu serta kualiti kerja..


Digamit Memori
Berkurun ku digamit sepi
Derita tiada bertepi
Cuba ku cari damai di hati
Tiada berkeupayaan..
Tersangkar ku dikedukaan
Dilema seakan berlarutan
Kedengaran kau ucapkan
SELAMAT TINGGAL SAYANG..
Hasrat hati mencari pengganti
Sayangnya aku tidak termampu
Bayanganmu sering mengganggu
Melukai hatiku..
Gerimis rindu di sudut hati
Seakan tiada berhenti
Hidup ini terus begini
Digenggam memori berduri..

Tiba-tiba sahaja teringat lagi ni..teruslah aku menaip bait2 liriknya. Mana dah penulis lagu ni..Hazudin.. Liriknya..? Seri Bayu..yang kurang bernasib baik sekarang ni..kesian juga.. Oh penyanyinya..? Pojia Latip.. Zaman2 suara Mickey Mouse..tatkala menonton klip video lagu ni, seolah-olah berada dalam zaman 80an.. Bila la agaknya dapat jumpa Fauziah Latiff ni..? Menggemari lagu2nya kerana kebanyakan lirik tu seolah-olah puisi..so so meaningful.. Bercerita.. Hmm.

Saturday, 11 July 2009

:: Ambush Kebun Petang Jumaat ::


Pada pukul 4.00 petang, hari Jumaat bersamaan 10hb Julai 2009..mendapat panggilan telefon daripada Encik Fatouree yang dipanggil abang Fatouree.. :

"Man, ko nak tak masuk kebun kite pegi ambil Pulasan..ajak Ai sekali..." - "OK..Settt!"

Vroooooooommmm...Satria Putih JGV ****
si Ai pun terus membelah jalan kampung menuju ke rumah Encik Fatouree (perjalanan tak sampai lima minit dari sekolah..hahahahaa..

Letih jugak...hampir pukul 5.30 petang barulah selesai. Tidak lupa juga mengambil buah rambutan dengan menggunakan alat pemotong yang main tarik2 je. Seronok. Ikutkan, lagi cepat ambil buah tu guna tangan (petik) sebab buah rambutan tu masak ranum dah melayut-layut rendah. Nak adventure punya kes..sanggup jugak pakai penjolok..bergegar otot-otot jantan..ahah!

taadaaaa.....!!!





SERONOK! Sementara musim buah ni, aku akan terjah lagi kebun orang..walaupun tidaklah gemar sangat makan buah-buahan kerana aku juga punya buah..hahahahaa...


Tuesday, 7 July 2009

Hari Baru

YAAAHOOO..!!!
Perlukah aku menjerit secara live..hmm cmne agaknya..alah boleh aje..hik3..lama dah tak menjerit secara sengal..
Banyak yang hendak dibicarakan tetapi mood agak kureng..malas pula hendak berceritera di sini..hurrmmm...
I LoVe MY JoB..

Friday, 3 July 2009

:: Cerita Rojak Versi Kompak :: Happy Birthday To Me!


Hi! Entry ini berkisar hampir keseluruhan cerita yang tergantung sepanjang bulan Jun. Tu sebab diberi tajuk 'Cerita Rojak'. Malang sungguh catatan-catatan ini kerana tidak dapat dipos mengikut perancangan asal; atas sebab kekangan dan hambatan waktu. Mood pun sudah berubah but tetap ingin menulis / menaip mengenainya. Lets start with..

'SITTI NURBAYA'

Rasanya, pasti ramai yang pernah melihat siri cerita ni kan. Since sinetron ni sedang diulang tayang, aku pun menontonnya sebagai aktiviti mengisi petang hari kalau tidak pergi berjoging. Apa yang menarik perhatian ku ialah mengenai kesungguhan sikap Datuk Maringgih yang terlalu inginkan agar Sitti Nurbaya menjadi suri hidupnya. Mengapakah Datuk Maringgih kertu itu terlalu inginkan Sitti Nurbaya..? Hmmm nafsu..? Mungkin tidak. Pada pandangan ku, aku dapat merasakan yang D.M (initials utk orang tua tersebut) benar-benar menyayangi S.N (faham..). Ini dapat diperhatikan menerusi tindakan D.M yang melayan S.N dengan lemah-lembut. Tambah lagi, D.M telah meluahkan kata cinta kepada S.N. Memanglah, cinta tidak boleh main paksa. "Kamu bisa memiliki tubuh saya tetapi hati saya adalah milik Samsul.." - antara ungkapan S.N kepada D.M yang dah naik geram sebab S.N asyik je nak lari dengan Samsul.

Kesimpulan : Mencintai Bukan Bermaksud Memiliki. Jangan TAMAK! ahah!


IKLAN 'YANG TUA DIHORMATI, YANG MUDA DISAYANGI'

Haa..siapa perasan iklan ni dalam TV..? Selalunya ditayangkan apabila menunggu jarum jam untuk tepat ke jam yang berikutnya. Kisah anak muda (lelaki) yang sedang memandu kereta Gen-2 berwarna yellowish silver x silap. Sedang dia memandu di laluan jalan kampung dan pada masa sama cuba mengadjust volume pemain lagu. Tiba-tiba dia hampir menyondol seorang pakcik yang sedang menunggang basikal. Dah tu mamat ni poyo dengan dialog "Aku dah lambat ni, nak jumpa kekasih aku.." ahah! malu jah! Bukan nak tolong pun pak cik itu yang sedang mengurut2 tangannya. Mamat poyo tersebut pun blah macam tu ja..Hmm x pyhla kan nak habiskan jalan cerita iklan ini. Penat.

Kesimpulan : Jangan gatal dan berlagak poyo macam mamat dalam iklan tersebut. Lagi satu, sebagai anak dara, x baik ajak balak a.k.a boyfriend masuk rumah sedangkan tiada ibu bapa di rumah. (ibunya memang tiada kot sebab tak nampak pun mak cik tu menyambut kepulangan pak cik yang luka kat lengan itu).


FORUM PERDANA - EKSPO RAKYAT KULAIJAYA

Aku juga tidak mahu ketinggalan untuk melibatkan diri dalam Ekspo tersebut. Since aku benar2 bZ, so cuma dapat meluangkan masa pada 19.06.2009 antara pukul 8.30 malam - 11.30 malam - dengan pergi menyaksikan Forum Perdana Hal Ehwal Islam. Pada mulanya menyangka yang program ini adalah masuk TV..rupa2nya tidak. Perasan untuk mencelah-celah supaya dapatlah kiranya muka ni masuk TV.ahah! Overall, best sangat forum malam tu. Para ahli panel pun menyampaikan isi-isi hujah mereka dengan bernas sekali. Rasa kantuk pun hilang. Sempat juga merakam butir hujah salah seorang ahli panel yang mana menyentuh mengenai "MAAF". Perbuatan memaafkan kesalahan tu memang berat dan sukar tetapi telah dijanjikan oleh Allah S.W.T, antara golongan yang akan ditempatkan di dalam syurga kelak adalah golongan yang suka memaafkan kesalahan orang lain. Pada masa yang sama, janganlah pula tidak melaksanakan suruhanNya.. Baru cantekkk!

ini ja yang dapat diambil selain daripada ilmu..

akan disambung lagi kerana kepenatan minda serta jiwa..ahah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...