Friday, 5 June 2009

Sepetang di Jom Heboh

Jom Heboh datang lagi. Kali ini aku tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama turut memeriahkannya di Danga Bay, JB. First pergi dua tahun lepas. Masa tu tak dapat menyaksikan konsert..but this time, I made it!

Dalam pukul empat petang tiba di tapak karnival tu..tahap kesesakan dalam 70%..kira ok juga.. Agak mudah untuk park kan kereta..lancar je.. Mungkin sebab dah agak petang, so ibu-ibu pun mengambil keputusan untuk pulang masak dinner..takut anak2 & suami meraung kelaparan..

Dalam sesi rondaan yang pertama, tiba-tiba ternampak seorang gadis / awek sedang mempromosikan memo pad di hadapan booth Wanita Hari Ini..rupa-rupanya itu adalah Almy Nadia a.k.a Suzana Dunia Baru..kerana tergoda, lantas aku pun membeli barang jualannya itu..hahaha..

walaupun rambutku spoil, janji, minah ni mengendeng lengan rapat kat aku..huahahahaha

Paling aku tidak menyangka yang aku akan menjadi Juara dalam Pertandingan Makan Burger...hahahahaaa..satu gerai burger kat karnival ni buat pertandingan makan burger. Dengan yakin sebab nak makan free (kebetulan lapar..so pe lagi kan..), aku pun register la nama kat adik manis dekat kaunter burger tu.. Then, para peserta seramai 15 orang pun duduk mengelilingi meja dekat kawasan orang ramai lalu-lalang tu.. Ya Maulai, malu sangat la kan masa tu..but just for fun.. Chef Burger tu memaklumkan bahawa setiap peserta akan diberikan dua biji burger..pemenang akan ditentukan berdasarkan...seperti biasa 'Siapa Paling Rakus + Lahap + Piranha Habis Dulu'
Apsal aku nervous pulak melihat peserta2 lain..ada abang tu tegap & muka pattern melantak la kan..so dalam hati aku bermonolog 'hmmm..sye x meletak sebarang harapan..-bajet jawapan finalists2 AJL'... So apabila pertandingan dimulakan, aku pun mula la melahap burger tu sampai tersepit anak tekak oleh roti burger tu akibat 'TIDAK DIBENARKAN MINUM AIR SEBELUM MAKAN' - azab. Dalam kepayahan, ku gagahkan diri menghabiskan saki baki burger itu..and i made it.. Sebaik sahaja mulut ku tunjukkan kepada Chef Burger (bayangkan aksi perserta Fear Factor yg dah kenyang makan cacing!) aku pun diisytiharkan sebagai PEMENANG...yea...happy...tapi x la sampai terkinja-kinja macam time sukan..huhu.. Nak tau hadiahnye apa..?

1. Voucher membeli-belah di Giant bernilai RM 500.00 (buang satu sifar kat belakang)
2. Satu dozen daging burger.. (dah jadi tahi dah)
3. Sebungkus kuah kacang yang memang sedap..

Selain itu, sempat juga menyaksikan Ifa Raziah, penyanyi dangdut paling sempoi kat Malaysia..dengan aksi-aksi bersahaja, meletup booth Metro dengan laungan jeritan kucing garong akak tu.. Sesungguhnya, pengalaman di Jom Heboh..BEST!

Nota Kaki : Bila dah pindah Sabah nanti, x tau dapat ke x lagi pegi Jom Heboh kerana tersangatlah jauh Kota Kinabalu itu. Siapa tahu TV3 buat Jom Heboh di Sandakan..?


KES DITUTUP


6 comments:

  1. sambung cepat..letak gmbr sekali..sblm dan selepas (mkn burger)..aku yakin pipi ko bertambah tembam

    ReplyDelete
  2. oh, apekah ini..layout baru..dasat

    ReplyDelete
  3. agak lawak jugak ayat ko ni yek ;-) peace to all johorean

    ReplyDelete
  4. hebat....cepat sambung..

    ReplyDelete
  5. Bi Rain berkata..suma lucu..mn gambar patung sa??

    ReplyDelete
  6. Thanx to Lehin :)

    ndak da sudah jatt crita ni..stakat ni ja..hehhee..

    Sab, ada ba jugak patung mu..mama ku simpakn juga bagus2 dalam bilik d bungkus lagi pakai kain..hehehe...jan risau..nanti aku tapau kau pulak..dui na yung..motipp!

    ReplyDelete

Terima Kasih / Thank You
http://bit.ly/1bNnzEh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...