Monday, January 30, 2012

Jauh

Kantuk.
Mengantuk.
Letih dan mata masih belum mahu lelap.

Teringat kisah semalam
Hari-hari seakan suram
Siang pergi berganti malam
Sepi kala malam. Kelam
Puas aku memikirkan
Dimanakah sebuah jawapan?
Agar hilanglah segala kekusutan
Kerana diri semacam dihambat kekalutan
Bertanya pada diri
Apakah maksudnya semua ini?
Apakah harus merenung semuanya kembali?
Sedangkan cukup untukku mengerti
Tiada sekelumit rasa di hati
Jauh sekali untuk memahami
Simpan, simpan pendamkan
Biar hilang bersama larian masa
Pergi.. dalam sedih kurelakan
Jauh untuk dimengertikan sebuah rasa
Jauh dan kian jauh..

11.58 mlm.
30 Jan 2012.
Gelugor.

Aku datang lagi..


Dari Selatan sampai ke Utara.

Masa terbatas, sempat jengah2 sini sekejap. 

Dua minggu di Pulau Pinang.

Yang jauh asyik teringat.
Jauh kian jauh..











Tuesday, January 24, 2012

Ada Apa Dengan Kecewa?

Hari berganti hari.
Ini merupakan minggu cuti dan minggu belajar untuk aku sebelum ke Pulau Pinang.
Bergelut dengan tajuk-tajuk matematik yang cukup menduga.
Petang tadi sempat keluar ke bandar. Berkurung dalam rumah, akhirnya aku hayun langkah ke Mydin baru buka tu. Sempatlah menyambar sabun pencuci kereta & krimer pekat Cap Teko.

Pernah kamu mengalami rasa kekecewaan?
Apa yang menyebabkan kita kecewa..? Biasanya kegagalan untuk mendapatkan sesuatu. Juga apabila mendapat sesuatu tidak seperti yang diinginkan. Boleh jadi, kecewa hadir disebabkan manusia-manusia yang kita temui dalam hidup. Suka atau tidak, harus dihadapi.

Ada kekecewaan yang kecil dan ada kekecewaan yang besar. 
Setiap orang ada cara untuk menghadapi dan mengatasi kekecewaan.
Ada yang boleh ditebus dan ada juga yang hanya dapat kita biarkan masa menjadi ubat merawat perasaan yang terluka.
Sebagai manusia yang berakal, waras dan beragama, sudah pasti kita melakukan cara yang terbaik untuk mengatasi rasa kecewa.
Kadang-kala terbaca dan terdengar berita melaporkan ada manusia yang sanggup minum racun, terjun bangunan, makan pil berlebihan, terjun bangunan.. Semuanya kerana kecewa. Nauzubillah..

Memang perit apabila dihimpit rasa kecewa. Sedih yang teramat adakalanya berpanjangan, satu hal lagi untuk melupakan rasa kecewa itu. Bukan mudah.
Orang-orang yang mengambil jalan singkat dengan menamatkan riwayat sendiri; pernah kita cuba memahami mereka? Mungkin kerana beratnya beban dan dugaan diperasaan mereka. Buntu fikiran sehingga berani membuang nyawa sendiri.
Bagi kita yang menasihati, berat mata memandang sesungguhnya berat lagi perasaan mereka yang menghadapi.

Jelas dan nyata bahawa kekecewaan itu dapat dijelmakan menjadi sumber kekuatan yang baru. 
Berfikir, muhasabah diri.. Tanya kepada hati.. Minta pandangan drpd mereka yg neutral.. Dapatkan nasihat drpd yang layak memberi nasihat..
Paling penting...? SABAR. Berusaha. Mesti berusaha. Baiki diri. Belajar. Berfikiran positif dan jangan putus asa. Setiap kekecewaan itu ada ubatnya. Kita silap apabila menjadikan Allah sebagai tempat terakhir untuk meluahkan segalanya sedangkan kita tahu, bukankah Allah itu lebih mengetahui segala2nya?
Dia Maha Mendengar. Luahkan pada-Nya.
Berusaha. 
Gagal sekali dalam Matematik Tambahan, bukan bermakna gagal selama-lamanya..
Dan realitinya aku cuma lulus satu kali sepanjang dua tahun belajar subjek itu..haha.

Esok study lagi. Semoga diberikan kekuatan. Ameenn..

Sunday, January 22, 2012

Sayangnya Allah Kepada Kita

*Terima kasih 6pts utk catatan ini.

Betapa sayangnya Allah pada kita, sehingga di dalam al-Quran disebutkan beberapa motivasi supaya hamba-hamba-Nya ini tabah dalam menghadapi segala ujian dan cubaan sebelum menuju ke perhentian abadi.

Kenapa Aku Diuji?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan: Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah Mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia Mengetahui orang-orang yang dusta." (Al-Ankabut: 2-3)

Kenapa Aku Tidak Dapat Apa Yang Aku Mahu?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah: 216)

Kenapa Ujian Seberat Ini?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al-Baqarah: 286)

Kenapa Hasilnya Seperti Ini?

"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imran: 139)

Bagaimana Aku Harus Menghadapinya?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh (di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan), serta bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)." (Ali Imran: 200)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah: 45)

Apa Yang Aku Dapat Dari Semua Ini?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan Syurga untuk mereka..." (At-Taubah: 111)

Kepada Siapa Aku Berharap?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain diri-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal." (At-Taubah: 129)

Aku Tidak Dapat Bertahan Lagi!

"...Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf: 12)

Monday, January 16, 2012

Minggu Ke-3

Letih masih berbaki.

Malam minggu (malam tadi) ada majlis ramah mesra JKKK bersama penduduk kampung. Datang tayang muka & makan. Kami sedang makan nasi jagung, ayam masak merah, acar timun, bubur jagung. Kenyang. Juga ada penyerahan duit saguhati untuk pelajar2 PMR di kampung ni yang dapat 'A' dalam PMR.




Ahad paginya aku pergi hiking di Gunung Pulai. Sempat di sungai. Minum air gunung.
Ahad petang turun main tenis.

Abg Fadzil Presiden Kelab Tenis Kembara

Tumpang gmbr dgn Fadzly Sang Juara

Sekarang kaki lenguh & letih lagi..
Malam kmarin tidur keletihan.
Tugasan maths aku menunggu tu. 

Wednesday, January 11, 2012

Makan Untuk Hidup

Life begins at 40.
Ramai yang cakap. Dalam siri televisyen, lagu, quotes, pakcik makcik pun cakap.

Kenapa? 
Salah satunya ialah menjelang umur 40 tahun, badan akan mula menunjukkan tanda-tanda masuk ke fasa iaitu badan mula meragam. Penyakit mula menyerang. Sakit lenguh sana-sini, sendi bunyi kreok-kriuk, mudah penat, skru2 lutut semakin longgar. Macam2 lagilah! Lazimlah tu. Purata jangka hayat umur rakyat Malaysia ialah 75 tahun. Betulkah? Tidak kisahlah sama ada 60 tahun @ 70 tahun @ 100 tahun sekali pun, kita mesti sentiasa mengambil langkah untuk memastikan kesihatan berada pada tahap yang optimum. 

Rekod untuk aku sepanjang 2011 yang lalu : BEBAS DARIPADA DEMAM. Selalunya setiap tahun mesti ada demam, paling kurang sekali. Janganlah pula lepas ni dapat demam teruk untuk 'membayar hutang' 2011.

2012 ini juga aku mula belajar untuk amalkan diet vegetarian tapi hujung minggu lepas melahap daging masak kicap di rumah Ai! Habis, punah, musnah impian dalam masa tengah hari. Mulakan azam lagi. Sejak makan sayur-sayur dan buah-buahan untuk menggantikan kelaparan akibat nasi, aku rasa badan semacam ringan. Kenyang tapi tidak terasa kenyang tahap sebu-sebal diperut. Kenyang yang sedap diperut.

Dua tahun lagi aku masuk ke 3-series. Jaga kesihatan & kecergasan tidak perlu tunggu umur 30 @ 35 @ 40 @ apabila sakit tapi mula daripada sekarang. Disiplin. Sekurang2nya buatlah aktiviti kardio @ paling malas pun lompat2 dalam rumah, biar keluar peluh-peluh pendam dalam badan tu.
So, sebagai pengganti nasi akibat kelaparan pada waktu malam, aku ambil buah ataupun datang waktu rajin, tekunlah aku membuat salad ringkas untuk alas perut. Paling malas pun aku minum teh dan makan biskut @ minum serbuk soya yang masih ada (beli drpd kawan - Kaka Niss beberapa bulan yang lalu). Bagi waktu sarapan, jangan tinggalkan. Tanpa sarapan, otak dan badan akan lemah dan kurang aktif untuk berfikir dan bekerja. Sarapan = penting. 

Salad hijau + ungu, kismis, sosej, sayur campur, brokoli & serbuk perasa
Menu ni lebih kurang dengan menu salad kentang yang sebelum ni. Masukkan ikut suka. Kalau ada isi udang pun sedap. Gaul dengan benda di bawah ni. Kenyang. Alhamdulillah!
 
RM 1 untuk sekali makan. Jimat. X perlu beli dalam botol. Bukan selalu guna pun.
Say no to rice a.k.a nasik kegemaran rakyat Malaysia, fresh meat or chicken.

Monday, January 9, 2012

Jangan..Jangan..Jangan..

Jangan sengaja lewatkan solat;
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar);
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
Mengotori seluruh rumah kita.


Jangan tidak menutup kepala ketika membuang air kecil dan besar;
Kerana jika tidak,
Kelak di Padang Mahsyar kepala dipenuhi oleh najis-najis itu.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing;
Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh;
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh;
Nanti rezeki mahal.
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan;
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan;
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan;
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar diperjalanan;
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat apabila berbuat dosa;
Mati datang tanpa mengira masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan;
Nanti rosak persahabatan kita dan hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita;
Nanti kita sombong apabila berjaya -
Kalau gagal kecewa pula.
Jangan bakhil untuk bersedekah;
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa;
Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong;
Ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan;
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia;
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan
mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya. 
Terima kasih : Niezam@c.

Sunday, January 8, 2012

Minggu Pertama Berlalu

Alhamdulillah.

Hari Ahad yang ke-2 dalam bulan Januari 2012.
Terjaga dalam pukul 5.20 pagi.
Otak yang sudah dilatih bangun awal hari-hari. 
Hari ini dapat buat dalam waktu yang lebih kurang tepat.
Ada waktunya hujung2 minggu ni 'subuh gajah!'. 

Lebih kurang tiga minggu lagi bertolak ke Pulau Pinang.
Will be the longest journey ever by car. For me.
Syukur kepada Allah S.W.T kerana dipermudahkan urusanku di sini.
Terima kasih kepada ketua kerana meluluskan permohonan Cuti Kerja Sambilan (CKS) selama dua minggu.

Minggu pertama bulan Januari 2012.
Semuanya berjalan seperti biasa.
Di tempat kerja yg memerlukan tenaga serta usaha lebih.
Dan aku juga belajar untuk lebih berhati-hati dalam berkawan di sini.
Kadang2 kita perlu buat2 bodoh untuk menunjukkan kebodohan dan belang sebenar orang lain.
Bukannya aku suka tengok orang jadi bodoh tapi suasana dan manusia2 di tempat kerja menjadikan aku lebih berhati-hati. Berhati-hati. Waspada. Membataskan diri.

6.23 pagi.
Di Sabah pastinya pada waktu begini keadaan sudah menjadi terang dengan sinar matahari pagi.
Di sini masih gelap. Cengkerik pun masih menyanyi.
Pagi ini turun ke gelanggang tenis.
Tengah hari nanti ada jemputan makan tengah hari di rumah Ai bersama Kak Imah, sahabat2 di sini
Kelmarin aku membasuh kereta yang pada jangkaanku mungkin hampir sebulan tidak berbasuh.
Minggu ni juga banyak 'melayan' panggilan telefon daripada Azmi, one of my best friend yang bergelut dengan perasaan sama ada mahu berpindah ke Labuan @ berpatah semula bertugas di Klang. Hmmm.. Apa yg terbaik kau rasakan, kami semua cuma mahu kau sentiasa dalam kebahagiaan dan kegembiraan.

Terbayang jika sampai waktu nanti aku pula yang akan berpindah pulang ke kampung halaman.
Apakah mungkin aku dalam kesedihan lagi..?
Meninggalkan tempat kerja yang sekarang ini rasanya pasti ada kesedihan juga walaupun masih baru berada di situ.
Meninggalkan Kg Sri Gunung Pulai yang menjadi tempat aku menumpang hidup; sedar2 sudah lima tahun aku berada di sini. Banyak kasih sayang yg aku terima di sini. Pasti akan ada air mata apabila melangkah pergi dari sini. Bilakah? 

Tuhan,
Berikan kami kekuatan
Kurniakan kami ketenangan,
Tiada daya untuk menahan segala ketentuan
Hanya mampu berusaha berdoa dan mengharap
Agar hidup diberkati olehMu
Hari ini dan masa hadapan..

Wednesday, January 4, 2012

Hari Pertama Persekolahan 2012

Subhanallah..!
Alhamdulillah..!
Allahu Akbar..!

Hari ini merupakan hari pertama bekerja secara 'rasmi'.
Cuaca baik. Sangat berbeza berbanding cuaca 2-3 minggu yang lalu. Mendung kelabu.
Pagi ini ada perhimpunan rasmi, nampak 3-4 orang murid baharu.
Hari ini juga aku telah masuk ke kelas Tahun 5 dan Tahun 2. Kedua-duanya untuk m/p Bahasa Melayu.
Sempat 'SMS' fasilitator KSSR bertanya pasal RPT KSSR BM Tahun 2.
Rupa2nya ada dalam laman PPD Kota Tinggi. Bagus! Sempat cetak pakai printer Bilik Guru.

Oh hari ini juga kami mula menggunakan kad perakam waktu @ punch card. Ramai yang datang awal.
Datang sebelum pukul 7.20 dan pulang selepas pukul 1.30.

Petang tadi aku tidur. Terlena sejam. Dalam pukul 5.30 si Raihan datang. "Cikgu, pinjam bola badminton..!" Nah ambil kau sebiji. Ahhh lamanya raket badminton terbiar. 

Sekarang 7.05 malam. Sebentar lagi azan maghrib.

Tuhan, berikan hambaMu ini kekuatan. 
Tuhan, kurniakan hambaMu ini ketenangan. Ameen.

Monday, January 2, 2012

2012

Hidup singkat tetapi panjang likunya.
Kuatkan semangat menghadapi masa hadapan.

Titian Sebatang Kara - FL

Sejak usia yang mentah
Aku telah melangkah
Mengenali hidup yang getir

Pada tingkat dewasa
Aku lebih tercabar
Kehidupan dalam penitian
Onak duri datang silih berganti...
 
Aku tak pernah menyerah
Walau badai yang melimpah
Ku aturi tiap langkah dengan gagah
Keringat ku yang mengalir
Perjuangan tak berakhir
Sehinggalah ke hujung titian
Garis yang menamatkan
Perjalanan..

Tangis dalam senyum tiada insan yang tahu
Tiada insan yang bakal mengerti
Jalanan ku tidak seindah mimpi oh...
Tangis dalam senyum ku tiada insan yang tahu
Bahagia..deritaku..
Sebatang kara..

Mujur bukan sebatang kara. Keluarga, sahabat, teman dan rakan2 sentiasa ada.

Saturday, December 31, 2011

Jam - jam terakhir 2011

Lebih kurang 3 jam sahaja lagi detik 12 tengah malam. Menandakan hari akan bertukar ke tahun 2012! 
Apa yang aku sedang lakukan saat ini?
OK.
Sekarang jam menunjukkan pukul 9.09 malam. Televisyen yang sedang terpasang menayangkan drama Cerekarama lakonan Tiz Zaqyah dan Remy Ishak - 'Aduh Sayang' tajuknya. Aku toleh2 begitu ja sebab sedang menaip ni..sambil mengemas buku-buku lama dalam tong buku.

Petang tadi aku ke Tesco membeli kabinet kecil untuk letak tv yang baru aku beli. LCD + LED kau! Melayang $$$ aku. Tv lama tu sudah tiga kali dibaiki tetap juga rosak. Masuk pusat kitar semula minggu depan. Lapang sedikit rumah ni..ahh habuk banyak. Siang tadi menelefon dan berbual dengan mak. Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja. 
Alhamdulillah, cuaca hari ini baik walaupun hujan sekejap semasa dalam perjalanan ke Tesco lebih kurang pukul 3.30 petang tadi.

9.13 malam.
Sambung sebentar mengemas buku-buku kuliah, buku-buku dan nota-nota lama yang sudah tidak relevan. Sempat aku membaca catatan nota2 kerja yang lama. 3-4 tahun lalu. Ada yang lucu dan ada yang 'eh, betulkah aku yang tulis ni??' hmmm. haha.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar..
Indahnya cuaca dan suasana petang tadi. Seakan sudah sekian alam aku tidak melihat sinaran jingga mentari kala petang merangkak senja. Terang-benderang menyimbah ke atas pokok-pokok di 'banjaran mini' Gunung Pulai. Aku akui emosi kadang-kala dipengaruhi oleh cuaca.
Dan aku juga gembira sebab.. Tugasan Literasi Komputer & Bahasa Malaysia yang aku pos pada pukul 7.30 pagi, 29 Dis 2011 (dua hari lepas) tu, selamat sampai di PPPJJ sebelum tarikh akhir pada hari ini! Alhamdulillah.. Kecut juga kalau pensyarah tolak!

Baik. Aku sambung mengemas. Esok 1 Januari 2012. Turun ke Taman Perling untuk sesi bermain tenis seperti biasa. 

**
11.25 malam.
Siap mengemas buku2 kuliah dan bahan2 untuk P&P minggu hadapan. Alhamdulillah lapang kepala, lapang dada, lapang suasana dalam rumah sewaku yg kecil ni.
Tengok Berita Dunia Tv1.
Lapar.
Korek2 dapur apa yang ada.

Alhamdulillah..! Alhamdulillah..! Allhamdulillah..!

Thursday, December 29, 2011

Penghujung Disember

crazy-amazing collection of Google along 2011

 Dua hari lagi sebelum melangkah ke hari terakhir dalam tahun 2011.


Apa yang berlaku setakat ini? Menandakan berakhirnya cuti selama lebih kurang sebulan. Kenangan.. Aduhai..

1. Berhempas-pulas menyiapkan tugasan pada saat akhir. Mudah2an tugasan selamat sampai sebelum tarikh akhir. Im sorry, Prof ;p . Alhamdulillah, sekarang aku boleh fokus kepada tugasan matematik. Ini kena kerja lebih sebab aku jadi begini @_@ !

2. Tarikh 27 Disember merupakan tarikh mula bekerja untuk sesi 2012. Alhamdulillah dapat tugas dan selesai urusan menandatangai Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang orang asyik heboh-heboh. Aku? Pilih umur bersara paksa pada umur 60 tahun. Sekarang umur 27 tahun. Oh Tuhan, belum sampai separuh pun umurku sekarang ini untuk menuju ke angka 60 tahun itu. Di manakah aku pada ketika itu?

3. Meraikan kehadiran tahun 2012? Pada hujung tahun 2010 memasuki 2011, aku bersama kawan2 menikmati saat pertukaran tahun di kawasan tanah tinggi - Cameron Highland, Pahang. Kali ini aku terpaksa membatalkan hasrat kerana perlu menumpukan perhatian terhadap tugasan dan kebetulan pada 01 Januari 2012 akan ada perlawanan akhir untuk tenis perseorangan Kelab Kembara. Tunggu turn dapat hadiahkah walaupun kalah? :) 

4. Sekurang-kurangnya bertambah kegembiraan aku apabila dapat bertukar-tukar komen dengan kenalan2 di dalam forum. Cari Forum masuk, forum PPPJJ malas pulak masuk! Hishh.

5. Syukur alhamdulillah juga kerana keluarga di Sandakan semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja. Semoga berpanjangan.

6. Hmmm apa lagi ya? OK, 2012 dijangka tahun yang sibuk. Exam.. Sebulan lagi akan ke Pulau Pinang untuk Kursus Intensif PPPJJ. Memandu la nanti dari Kulai, Johor ke USM, Pulau Pinang. Insya Allah akan larat memandu. Hmmm.. Rehat kena cukup.

7. Insya Allah tiada aral, bulan 3 aku mahu pulang ke Sabah. Seminggu pun jadilah..

Semoga kehidupan terus tabah dan aku diberikan kekuatan untuk menghadapi hari-hari mendatang. Sayang keluarga, sahabat, teman2 dan semuanya. Doakan yang terbaik untuk semua. 

SELAMAT DATANG 2012!

Wednesday, December 21, 2011

Peristiwa

Hari ini barulah cuaca di luar nampak ceria. Ada cahaya matahari yang memancar! Harapnya cerahlah sepanjang hari. 

Terkenang-kenang, teringat-ingat, terbayang-bayang, termimpi-mimpi.. 
Ada lagi perkataan yg hampir? 

Ahhh, apa yg mahu ditulis? Macam mahu ke pantai tapi ombak laut bergelora. Terbayang dalam kepala Pantai Batu Layar di Kota Tinggi.

**keluar ke Kulai beli penyapu.

Sambungan : Rabu : 21 Disember 2011 : 9.23 malam

- penyapu dan dust pan sudah beli.
- pergi ke Pekan Nanas makan nasi campur dengan Ai.
- Buat tugasan.

Petang ini kami di Kg Sri Gunung Pulai dikejutkan dengan berita kematian. Anak bujang di kampung ni dalam lingkungan umur awal 20an meninggal di tempat kerjanya akibat ditimpa bongkah batu kuari.
**BUKAN DITIMPA BATU KUARI - TERJATUH DARI KETINGGIAN 100 KAKI SEMASA BEKERJA DI KUARI.
Sebelum solat asar, terdengar bunyi kentung dipalu. Tanda memaklumkan bahawa ada kariah di sini yang pergi menyahut seruan Ilahi. Tersentak sekejap. Aku pun kurang cam muka arwah ni. Adiknya perempuan yang dalam darjah empat tu bekas anak muridku di sini. Kalau kakaknya aku kenallah :p (kakaknya selalu hantar dia ke sekolah).

Ringkasan :
Kejadiannya kurang pasti dalam pukul berapa. Mungkin selepas waktu zuhur? Van bersama jenazah yang telah siap dimandikan tiba di rumah keluarganya dalam pukul 6 petang. Ramai yang hadir. Ada anak bujang yang menangis dalam kalangan keluarga dan kawan-kawan arwah tu. Dapat aku merasai bagaimana peritnya perasaan mereka yang kehilangan orang tersayang. Ramai yang melihat namun tidak mampu merasa. Sebabnya? Pernah kehilangan orang yang tersayang? Pernah berpisah mati dengan orang yang tersayang? Kalau pernah, ya sudah tentu kamu faham. Kalau belum, bersedialah!

Ya Allah..sesungguhnya maut merupakan salah satu perkara yang Engkau sembunyikan daripada pengetahun kami hambaMu. Sekelip mata, tiba-tiba, di mana-mana sahaja maut datang menjelma.
Jenazahnya dikebumikan selepas solat maghrib. Ramai yang hadir. Nampak 2 orang pakcik2 yg mungkin rapat dengan arwah..mata masing2 kemerahan dan ada air mata..menangis. Siapa sangka pakcik2 yg nampak hati kering, apabila tiba saat2 perpisahan begini pun tidak dapat membendung air mata. Sayang. Kerana terasa kehilangan. Hilang sesuatu yang selama ini hanya dipinjamkan oleh Allah S.W.T.
Beberapa orang menutup liang lahad dan mengkambus tanah mengisi ruang kubur. Kami yang lain berdiri di tepi. Melihat. Ya Allah, sedetik dua detik..terdetik juga rasa sedih dihatiku. Betapa peritnya kehilangan orang yang disayangi dalam sekelip mata. Berbeza dengan orang yang sakit terlantar, sekurang2nya perasaan untuk menghadapi kehilangan itu lebih sedia. Ada tahlil bersambung di masjid selepas solat isya'.

Aku? Kita? Nampaknya semua kena bersedia untuk menghadapi saat2 berpisah. Selamanya. Jika tidak ditinggalkan, kitalah yang akan meninggalkan. Peritnya. Alam seterusnya yang paling hampir ialah ALAM KUBUR. Ya Allah Ya Tuhanku..bagaimanakah keadaanku di dalam kubur nanti..? Banyak dosa, kurang pahala..

_____________________________________________________________________________
Dulu aku ada seorang kawan. Lelaki. Itu satu-satunya kawan yang pernah cakap aku jenis yang kuat merajuk. Hari ini ada seorang kawan lagi yang dapat tahu bahawa aku sedang merajuk. Tidak perlu pujuk. Esok lega drpd rajuk, aku rujuk balik denganmu.

Sunday, December 18, 2011

Melewati Disember

11 hari lagi melangkah ke tahun 2012.

Hari ini 1 of my best friend, Abby just getting married. Super happy for her. Finally.

Siang tadi menghadiri kuliah di SMK Taman Desa Skudai, Skudai. Subjek matematik sebelah petang yang membuatkan aku terkulat-kulat. Rakan-rakan sekumpulan semuanya tidak hadir. Mungkin ada urusan masing-masing. Zul, Faiz, Kak Pah & Shafie.

Esok turun ke gelanggang tenis setelah genap dua minggu berehat. 
Seminggu di Kuala Lumpur, sempat berjumpa dengan Azmi, Rahmah dan terjumpa dengan Jaliha yang hampir 10 tahun tidak bersua. Alhamdulillah, semuanya baik. Berkekalan hendaknya. Siang nanti Azmi akan kembali ke Sabah. Selamat maju jaya, sahabatku. Doakan juga kejayaan kami di sini. Mengharapkan yang terbaik untuk kita semua.

Satu hal yang lain ingin aku nyatakan di sini, apalah dayaku bertanya lagi.
Mungkin sudah diletakkan noktah, pertemuan setakat ini.
Redha.

Memohon & mengharap kesudahan yang baik. Ameen.

Tuesday, December 13, 2011

Hakikat Sebuah Cinta

.....Lupakan Orang Yang Tak Sudi

Memanglah sukar untuk melupakan seseorang yang kita cintai sepenuh hati. Tiada seorang pun manusia yang akan dapat semua yang diingini di dalam hidupnya.

Walaupun pedih, tetapi kita sebagai manusia biasa terpaksa menerima dengan hati yang reda. Ajal, maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Cuma cara kita diuji dan menanganinya sahaja yang berbeza.

Jika orang dah tak sudi, jauhkanlah diri daripadanya. Janganlah menyeksa diri sendiri kerana bila kita semakin dekat dengan orang yang kita cintai, kita akan semakin menderita. Anggaplah apa yang terjadi sebagai satu pengajaran.

Mungkin dulu kita pernah menyakiti hati orang lain. Sedarlah apa yang pernah kita lakukan pada orang lain walaupun bukan orang yang sama membalasnya pada kita, tetapi balasan daripada Tuhan tetap ada dalam pelbagai cara. Mungkin dengan cara ini sahaja dapat menginsafkan kita supaya tidak mempermainkan perasaan orang lain pada masa depan.

Kadang-kadang kita rasa, inilah cinta kita yang sejati. Tetapi kita hanya sedar selepas kehilangan orang yang kita cintai.

Oleh kerana ego terlalu tinggi kadang-kadang susah untuk kita menerima hakikat bahawa kita sudah tidak dicintai lagi. Merasakan kita masih dicintai kadang-kadang hanyalah andaian serta mainan perasaan untuk menyedapkan hati sendiri.

Semua yang berlaku adalah ujian Tuhan. Jangan ikutkan perasaan kecewa, walaupun tiada jodoh, berdoalah semoga dia hidup bahagia walau dengan siapapun dia bersama. Itu pun salah satu cara menunjukkan rasa cinta kita kepada seseorang.

Kita tidak mampu untuk menolak takdir yang telah ditentukannya. Berserahlah pada Yang Maha Esa, itulah yang sebaik-baiknya.
Terima kasih  : @fb Inchchek Taheer's note - credits tuan punya blog.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...